Monday, January 14, 2013

Kalimah Allah : Haron Din Nyaris Keluar PAS Jika Nik Aziz & Hadi Awang Terus Benarkan Kalimah Allah Digunakan DAP


8 Jan 2013, Nik Aziz berkata dalam dalam Malaysian Insider "Orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu (kalimah Allah) kerana ia merupakan gerakan dakwah". 

Hari yang sama (8 Jan 2013, Hadi Awang pun memberikan kenyataan seperti berikut "Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah". 

Dua kenyataan ini cukup kuat untuk membuktikan bahawa dua pemimpin besar PAS tersebut menurut desakan Lim Guan Eng yang mahukan kalimah Allah digunakan dalam ucapannya pada 25 Disember 2012.  

Mengapa tulisan Harakahdaily ini menyalahkan UMNO pula (baca sini). PAS sepatutnya menyalahkan diri mereka sendiri kerana ucapan oleh Nik Aziz dan Hadi Awang itu baru diucapkan 6 hari lepas sahaja. Pihak yang tidak mampu laksanakan amanah adalah PAS. 

Mereka tunduk dengan desakan DAP. Mereka ingkar dengan teguran ulama, mufti malah sanggup sanggah titah Sultan Selangor. Mereka sanggup bergaduh dengan Majlis Ulama tentang isu ini. 



Sehinggalah bila Majlis Ulama PAS mengeluarkan kenyataan di atas ini barulah Nik Aziz dan Hadi Awang buat kenyataan "u turn" dan mula menyalahkan UMNO.


Salahkan Malaysian Insider dan Malaysiakini terlebih dahulu sebelum salahkan orang lain. Salahkan Anwar Ibrahim terlebih dahulu kerana dia beragama Islam tetapi dia lah yang menjadi punca mengapa DAP naik tocang mahu mempolitikkan kalimah suci itu untuk tujuan politik. 


Hanya Haron Din yang konsisten berani melawan cakap Anwar. Barangkali bila Haron Din mahu keluar dari PAS barulah Nik Aziz dan Hadi Awang buat kenyataan "u-turn". Memang wajib Nik Aziz dan Hadi Awang berundur sahajalah. 



2 comments:

Anonymous said...

Sebuah gereja di Petaling jaya telah menaikkan kalimah Allah didinding gereja selepas Hj Hadi membenarkan penggunaan kalimah Allah. dan beratus ribu bible Melayu sedia Utk cetakan.

(Sebarkan Utk renungan umat Islam)

sumber dari blog pembangkang sendiri : suarapakatanrakyat.com/2013/01/kalimah-allah-keputusan-majlis-syura-pas-bercanggah-pakatan-rakyat/


Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat


BERTAMBAH keliru!! Itulah reaksi pertama penulis sebaik dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS sebentar tadi memutuskan untuk melarang penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah secara bertulis.

Anehnya, semua ini berlaku setelah Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja, tanpa sesekali menyentuh bentuk penggunaannya sama ada secara bertulis atau secara oral.

Bagaimanapun kalau pertikaian penggunaan nama Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu dan majalah mingguan gereja, The Herald dijadikan panduan, maka jelas yang dituntut adalah penggunaan kalimah tersebut secara bertulis!!



Dengan keputusan itu, pemahaman semua orang ialah kalimah Allah boleh digunakan oleh pihak Gereja dalam apa bentuk pun yang dimahukan mereka. Tidak timbul persoalan bertulis atau tidak.

Penggunaan kalimah tersebut secara oral juga memang tidak pernah menjadi topik pertikaian oleh mana-mana pihak sebelum ini. Kalau penulis tersilap, sila maklumkan dimana.

Maka itu tidak salah kalau penulis melihat keputusan ini akan mencetus satu masalah yang besar kepada Pakatan Rakyat selepas ini.

Suka nak dimaklumkan disini bahawa beratus ribu Kitab Bible yang menyebut di dalamnya perkataan Allah telah sedia dicetak untuk diedarkan di kalangan orang Melayu/Islam dalam membantu menambah pemahaman mereka mengenai agama Kristian, sebaik Pakatan Rakyat memutuskan untuk membenarkan penggunaannya oleh masyarakat Kristian.

Sebuah gereja di Petaling Jaya juga dilaporkan telah menaikkan papan tanda dengan perkataan Allah di dinding bangunan gereja tersebut minggu sudah, sebaik Majlis Presiden Pakatan Rakyat selesai bersidang dan memutuskan perkara tersebut.



Justeru, penulis dengan ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?

Penulis juga difahamkan, Hadi tidak berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Syura Ulama sebelum menghadiri mesyuarat pada 8 Januari lepas. Kebetulan, bantahan dari anggota Majlis Syura berhubung perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama dan Nasharudin Mat Isa, bukan satu rahsia lagi.

Ribut, ribut.

Artikel Berkaitan:

Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja
Kalimah Allah: Jadikan HKR Bukti Perpaduan & Persetujuan

Anonymous said...

Kalau Tuan-Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi tidak boleh mempertahankan kesucian nama ALLAH dan agama Islam, baik lah berundur secara hormat. Beri lah laluan kepada mereka yang mempunyai keberanian berjihad mempertahankan kesucian Islam.