Wednesday, January 16, 2013

LISTEN LISTEN LISTEN : Bawani Perlu Baca Penjelasan Ini



Sumber : Harapan Esok

Pendidikan percuma, itulah topik asas yang dibangkitkan oleh Bawani ketika perbuatan bertanyakan soalan yang bagi saya bersifat agak provokasi kerana tiada adab di dalamnya. Ingat, kelembutan dalam suara, kesopanan dan nada yang bersahaja adalah salah satu adab dalam berhujah. Kalau sudah terjerit sana dan sini, itu bukan di namakan adab.

Tetapi, kami difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator dan program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat ikrar dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada menyentuh langsung soal politik.

Sharifah juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan kami. Andaikan kami pada admin SSTDMM, berdiri di hadapan situ. Mungkin ini hujah kami untuk menjawab soalan Bawani. Bawani membawakan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun yang menjalankan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah Sharifah pada hemat saya.

Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator.

Berbalik kembali kepada topic perbincangan kita, apa yang perlu dijawab oleh Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain.

Sebagai contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan negara yang lebih miskin daripada kita. Tanyakan kepada mereka sama ada bagaimana dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana dengan keadaan di negara berkenaan.

Saya ambil contoh, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarny telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam university. 1 daripada 9 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan miskin manakala yang kayanya mendominasi di sana. 

Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber:http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)

Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampak kana da benda yang perlu dibayar?

Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.

Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya. Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain, sama-samalah kita kongsikan. Assalamualaikum. -HE

8 comments:

Anonymous said...

Kalau aku la, aku tanya Bawani tu balik, U nak Msia mundur ke Maju? Kalau nak mundur ikut Anwar kalau nak maju sokong BN...negara2 yg di sebut Bawani tu, Arg, Brazil, Sri Lanka tu lebih mundur dari Msia sbb diaorg x manage ekonomi dgn betul tapi kenapa negara maju spt US, UK, Jepun x bagi pendidikan percuma? sbb mereka tau effect subsidi membantutkan pembangunan. So pilih la.

Anonymous said...

Cuba tengok pulak ranking kedudukan universiti negara-negara seperti Bawani senaraikan tu. Kabanyakan uiversiti mereka tersenarai lebih rendah kedudukan mereka dari ranking universiti Malaysia.

Tak payah la bandingkan Finland dengan Malaysia, mereka tu negara maju dan rakyatnya sudah lama berteknologi tinggi, kita baru berapa belas tahun nak kejar kemajuan dalam teknologi tinggi ni. Penduduk mereka pun berapa ramai, ada sampai 10 juta?? Yang jadi pelajar pun baru berapa ratus ribu, disokong dengan sistem cukai yang tinggi bolehlah mereka menikmati pengajian percuma dengan teknologi tinggi yang mereka ada...

Tak payah pergi jauh la... singapura yang penduduk sedikit pun, sudah mencapai status negara maju pun, adakah pendidikan mereka percuma??? Tepuk kepala tanya akal...

Anonymous said...

well explained! Si MANGKUK AYUN ANUXXX (benci nak tulis nama dia) perosak negara ni berjaya rosakkan ribuan orang. Akibatnya, YANG BODOH NAK TUNJUK BIJAK, YANG BIJAK DAH JADI BODOH!!!!

Anonymous said...

stuju dengan admin. kan bagus klau sharipah tu jawab dengan penuh berhemat camni. takde la benda ni akan jadi isu.

ini ditarik mikrofon, dan dimalukan depan khalayak, itu bukan respect namanya.

berbalik pada kata2 admin tentang membenarkan ahli panel menjawab, kalau admin teliti video tersebut, ade ahli panel bernama "Paul" kalau tak salah saya, cuba menjawab isu tersebut namun dihentikan dengan kasar oleh sharipah atas alasan "students are tired, who wants galaxy note?"

sharipah emangnya gak profesional mengendalikan hal ini, itulah isu sebenar video tersebut yang menjadi bahan jenaka rakyat sekarang

Anonymous said...

majlis tu sebenarnya baru sahaja habis. Sesi soal jawab pun dah berlalu, bila moderator tanya ade ape-ape soklan lagi, si bawani pun tak pergi ke mikrofon tu untuk tanya soklan. Akhirnya, bacaan ikrar dibuat menandakan majlis akan bersurai tak lama lagi. Lepas je bacaan ikrar dilakukan, si bawani dengan selamba keluar dan membuat kenyataan yang seperti kita lihat dalam video tu. Adakah patut sebagai pelajar universiti yang hadir dalam majlis tak faham tentang tentatif majlis, keluar membuat ucapan secara provokatif pada waktu yang tak sepatutnya.

Jadi aku tak nampak salah syarifah dalam isu ini. Mungkin analogi yang diberikan tidak sesuai dengan kenyataan bawani, tapi kalau sudah diprovok sebegitu, aku pun akan naik marah dan keluar ayat yang tak sepatutnya. Mungkin aku akan suruh keluar dari dewan je kerana masa sesi soal jawab tak mau tanye soklan, bila majlis dah nak bersurai, baru sibuk2 cari mikrofon dan buat provokasi..... celako punye bawani ni.....

Anonymous said...

sya tegur sikit ye,mcm nilah,itu cuma pandangan anda dan pengetahuan anda tntg inflasi di negara tersebut...cukai? anda tahukah kadar cukai yg kerajaan kutip tiap2 tahun? kaji k,utu baru cukai belom yg lain2 lagi,keuntungan negara sbnrnye sgt bsr,dan sptotnye utk rakyat...persoalannye! dimanakah hasil2 itu sume dlm amaun berbilion2 tu??? jenjeng...pihak pembangkang bongkar bkn ckp kosong ye,ade fakta dan bukti,segalanye dihujung jari anda je..so sila kaji dan dptkan maklumat2 itu baru sembang ye..sekian

Anonymous said...

xnk komen ke ngaper gomen mampu biaya NFC , PKFZ , revive company2 yg dah lingkop tetapi x larat nk tampung pelajaran percuma? ehehe...boleh kuar ke soklan haku ni atau pon kakak listen listen akan delete jer?

Anonymous said...

Inilah jadinya orang bodoh nak tunjuk pandai. Sebab itu diakhir zaman ini ramai orang sesat yang kemudian menyesatkan lagi ramai orang.