Sunday, July 14, 2013

Alvian & Vivian Hina Islam, Apa Pula Pandangan Nurul Izzah?


Kebiadapan pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24 sudah melampaui batas. Kedua-duanya adalah bekas pelajar National University Singapore. Apa tujuan sebenar mereka cuba memprovokasi umat Islam hingga ke tahap begini? 

Dalam laman Facebook rasmi milik kedua-dua pasangan itu, mereka dilihat mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan'. Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Kebiadapan mereka ini sudah mencabar kesabaran umat Islam di seluruh dunia. Wajar dikenakan tindakan oleh undang undang yang sedia ada. Usah dibiarkan budaya biadap ini berleluasa. Jangan sampai jadi macam Namewee, biadap kemudian dibiarkan lagi untuk terus menjadi biadap. Seolah apa yang dia buat itu adalah perkara yang betul. 

Jika undang undang yang ada tidak mampu untuk mengajar kebiadapan mereka, maka mereka ini pasti akan menerima balasan dan hukuman daripada Allah SWT . 

Dunia sudah akhir zaman, berbagai cabaran datang pada umat Islam dalam bulan Ramadhan ini. Mesir bergolak dalam bulan Ramadhan. Duta Vatican dan dua budak biadap di atas juga "menyerang" Islam di Malaysia dalam bulan Ramadhan.

Bersatulah umat Islam. Jangan kerana politik maka perjuangan agama diketepikan. Apa pula kaitan Nurul Izzah dengan Vivian ini? Mengapa Nurul Izzah diam dalam isu ini?




No comments: