Saturday, January 19, 2013

Bila Patrick Teoh Hina Islam, Mengapa Nurul Izzah Diam Sahaja?


Patrick Teoh perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia kerana kata-kata nista yang sudah dikeluarkan dalam Facebook beliau. Apa motif kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Patrick Teoh? Tujuan politik?

Memang nampak seolah olah ianya disengajakan untuk mencuit sensitiviti umat Islam. Sudah hilang adab dan sopan sebagai mana yang tertulis dalam prinsip Rukun Negara yang kelima. 



Patrick Teoh ketika hadir dalam program yang diberi nama "Leading The Change 2012 Dinner" pada 7 April 2012 di One World Hotel. Program anjuran ADUN Bukti Lanjan, Elizabeth Wong. Patrick secara jelas bercakap dan berkempen untuk parti PKR dalam program tersebut. Patrick turut diberi liputan dalam Media Rakyat, antara saluran Youtube yang tegar pada PKR. 

Gambar di bawah ini pula menjadi bukti hubungan Patrick Teoh dengan beberapa orang pemimpin PKR. Apakah hubungan Patrick Teoh dan pemimpin pemimpin PKR ini? Ketika Patrick Teoh menghina agama Islam, apa pendirian pemimpin PKR tersebut? Mengapa tidak gesa Patrick Teoh mohon maaf secara terbuka dalam media mereka?





No comments: