Sunday, April 14, 2013

Video Sex : Mat Sabu Percaya Musthapa Ali Disabotaj Oleh Rakan Parti Sendiri #PRU13 #GE13





PENDANG 13 April - Pas tidak menolak kemungkinan penyebaran video seks yang didakwa mirip pemimpin tertinggi parti itu adalah berpunca daripada perbuatan sabotaj dalaman di kalangan pakatan pembangkang.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu, yang mendakwa belum menonton video itu kerana sibuk berkempen, akan membincangkan elemen sabotaj dalaman itu dalam masa terdekat.

"Saya tidak tahu tentang video ini dan belum tengok lagi kerana sibuk berkempen termasuk di Pendang ini dan di sini juga talian telefon bimbit tidak begitu baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Bukit Jenun di sini malam tadi.

Mat Sabu ditanya tentang penyebaran video lucah membabitkan aksi seorang lelaki yang dikatakan menyerupai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di Internet sejak semalam.

Mat Sabu menegaskan, sama ada benar wujud unsur sabotaj atau tidak, akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Beliau juga yakin isu tersebut tidak akan menjejaskan kempen pakatan pembangkang untuk memastikan kemenangan calon-calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Kita tetap fokus kepada pilihan raya," kata Mat Sabu sambil menambah tidak tahu menahu tentang video berkenaan.


4 comments:

Anonymous said...

Apa??
Mat Sabon tak tengok lagi video tu???
Ishh ishh! lembabnya badak air ni!!
Org lain best punya layan dia belum berkesempatan? Sibuk?? kekekeke! sibuk buat apenye?? kekekekeke!
Inikan subjek yg dia paling suka.. video sex!!

Anonymous said...

AMAT MALANG JIKA ORANG PENDANG UNDI MAT SABU!.....JANGAN BERI 1 UNDI PUN PADA MAT SABU.

Anonymous said...

oh kalau gitu betullah tekaan ana, dlm Pakatan pembangkang ada "Kelab Kawan Makan Kawan"... UMNO tak terlibat ler dlm kelab ni...Lagi satu perkara ana nak kongsikan! Pakatan rakyat mesti ditukarkan kepada nama Pakatan Pembangkang sebab bukan semua rakyat menyokong pakatan ini...Ana dah tentu ler kompom tak penyokong pakatan ini kerana merasakan tertipu dgn wadah perjuangan mereka...

Anonymous said...

hehhehhhe..betui ke Mat Sabun nih xtgk lagi??? Ishkkk.. xcayalah.....xkan xtgk lagi video terhOT masa kini...