Sunday, January 27, 2013

William Yau Zhen Zhong : Pengecaman Sudah Dibuat Oleh Ibu Bapanya.







SUBANG JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, mengesahkan mayat budak kecil yang dijumpai di Pelabuhan Klang, petang semalam adalah anaknya.


Pengecaman itu dilakukan berdasarkan seluar pendek dan seluar dalam mayat terbabit sama seperti yang dipakai Zhen Zhong ketika dia dilaporkan hilang.



Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, dalam sidang akhbarnya sebentar tadi berkata, polis masih menunggu laporan DNA mayat terbabit sebelum mengesahkan perkara itu.

Takziah kepada keluarga William. Hentikanlah membuat spekulasi yang tidak sepatutnya kepada pihak berkuasa. Hormatilah keluarga mangsa.

No comments: