Monday, January 28, 2013

Video Ustaz Kazim Menjelaskan Mengapa Nasharuddin Mat Isa Dipecat

Penjelasan Ustaz Kazim di bawah ini amat sesuai dengan apa yang telah berlaku pada Nasharuddin Mat Isa. Setahun yang lepas, atas arahan Azmin Ali, Hasan Ali dipecat dari Exco Kerajaan Negeri kerana enggan sokong perbicaraan kes Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2012. 

Kini giliran Nasharuddin Mat Isa pula dipecat kerana mengikut sama Dato Seri Najib ke Gaza. Ikut ke Gaza pun dipecat oleh PAS? Apa boleh buat, itu sudah arahan dari Penasihat PAS sekarang iaitu Anwar Ibrahim. Murysidul Am orang lain, Presiden PAS orang lain tapi yang lebih "powerful" adalah Penasihat PAS iaitu Anwar Ibrahim. 

Laluan cerah untuk Husam Musa dan Mat Sabu menguasai PAS secara total selepas ini. Bukan sekadar kepimpinan PAS sahaja yang sudah pun dikuasai Anwarinas, tetapi Majlis Syura PAS pun akan dimasuki oleh golongan Penasihat PAS tersebut. 

Paling seronok melaporkan cerita pemecatan Nasharuddin ini adalah Malaysiakini. Untuk memuaskan hati pengundi pengundi DAP, maka Nasharuddin Mat Isa dijadikan korban kesetiaan PAS pada DAP. Memalukan sungguh bagi parti yang masih lagi mengguna pakai nama Islam. Memalukan, cukup memalukan. Motto ini sesuai bagi PAS "Bersama Kepimpinan Anwar Ibrahim".

3 comments:

Anonymous said...

Yahoooo!! Yang keluar Pas ialah Ulama Yang masuk Pas ialah artis ! Pas kafirkan Umno...Umno Islamkan Pas!!!

Anonymous said...

Andai benarlah ustaz Nasharuddin dipecat krn mengikut DS Najib ke Gaza...astaghfirullahala'zim.. Dunia hari ini smkn menyedihkan.. Kebenaran tidak diterima hya krn kepentingan diri dan ketaksuban parti. Lebih menyedihkan kerana mereka semua beragama Islam. Tidakkah diselusuri sejarah dan akhlak Rasulullah SAW dalam membuat sesuatu keputusan? Inilah dunia akhir zaman..terlalu mudah utk mengucapkan sesuatu itu perlu berlandaskan al-Quran dan as sunnah namun KOSONG dalam mempraktikkan akhlak dan tindakan. Moga kita tidak tergolong dalam golongan zalim dan munafik..nau'zubillahiminzalik.. Teruskan perjuangan kita dlm membela aqidah anak bangsa demi AGAMA, BANGSA &NEGARA HANYA KERANA ALLAH SWT.