Wednesday, January 23, 2013

Dato Seri @NajibRazak Paling Popular di Twitter Ketika Melawat #GAZA Semalam



DAVOS (Switzerland): Mesej Twitter oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang paling banyak ditulis ulang atau 'retweet' selama kira-kira lima jam bermula 10 pagi Selasa.
Kedudukan itu dipaparkan pada skrin besar di Kongress Zentrum Building iaitu lokasi Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi (WEF) 2013 yang akan berlangsung selama lima hari mulai 23 Januari.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berada jauh di hadapan, meninggalkan Pengarang Sant Jordi Asociados, Paolo Coelho, Perdana Menteri Itali Mario Monti, kolumnis The New York Times Nicholas D Kristof dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Right Start Foundation International, Amr Khaled.
Mereka merupakan peserta forum berkenaan dan aktiviti Twitter mereka dipantau oleh WEF.
'Retweet' yang aktif oleh pengikut twitter Najib itu dipercayai kerana perdana menteri kini berada di Gaza, Palestin.
Najib berkata beliau menurut kata hatinya untuk melawat ke Gaza supaya dapat berada bersama-sama rakyat Palestin.
Perdana menteri dijadual tiba di Bandaraya Davos, dengan keadaan cuaca yang amat jauh berbeza berbanding Gaza, pada 24 Januari. - BERNAMA

No comments: