Wednesday, August 14, 2013

Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku #Merdeka56


Sudah 56 tahun negara berdaulat ini mendapat kemerdekaan. Usianya masih muda jika dibanding usia penjajahan selama 446 tahun. Usianya masih muda jika dibanding dengan kerajaan Melayu Melaka yang berusia hampir 110 tahun. Baru setengah daripada usia kerajaan Melayu Melaka.

Namun sudah 22 tahun, usia Wawasan 2020. Satu gagasan yang diasaskan pada 1991 untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju pada 2020. Hanya tinggal lagi 7 tahun untuk mencapai misi tersebut. 

Dalam tempoh 29 tahun (1991-2020), Wawasan 2020 mesti dicapai untuk membawa Malaysia ke status yang lebih baik dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Gagasan murni ini dapat dicapai dengan kombinasi kesungguhan kerja pemimpin dan komitmen padu rakyat. 

Pada tahun 2020 nanti, usia kemerdekaan negara sudah mencapai 63 tahun. Seusia dengan umur baginda Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW pada hari ini diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Baik dari segi akidah, ancaman keselamatan dan juga cabaran ekonomi.

Ada umat Islam yang saban hari mencari satu saat masa yang aman dan damai. Nikmat aman itu bernilai kerana mereka dalam keadaan peperangan dan huru hara. Kestabilan merupakan nikmat yang mereka pohon dan cari. 

Ada umat Islam di negara lain sedang meraikan Aidilfitri dalam keadaan sederhana kerana kesempitan kewangan yang dialami mereka. Nikmat kegembiraan dan kebahagian disambut dalam keadaan bersederhana. 

Berbeza dengan umat Islam di Malaysia. Ini kerana nikmat keamanan dan kebahagiaan itu dikongsi secara bersama oleh umat Islam negara ini. 



Usah hancurkan segala-galanya. Umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang terbaik di akhir zaman. Tegakkan syiar Islam di Malaysia dengan bersama menjaga tanah tumpahnya darah kita ini. 

Kedaulatan negara ini adalah sesuatu yang amat bernilai. Berterima kasihlah kita pada yang memberi dan syukurlah kita pada Allah SWT. 

No comments: