Thursday, January 3, 2013

Takziah Untuk Pahlawan Negara : Datuk Temenggong Kanang Langkau

Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak. Mendiang berusia 68 tahun.

Beliau meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital setelah pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat.

"Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya kepada Bernama.

Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup.


- Bernama


No comments: