Tuesday, January 15, 2013

Kenyataan Tian Chua Ini Beri Tamparan Hebat Buat Malaysiakini




Tian Chua sendiri tidak yakin ada 100,000 orang dalam Himpunan Shamsidar, dia anggar dalam 40,000 dan 50,000 sahaja. Malaysiakini menulis anggaran kehadiran adalah 100,000 orang dalam kenyataan di bawah ini. Jika dibandingkan dengan angka Tian Chua, sudah beza hampir 50,000 orang. 

50,000 orang adalah jumlah yang amat besar bezanya. Kapasiti Stadium Merdeka hanyalah 25,000 orang sahaja. Ini bermakna Malaysiakini anggarkan orang yang berkumpul adalah empat kali ganda Stadium Merdeka. Betul ke? Mari kita analisa statistik anggaran yang dilakukan oleh wartawan antarabangsa.

Al Jazeera melaporkan hanya 45,000 orang yang hadir. Angka yang hampir sama dengan anggaran Tian Chua. Akhbar Jakarta Globe mengambil jalan lebih selamat dalam membuat anggaran peserta bila hanya mengambil sumber daripada pihak polis dengan anggaran 50,000 orang sahaja. Belfast Telegraph juga melaporkan jumlah 45,000 orang sahaja. 

Kesimpulannya, ketiga-tiga media antarabangsa ini melaporkan jumlah antara 45,000 ke 50,000 orang sahaja. Mengapa Malaysiakini boleh terlajak kira sampai 100,000 orang? Mereka superimpose gambar?






Dua analisis anggaran peserta yang paling tidak masuk akal adalah dari Polytweet yang anggar sejumlah 150,000 orang dan Naib Presiden PKR iaitu N. Surendran yang anggar 200,000 orang. Patutlah Malaysiakini tulis 100,000 orang sebab think tank portal tersebut anggar lebih tinggi lagi. 

Apa pun, video Tian Chua di atas adalah satu tamparan hebat buat Malaysiakini selain tiga statistik yang diberikan oleh akhbar antarabangsa tersebut. Berani Malaysiakini perbetulkan semula statistik mereka? 

Memang pembangkang lemah Matematik, kalau sudah tahu tidak boleh kumpul 1 juta orang. Mengapa letak sasaran 1 juta orang? Memang mereka berniat mahu tipu rakyat. 




2 comments:

Anonymous said...

Situ orang dah tahu penipu. Benda ciput lah cara rakyat nak kenal beruk beruk ni siapa.

Macam di pejabat. Orang orang macam ni lah yang tipu km perjalanan apabila bekerja. Pergi 20 km meter dia tulis 40 km meter kerana pejabat bayar 50 sen 1 km.

Sebab benda ciput begitu boss tau. Boss pun mengambil kesimpulan pekerja ni tak jujur.

Berlain dengan satu jenis orang jahat ni. Km mereka tak main lah. Kalau nak sebat yang besar besar. Kalau boss tau pun puashati. Masih jenis pembangkang macam Ngeh Ngok Perak tu yang sapu tanah Kelantan.

Itulah kata orang, kalau budak sekolah tak cukup mungkin mencuri sesuatu dari gerai jualan tapi kalau budak belajar tinggi mungkin satu gerabak keretapi dia sapu.

Ayah Man said...

Dengan gabongan PKR,DAP,PAS,Bersih,NGO's,Bar Council,students,anak2 kecila dan sympatizes seluruh Malaysia 50,000 peserta adalah amat2 kecil.Kalau macam ni kita cadangkan adakan sekali lagi perhimpunan besara2an seluruh negara serentak. Inshallah mungkin bolih dapat 500,000 penyertaan. Kalau caranya aman pihak berkuasa tentu tak halang. Hidup DAP.