Tuesday, January 15, 2013

Shasha Mendoza : Menjadi Semakin Popular Selepas Mengecam Anwar Ibrahim Di Twitter





PETALING JAYA: Seorang ‘bintang Twitter’ dilahirkan selepas penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) anjuran pembangkang berlangsung pada Sabtu lalu.

Model sambilan, Shasha Mendoza secara tiba-tiba menjadi sensasi di alam siber selepas menghantar tweet menyokong kerajaan.

Dia menerima kritikan daripada penyokong pembangkang.

Tweet-nya berbunyi: “Kepada penyokong #KL112, jika anda tidak suka Malaysia, anda boleh keluar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang dilakukan oleh kerajaan.

“Anwar berjanji untuk memberikan pendidikan percuma untuk rakyat. Itu semua adalah pembohongan. Mana Anwar nak dapatkan berjuta-juta ringgit untuk bayar hutang rakyat? Fikir.”

Pandangannya itu kemudianya menerima kritikan apabila dia ‘diserang’ penyokong pembangkang di laman sosial berkenaan.

Seorang pengguna Twitter menghantar tweet kepada Shasha: “Saya pasti anda bodoh kerana anda hanya menonton berita TV3.”

Bagaimanapun pelajar universiti berusia 19 tahun berkata, kritikan ganas yang diterimanya itu tidak akan menjejaskan atau mengubah pendiriannya kepada Barisan Nasional (BN).

SS
“Saya tidak takut diserang oleh penyokong pro-pembangkang. Saya akan berdiri teguh dan masih akan menyokong kerajaan.

“Kerajaan kita sudah menyediakan pelbagai bantuan yang diperlukan rakyat termasuk pendidikan yang baik, akses yang mudah kepada kemudahan kesihatan dan elaun khas bagi golongan yang memerlukan.

“Namun ada sesetengah orang tidak menyedari perkara ini,” katanya kepada The Star pada Ahad.

Menurut Shasha dia tidak ditekan untuk memadam mana tweetnya dan menambah: “Kita hidup dalam sebuah negara yang aman dan harmoni dengan ekonomi yang stabil kerana dasar-dasar kerajaan.

“Sudah tentu beberapa dasar yang dibuat tidak berlaku dengan sempurna tetapi saya percaya kita hidup dalam sebuah negara yang begitu diberkati.”

Ditanya jika dia merancang untuk menyertai politik, dia menyatakan minat tetapi hanya akan melakukannya selepas mencecah usia 21 tahun dan menamatkan pengajiannya.

12 comments:

Anonymous said...

Wanita ini adalah contoh pejuang dari kalangan pelajar yang mempunyai fikiran yang waras,patriotik,tahu beterima kasih dan bersyukur kepada ILLAHI kerana Malaysia dikurniakan pemimpin2 yang boleh membawa kesajahteraan kepada rakyaat.Dia sedar UMNO telah banyak berjasa kepada bangsanya dan tanah air yang membolehkan setiap rakyaat hidup aman damai dan makmor.

Anonymous said...

Saya terus di'block'oleh Anwar bila saya tweet bahawa saya tahu semasa kanak2 dia dipakaikan baju perempuan dan bertocang. Comel. Dajah 1 baru orang kg to'kun perasan yg dia ni lelaki bila dipakaikan baju sekolah.Tanyalah orang tua disana. Mereka simpan bnyk rahsia Anwar.

Anonymous said...

Penyokong2 'buta hati dan terencat akal' dari PR memang perangainya mcm tu...,ganas,suka mencarut2 yg terlampau..tak guna akalfikiran...sama mcm ketua2 depa..jgn layan 'meroyan' mereka tu semua..dema tu rasa diri mereka bagus sesangat tapi hampeh..tong kosong jer..! ceramah sana mengumpat..ceramah sini memfitnah..di utara 'mengkafirkan orang..ke timur memurtadkan orang..ke barat mengibliskan orang ke selatan 'melacurkan' org..itu je kerja depa siang malam...anak bini lintang pukang...sebab 'dah terbalik apa yg depa tuduh tu'pada diri sendiri..

pagi kat warong ngumpat..tengahari kat kebun atau tempat kerja..memfitnah dan mengejek2..petang kat warong ..mcm waktu pagi...mcm tu nak jaga rakyat ,negara dan agama Islam??

Anonymous said...

hahaha...
sangup betol budak ni..
semata2 nk popular ja..
hahaha...
bangang betol org yang ckp Malaysia dikurniakan pemimpin2 yang boleh membawa kesajahteraan kepada rakyaat.
UMNO telah banyak berjasa kepada bangsanya dan tanah air yang membolehkan setiap rakyaat hidup aman damai dan makmor.
bukan semua rakyat.. hanya untuk kroni..
buka hati celik akal...

Anonymous said...

Anuar memang pandai bercakap dan kuncunya memang pandai menfitnah rakyat yang otak lembudan hilang akal saja yang menyokong. UMNO untuk kroni pakatan rakyat untuk anak beranak...bapa ketua umum..mak presiden..anak naib presiden..azmin itu siapa???rafizi...siapa?? bukankah kroni. adik abang bapak saudara memegang jawatan tinggi dalam syarikat.Isteri azmin berapa banyak saham dia dapat. Banyak lagi....tak perlu diceritakan rakyat pun tahu.

Anonymous said...

Salam
Saya rasa tak tepat bos UMENO kroni. Saya tak kenal pon org B end atau UMENO tapi di bumi Malaysia saya berjaya dalam Hidup. Belajar , berniaga, berkerjaya dan masih belajar dengan bantauan kerajaan walaupun umur dah nak dapat cucu. Saya berjaya dengan usaha sendiri. Yg penting jangan berpolitik sangat pemikiran kita. Jangan terpengaruh hate campaingh. Jadi rakyat yang hormat undang undang, masyarakat dan jangan hilang daya pertimbangan diri. Kita rakyat ikut saja apa yang kerajaan yang dipilih oleh rakyat atur. Kalau naik kerajaan lain nanti kita ikut kerajaan itu pulak. Kita rakyat . Kalau nak rasa tak puas hati memanjang ... dunia bukan tempatnya.. dunia ni tidak boleh beri keadilan untuk setiap orang....

Anonymous said...

Kita kena rasional.....dlm satu keluarga pun....bukan semua anak2 suka pada bapa nya....tapi ingat...tiada bapak yg nak lihat anak nya jadi tak berguna....hehehehe

ninja said...

Berpijak di bumi nyata ..
Kalau memandang ke langit jangan lupa rumput dibumi
Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima..
kalau tak boleh jadi garam jangan jadi langau yang merosakkan ikan..
Indah dan tepat sekali kalau dihayati ..
tapi kalau hati itu busuk dan gelap pasti semua dipandang serong maka terdoronglah perasaan hasad dan dengki ..
Syabas Shasha Mendoza...

Anonymous said...

Orang yang mengatakan dia berjaya dlm pelajaran atau perniagaan atau hidup dengan usaha sendiri adalah orang yang kufur nikmat dan tidak bersyukur pada Allah. Tiada manusia yang boleh berjaya dlm usaha sendiri... buka mata luaskan minda... Syukur la apa yg ada sekarang.. sanggup memperjudikan nasib hanya kerana hasrat politik yang songsang

Anonymous said...

Syabas Shasha ,,anda rasional dan berkata benar..banyak lagi bukti yang menunjukkan Malaysia antara negra terbaik dalam mentadbir ,rakyat berbilang kaum ,Tiada kaum yang dizalimai dan dipinggirkan seperti yang didakwa pembangkang,,Boleh bandingkan dengan negara jiran seperti Thai,Burma/Myanmar ,Philipine atau China yang menindas penduduk/agama minoriti penduduknya

Anonymous said...

Aku hidup dari dulu tak de masalah sebab hati aku tak dengki walaupun aku bukan kroni dan tak baik dengan kerajaan tapi aku sedar sekarang dalam kerajaan ada kroni dari buklan penyokong kerajaan yang berdengki dengan prestasi kerajaan dan bumiputera. Aku lihat negeri yang diperintah oleh PR lagi teruk, bukan 50 tahun lagi, baru hampir lima tahun pegang tah porak peranda habis. Rakyat kena tipu dan dizalimi dan lucunya bagaimana nak kira berjuta-juta sedangkan undi berpuluh ribu pun tak boleh nak settle.. Booliau la...nak perintah cara telus konon...mimpi boleh la bro.. kepada yang sokong PR ada lebih baik pergi menetap di sana baru tauuuu.

Anonymous said...

alhamdulillah...syukur membawa nikmat, mententeramkan jiwa. keluarga aman, negara aman.
Jiwa tak bersyukur..penuh dgan iri hati, jiwa memberontak, menyalahkan orang lain.
BUKA MATA PADA KEMAJUAN MALAYSIA. JANGAN BUKA MATA KERANA DENGKI DGN KEKAYAAN ORG LAIN.
AKU SOKONG BN KERANA AKU MEYAKINI DAN MERASAI SESUATU YG BETUL DAN BAIK DILAKUKAN UTK RAKYAT...