Friday, February 1, 2013

Royalti Minyak : Husam Musa Kembali Menjilat Tulisan Sendiri


Hari ini bukan main seronok lagi Husam Musa menggiatkan kempen untuk royalti minyak Kelantan. Padahal Husam sendiri sudah pun mengetahui apa situasi sebenar dalam isu blok minyak yang terletak di luar pesisir Kelantan. 

Husam sendiri yang menulis artikel tersebut dalam Harakah pada 28 Ogos 1992. Mengapa cerita sebenar ini tidak diceritakan Husam kepada anak anak muda PAS? Mereka yang tidak tahu apa-apa akan seronok yang mainan propaganda Husam. Seronok menampal sticker dan banner "R" di kereta masing masing tanpa mengetahui kisah sebenar. 


Blok minyak yang dinamakan sebagai Blok PM3 terletak sejauh 103km di luar pesisir pantai Kelantan. Kawasan Blok PM3 itu juga adalah kawasan tuntutan minyak bertindih antara Malaysia dan Vietnam. Ini diakui oleh Husam sendiri dalam tulisan di bawah ini. 


Hasil perundingan antara pihak kerajaan Malaysia dan Vietnam maka akhirnya wujud persefahaman yang dinamakan sebagai CAA (Commercial Arrangement Area) di kawasan seluas 1,305 km persegi di blok PM3. 

Syarikat Talisman Malaysia adalah operator PM-3 CAA  dengan 41.44% kepentingan. Petronas Carigali mempunyai kepentingan sejumlah 46.06% dan selebihnya iaitu 12.5% dimiliki PetroVietnam Investment & Development Company. Minyak dari PM-3 CAA dieksport dalam perjanjian jangka panjang dengan PetroVietnam. 


Mengapa fakta ini tidak diceritakan oleh PAS? Kalau hendak tuntut royalti bermakna bukan sahaja dengan Petronas tetapi termasuklah dengan syarikat dari Vietnam tersebut? 

PAS lebih suka memain dan membuai sentimen rakyat Kelantan. Dalam Laporan Audit 2012, jelas menunjukkan bahawa kerajaan PAS Kelantan gagal menguruskan kewangan negeri dengan baik. 

Buktinya adalah bila kedudukan baki wang tunai Kerajaan Negeri telah menurun daripada RM131.97 juta pada tahun 2010 kepada RM123.14 juta pada tahun 2011. Malah tunggakan bayaran balik hutang kepada Kerajaan Persekutuan juga turut meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta tahun 2011.

Ini bermakna biarpun menuduh BN meminggirkan Kelantan bila tidak mahu memberi royalti minyak, hakikatnya Kerajaan Pusat BN masih lagi membantu rakyat negeri Kelantan melalui peruntukan terus yang disalurkan kepada rakyat. 

Apa motif kerajaan PAS mahukan royalti? Supaya ianya boleh disuntik dalam akuan kerajaan PAS Kelantan. Kedudukan wang tunai negeri pun mereka gagal uruskan dengan baik. Bagaimana keadaannya kalau dapat royalti lagi? 

Rakyat Kelantan tidak dibantu tetapi markas PAS terus dibina dengan besar. Inilah masalah utama kerajaan PAS Kelantan. Gagal bezakan antara parti dan perkhidmatan kepada rakyat. Air adalah contoh yang paling jelas.



1 comment:

Anonymous said...

biasa lah tu. orang PAS suka bercakap tapihabuk pun tak ada. Yang rajin pompuan kelantan