Wednesday, February 13, 2013

Kejadian Tumbuk Di Pekan, Satu Lagi Drama Simpati Arahan Anwar Ibrahim?


Pusing pusing ideanya sama iaitu mencari simpati. Cerita terbaru kononnya seorang mahasiswa ditumbuk di Pekan adalah cerita yang sudah pun dijangkakan plotnya. Malah diulang tayang skrip tersebut beberapa kali sebelum ini. 

Cerita drama pukul memukul ini pernah ditayangkan ketika pilihan raya kampus yang lepas di Universiti Malaya (baca sini). Malah idea yang sama cuba digunakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (baca sini).  Akhirnya penipuan yang cuba dilakukan oleh mereka terkantoi (baca sini). Lari dari penyiasatan sebenar bila dicari oleh pihak berkuasa.

Gamaknya mereka sudah kekeringan idea. Terpaksa meraih simpati dengan mencipta "low cost event" untuk mencipta isu baru menjelang PRU13. Bukan sekadar isu sahaja, tetapi ianya boleh menjadi "api isu" yang boleh ditiupkan terus bagi menjustifikasikan golongan mahasiswa bertanding di Pekan melawan Dato Seri Najib. 

Ekhsan Badarul Hisham juga berasal dari pusat perkaderan terkenal pembangkang iaitu UNISEL. Memang sudah ada rekod pelajar yang sama sebelum ini pernah berlakon di UPSI dalam demo tidur atas jalan . Adegan tumbuk adalah drama yang pernah dilakonkan oleh Adam Adli (bos Ekhsan) pada 3 April 2012 (baca sini).  

Anwar Ibrahim arah Ekhsan buat drama di Pekan?

Ramai sudah mengetahui watak dan karakter sebenar Ekhsan ini (baca sini). Usahlah cuba mencipta cerita dan menimbulkan persepsi buruk pada rakyat di Pekan. Lebih baik tolong Khalid Ibrahim tunaikan manifesto yang belum lagi ditunaikan pada ibu tunggal dan pelajar pelajar UNISEL. Hentikanlah drama simpati ini.



3 comments:

Anonymous said...

Kalau kena penendang pun ok juga!sbb kurang ajar masok kampong orang!Makan pun mintak dengan orang ada ati konon nak jadi pemimpin dan pembela raayat!
Muda2 dah pandai ambik upah buat fitnah,kalau kau mampos ada nuar kesah!
Kanorang tua2 dulu ada kata:
DENGAR CAKAP ENGGANG
MAKAN BUAH BELOLOK
DENGAR CAKAP ORANG
TERJUNLAH MASOK LUBUK!!!!!!

Carlos Santiago said...

BANkami

Malaysia Bangkit said...

http://malaysiabangkit.blogspot.com/2013/02/gm13-menipu-pas-secara-terangan.html