Monday, December 31, 2012
Sunday, December 30, 2012
Saturday, December 29, 2012
Harakah dan Malaysiakini Bertelegah Sesama Sendiri
Malaysiakini tulis 1,000 orang, Harakah tulis 2,000 orang. Beza besar antara angka 1,000 dan 2,000. Nampak sangat mereka sengaja membesarkan jumlah untuk memerangkap persepsi pembaca.
Jangan mudah terpedaya dengan mainan angka mereka. Lebih baik sahkan dengan sumber yang lain untuk mengesahkan jumlah sesuatu kejadian. Awas perangkap persepsi mainan portal pro pembangkang.
Friday, December 28, 2012
Thursday, December 27, 2012
Wednesday, December 26, 2012
Gambar : Tengku Mahkota Pahang Menggoreng Ayam Untuk Mangsa Banjir
25 DIS. 2012 - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggoreng ayam yang akan disumbangkan oleh baginda sendiri kepada 151 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, Pekan.
Gambar : Pemuda Ini Selamat Biarpun Dibawa Arus Banjir
Alhamdulillah, biarpun dibawa arus tetapi akhirnya pemuda ini selamat. Khairi Said, 27, yang sedang menunggang
motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras
ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu,
Terengganu, Selasa.
Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat
kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di
kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.
Kejadian
berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang
menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.
Jurufoto BERNAMA
Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan
detik-detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus
deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.
Gambar Sultan Mizan Redah Banjir Lawat Rakyat
Semalam
Duli Yang Maha Mulia, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin
berangkat ke Besut dan berkenan melawat mangsa banjir di Pusat
Pemindahan Banjir di Kampung Bukit Rambutan dalam Kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Jabi. Inilah watak pemimpin berjiwa rakyat.
Tuesday, December 25, 2012
Monday, December 24, 2012
Saturday, December 22, 2012
Friday, December 21, 2012
Thursday, December 20, 2012
Gambar Terbaru Anwar Ibrahim Berjoget Hendak Tarik Undi
Hilang habis sakit belakang dan sakit tengkuk. Bab berlakon memang dia akan buat apa sahaja untuk meraih undi. Saksikanlah lakonan hebat ini. Anda nilaikanlah sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































