Sunday, September 30, 2012

#Bajet2013 : Bajet Sejahtera Untuk Rakyat Malaysia

Tunku Aziz : Jangan Tertipu Dengan DAP

 

MINGGUAN: Bagaimana Tunku boleh terlibat dengan politik terutama dalam DAP sedangkan latar belakang Tunku sangat menarik? 

TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Pada pendapat saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu kaum sahaja. Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah sangat penting. 

Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi rasuah.
Itulah kerjaya saya seumur hidup iaitu memerangi rasuah.

Tawaran tersebut membuatkan saya menyertai mereka. Tetapi biasalah, mereka cakap lain tapi lain yang mereka buat. Apabila hampir dua bulan saya masuk, saya sudah sedar ini bukan tempat saya iaitu politik mahupun DAP. Saya mengambil keputusan untuk keluar parti pada tahun 2009 selepas dua bulan bersama mereka. Tetapi tindakan ini tidak disenangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau telah memujuk saya supaya jangan keluar. Demi seorang sahabat, Kit Siang pada saya merupakan seorang pejuang yang telah berjuang bermati-matian selama berpuluh tahun. Saya kenal Kit Siang sudah berpuluh tahun juga. Saya tidak kembali kepada DAP kerana saya telah dijanjikan sebarang habuan oleh mereka. Saya masuk kembali kerana pujukan seorang kawan lama yang saya hormati.
Jadi tidak timbul isu bahawa Tunku dijanjikan habuan dan sebagainya?

TUNKU AZIZ: Saya tidak pernah minta apa-apa dan mereka juga tidak berjanji apa-apa untuk saya. Saya sendiri sudah berumur, saya tidak mempunyai niat untuk memegang apa-apa jawatan atau kerusi untuk bertanding. Kecuali jika mereka mahu saya bertanding untuk parti, mungkin saya akan lakukan. Tetapi saya tidak pernah masuk DAP untuk jawatan atau habuan lain. Saya bukan mahu berbangga diri tetapi saya telah berjaya dalam hidup saya sehingga dikenali di seluruh dunia. Itu bukan kerana DAP tetapi kerana penglibatan saya dalam kerjaya saya sepanjang hidup saya terutamanya dalam bidang rasuah dan integriti. Apa yang DAP boleh beri kepada saya? 

Walaupun saya minta, apa yang mereka ada. Mereka itu pembangkang. Apa yang mereka boleh beri sebenarnya? Saya hanya masuk ke dalam parti itu kerana rasa ‘tertipu’ dengan agenda mereka sebagai parti pelbagai kaum. Kononnya mereka itu parti untuk semua. Kononnya perjuangan mereka itu untuk seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan untuk kaum Melayu, untuk kaum Cina dan kaum India. Tetapi itu cuma retorik sahaja. 

Sehingga ini pun, apa yang telah mereka perjuangkan untuk orang Melayu dan orang India, selain beri RM100 sekali seumur hidup kepada mereka. DAP pun sekiranya mereka bijak, sudah tentu mereka jadikan saya duta dalam hal berkaitan etika. Agaknya mungkin mereka sendiri tahu jika lantik saya duta dalam hal ehwal etika dan integriti, mereka adalah sasaran kritikan saya yang utama.

Mengapa Tunku tidak memilih PKR atau Anwar Ibrahim sebagai platform politik dan sebagai kawan? (baca lanjut di sini)

Jet Peribadi : Tian Chua Terkantoi Dedahkan Gambar Anwar


Diskaun PTPTN Satu Berita Baik Untuk Bekas Graduan


Dato Seri @NajibRazak Umumkan Pembinaan 5,000 Rumah PR1MA di Seremban


Respon Rakyat Terhadap #Bajet2013


Saturday, September 29, 2012

Info Grafik #Bajet2013

Penggerak #AspirasiMahasiswa Kuasai UM

Video Respon Rakyat Terhadap #Bajet2013


Video BRIM 2.0 Dalam #Bajet2013


Pandangan Ngeh Koo Ham Mengenai Halal Haram


Video Ucapan Dato Seri @NajibRazak Dalam #Bajet2013






Ucapan Dato Seri @NajibRazak Mengenai PTPTN Dalam #Bajet2013



Menurut hukum, hutang wajib dibayar. Pinjaman PTPTN satu amanah. Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan. 

Oleh itu, bagi memudahkan proses pembayaran balik, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa insentif. Pertama, bagi peminjam yang menyelesaikan hutangsekali gus dalam tempoh setahun selepas pengumuman ini, bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013, diskaun 20 peratus akan diberikan ke atas jumlah pinjaman mereka.

Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan.

Kita tahu Tuan Yang di-Pertua, ada pihak yang mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuhkan. Ini adalah satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih 30 bilion ringgit hutang PTPTN. 

Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah jika kita yang berhutang masyarakat yang menanggung. Itulah persoalannya.

Grafik Penjelasan 5 Fokus Utama #Bajet 2013










Friday, September 28, 2012

Intipati #Bajet2013

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.


* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.

* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.

* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.

* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

#Bajet2013 Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Berikut ialah intipati Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Tema Bajet 2013 ialah Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

- BERNAMA

Pendedahan #SorosFund & Malaysiakini

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini.

Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai tahun lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekad lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom.

Menurut Sivarasa, dia membayar sebanyak RM5,000 bagi 5,000 unit saham ketika beliau dijemput untuk menyumbang kepada penubuhan portal berita itu pada 13 tahun lalu.

"Ia adalah untuk tujuan yang berbaloi. Saya masih memiliki 5,000 saham daripada 4.5 juta saham yang diterbitkan," katanya dalam wawancara dengan The Star.

Selain Sivarasa, seorang lagi pemegang saham Mkini Dotcom iaitu Bruno Gentil Pereira dan CEO Malaysiakini, C. Pramesh merupakan antara aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Pemegang saham lain termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa'eza Aziz.

Malaysiakini dan Suaram menjadi perhatian pelbagai pihak ekoran dakwaan mereka antara beberapa organisasi yang menerima dana asing.

Dua penyumbang utama dana itu ialah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institude (OSI) iaitu pertubuhan yang dikaitkan dengan Soros yang menaja pelbagai pertubuhan di seluruh dunia yang selari dengan objektif penubuhan mereka.

MDLF memiliki 1.316 juta unit saham dalam Mkini Dotcom manakala Pramesh dan seorang lagi pengarahnya, Steven Gan masing-masing memiliki 1.385 juta dan 1.328 juta saham.

sebelum ini, Pramesh mendakwa MLDF memiliki kira-kira 29 peratus saham dalam syarikat tersebut manakala selebihnya dimiliki oleh pengasas bersama dan kakitangan mereka.

Bagaimanapun di sebalik pendedahan demi pendedahan mengenai Malaysiakini, Pramesh tetap bertegas portal berita itu bersifat bebas, namun beberapa blog mempersoalkan kenyataan itu ketika beberapa pemimpin pembangkang merupakan pemegang sahamnya.

Sementara itu, laporan kewangan Syarikat itu seperti yang boleh disemak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Mkini Dotcom mencatatkan penurunan hasil daripada RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lalu.

Bagaimanapun 'pendapatan lain' portal itu meningkat daripada RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lalu manakala operasi dan perbelanjaan pentadbiran pula adalah sebanyak RM5.1 juta.

Dalam pada itu, menurut Mkini.blogspot.com pula, ia menerima geran daripada kedutaan Belanda di Malaysia; Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (ICFJ), Free Voice dan Friedrich Naumann Faundation (FNS) selain MLDF dan Southeast Asian Press Alliance (Seapa). - Utusan Malaysia

Akhirnya Edikoup Telah Kantoi Menipu


Dalam pilihan raya kampus pada sesi 2011/12, berlaku kes penculikan Masturah, bila dipanggil oleh pihak hospital untuk melakukan rawatan susulan dia lari (baca sini). 

Pada 24 September 2012, ketua jentera Pro M Universiti Malaya membuat kenyataan bahawa dia dipukul di tepi jalan ketika malam pengundian pilihan raya kampus di UM (baca sini).

27 September 2012, pihak polis mencari Edikoup di UM, tetapi didapati Edikoup tidak hadir ke fakultinya. Pada jam 3.30 petang, pihak polis sekali lagi mencari Edikoup di rumahnya. Namun kedua-duanya gagal dikesan. Apakah Edikoup lari dari polis?

Biasanya orang yang bersalah akan lari bila penipuannya sudah terbongkar. Apakah Edikoup sudah sihat dan tidak duduk di kerusi roda lagi? Cerita pukul yang cuba direka oleh Edikoup dan Safwan Anang di UPSI menggunakan skrip yang sama. Penipuan mereka telah terkantoi akhirnya.




#Bajet2013 : Agenda Ekonomi Bumitputera


Infografik Belanjawan 2013 #Bajet2013




Memperkasa Ekonomi Golongan Pertengahan Dalam #Bajet2013


Gambar Ini Bukti Penglibatan DAP-PKR-PAS Dalam Demonstrasi Dong Zhong











#Bajet2013 Untuk Kesinambungan Kesejahteraan Rakyat


 
PUTRAJAYA 27 Sept. — Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas, demikian menurut para pegawai yang arif mengenainya.

Kata mereka, belanjawan itu akan lebih kepada "pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat" bagi memastikan perkembangan sosial yang mampan, selain mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat.
Perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit berbanding RM229 bilion pada tahun ini bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

Para pegawai itu menegaskan, walaupun ada pihak yang akan cenderung melabelkan Belanjawan 2013 sebagai "belanjawan pilihan raya" berikutan programnya yang lebih berpusat kepada rakyat dan pilihan raya umum yang semakin hampir tetapi harus diingat bahawa usaha memperbaiki kehidupan rakyat telah menjadi seruan lantang Najib sejak memegang jawatan pada April 2009.

Belanjawan itu, tegas mereka, adalah seiring dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang akan mengambil kira aspirasi rakyat untuk kehidupan yang lebih baik.

Najib sebagai "game-changer" dalam transformasi politik dan ekonomi negara, kata mereka, akan memastikan Belanjawan 2013 akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar yang pendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 sebulan.

Sudah banyak didebatkan yang belanjawan sebelum ini lebih tertumpu kepada kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas pertengahan kerap kali diketepikan.

Namun, kesejahteraan komuniti secara keseluruhannya termasuk penduduk luar bandar, wanita, belia, kakitangan awam dan perniagaan akan turut diberi perhatian.

Ini bermakna kesinambungan dasar adalah perlu bagi merancakkan lagi ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini.

Pelaksanaan beberapa Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan, selain pengembangan pasaran modal tempatan.
Kata para pegawai berkenaan, kerajaan juga dijangka memperhebatkan lagi insentif untuk pasaran modal sebagai pemboleh kepada pertumbuhan ekonomi.

Mengenai isu pengurusan kewangan berhemat, para pegawai itu berkata, kerajaan akan kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar 4.0 peratus pada 2013 daripada 4.5 peratus pada 2012 dan 3.0 peratus menjelang 2015.

Ucapan Najib juga seharusnya menjuruskan kepada menyemak semula industri automotif negara kerana lebih 500,000 rakyat yang dikaitkan dengan industri itu berhadapan risiko. - BERNAMA

Thursday, September 27, 2012

Mahfuz Pengaruhi Dong Zhong Untuk Demo Di Parlimen?


Bajet 2013 : Ringankan Beban Rakyat


Pengundi Sungai Siput Gesa Ngeh Koo Ham Letak Jawatan

 

SUNGAI SIPUT, 26 Sept - Selepas dihentam para perwakilan semasa konvensyen DAP Negeri Perak, Ahad lepas, sekumpulan pengundi termasuk anggota DAP di sini Rabu mendesak Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham supaya meletak jawatan berhubung kenyataannya mempertikai bantahan umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims'.

 
Desakan itu dibuat dalam satu perhimpunan di hadapan sebuah bank di sini apabila mereka membawa kain-kain rentang berlambang roket yang merupakan logo DAP dan beberapa poster antara lain bertulis 'jangan sentuh isu agama antara kaum', 'Ngeh Koo Ham harus letak jawatan Pengerusi DAP Perak' serta 'mohon maaf bukan satu jalan penyelesaian'.

Terdapat satu kain rentang yang mempamerkan logo parti itu pada kiri dan kanan serta bertulis 'kami menyokong dan pengundi (Anggota Dewan Undangan Negeri) Adun Jalong (dari DAP) mendesak Ngeh Koo Ham letak jawatan sebagai pengerusi DAP negeri Perak kerana bersikap anti-Islam'.


Seorang anggota DAP Sungai Siput yang juga seorang saudara baru, Dini Haikal Abdullah meminta Ngeh supaya tidak menggunakan isu agama kerana ia cukup sensitif dan meminta Ngeh supaya menghormati antara satu agama dengan agama yang lain.


Sementara itu, bekas anggota DAP Sungai Siput, Ng Eng Hock berkata jika Ngeh ingin meraih undi, beliau sepatutnya menggunakan cara yang betul bukan 'mengusik' perkara berhubung agama.


"Dia perlu cakap perkara yang berpatutan sahaja, perlu hormat antara kaum dan agama yang lain. Pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik," katanya.


Seorang pengundi di sini, M.Samy Vellu berkata Ngeh tidak berhak bercakap mengenai isu agama Islam.

"Dia hari ini bercakap agama Islam, (mungkin) esok agama (kaum) India, esok agama orang Cina, ini tidak patut. Kita minta kerajaan ambil tindakan perkara ini...ia mungkin boleh jadi masalah besar," katanya.

Seorang pengundi Megat Ismail Megat Rozali berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Ngeh itu tidak boleh diterima sama sekali sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin DAP itu.

Pada Ahad lepas, Ngeh yang juga anggota Dewan Undangan Sitiawan dan Anggota Parlimen Beruas dihentam perwakilan pada Konvensyen DAP Perak ke-17 atas pelbagai isu dalaman termasuk perbuatannya mempersoal tindakan umat Islam membantah filem yang memfitnah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W. itu.

Konvensyen itu sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 bertukar menjadi perdebatan masalah dalaman parti.

-Sumber BERNAMA

Rakyat Malaysia Beri Sokongan Padu Semasa Hari Kemerdekaan & Sambutan Hari Malaysia


Video Mansor Othman Terkantoi Kutuk Guan Eng


Video Nasharuddin Mat Isa Gesa Guan Eng Minta Maaf


Sokong Transformasi, Mahasiswa Tolak Politik Konfrantasi



 
Kemenangan besar kumpulan mahasiswa yang memperjuangankan suara mahasiswa atau lebih dikenali dengan Aspirasi Mahasiswa menjadi bukti bahawa golongan muda dan terpelajar di negara ini menolak politik konfrantasi yang cuba diperkenalkan oleh pemimpin pembangkang melalui agen-agen mereka di universiti. 

Aspirasi Mahasiswa menang di 17 dari 19 universiti awam seluruh negara, atau dari 567 kerusi yang dipertandingkan, Aspirasi Mahasiswa menguasai 493 kerusi (86.94 peratus) manakala kumpulan pro-Mahasiswa yang sering dikaitkan dengan agenda pembangkang menguasai 73 kerusi (12.87 peratus) manakala 1.94 peratus lagi calon bebas.

Ini bermakna untuk pilihanraya kampus sesi 2012/2013 Aspirasi Mahasiswa berjaya memenangi majoriti 2/3 dari keseluruhan universiti awam seluruh negara.

Bagi yang mengikuti dengan dekat pilihanraya kampus ini, kemenangan Aspirasi Mahasiswa dalam pemilihan kali ini menjadi bukti politik konfrantasi yang diamalkan oleh mahasiswa pro pembangkang ditolak majoriti pelajar.

arif-um"Politik demonstrasi dan percubaan membawa agenda luar ke dalam kampus ditolak, terutamanya agenda pembangkang, sebab itu kita lihat kumpulan Aspirasi Mahasiswa menang di banyak universiti," kata Arif Haikal Roslan, (gambar kiri) pelajar tahun empat jurusan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya.

Bagi beliau, kemenangan 2/3 Aspirasi Mahasiswa dalam pilihanraya kampus seluruh negara ini juga satu endorsement terhadap pelan-pelan tranformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebahagian besar mahasiswa melihat kepimpinan Datuk Seri Najib membawa perubahan yang diharapkan terutama dengan program seperti ETP, Model Ekonomi Baru dan banyak lagi bakal memberi satu lonjakan kepada negara, keputusan ini satu rangsangan kepada kepimpinan beliau bahawa mahasiswa menyokong usaha-usaha beliau,"ujar beliau.

Menurutnya di UM, kempen bertemakan diplomasi vs demonstrasi berjaya menarik sokongan dari pelajar-pelajar universiti tersebut.

"Ramai yang rasional, mereka melihat bahawa demonstrasi keterlaluan tidak membawa manafaat, bukan kita menolak demonstrasi tetapi kalau benda yang boleh selesai melalui rundingan mengapa hendak berdemo, kenapa hendak berkonfrantasi?" soalnya.

Bagi pelajar tahun akhir Pengajian Sumber Manusia UUM, Ilham Jamil Khir (gambar kanan), kemenangan Aspirasi Mahasiswa juga berkait rapat dengan kejayaan jentera kempen yang tersusun dan penguasaan alam siber.

"Saya melihat tahun ini, kempen melalui twitter, facebook dan blog rancak sekali, bagi kami yang jauh dari Lembah Klang, satu-satunya media penghubung adalah media sosial.

"Ramai mahasiswa menggunakan media sosial, mereka mempunyai akuan twitter, facebook, baca blog jadi apabila isu-isu tertentu cuba disensasikan, mahasiswa merujuk kawan-kawan media sosial mereka, dari maklum balas itulah mereka membentuk persepsi samada menyokong atau menolak isu-isu terbabit,"katanya.

Beliau memberikan contoh isu menghapuskan PTPTN yang cuba dibawa oleh mahasiswa pro pembangkang gagal menarik minat majoriti mahasiswa kerana fakta-fakta yang dibentangkan kerajaan dan disebarkan melalui media baru.

ilham-uum"Kami rujuk penjelasan pihak PTPTN, kami baca komen kawan-kawan mengenai isu itu dan membuat kesimpulan, jika PTPTN dihapuskan, peluang sebahagian besar orang muda masuk ke universiti bakal terjejas, kami menolaknya,"ujar beliau.

Sebelum ini sekumpulan belasan orang mahasiswa pro pembangkang berkhemah berhati-hati di Dataran Merdeka kononnya bagi memperjuangkan penghapusan PTPTN yang didakwa membebankan mahasiswa.

Berikutan itu, berbagai langkah telah diambil bagi menjelaskan hakikat sebenar mengenai pinjaman tersebut dan bagaimana pembangkang hanya mempergunakan agen-agen mereka dikalangan mahasiswa bagi tujuan politik semata-mata.

Kejayaan besar Aspirasi Mahasiswa dalam pilihanraya kampus ini bagaimanapun belum mengambil kira keputusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terpaksa mengadakan pilihanraya semula berikutan masalah teknikal dengan sistem e-voting mereka.

Aspirasi Mahasiswa menguasai UPM, UUM, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Di UPM, Aspirasi Mahasiwa yang juga dikenali sebagai Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan sementara Pro-Mahasiswa memperoleh tujuh kerusi.

Calon Pro-Aspirasi turut menyapu bersih sebanyak 34 daripada 36 keruasi di UUM, 18 daripada 20 kerusi di UMT, 22 daripada 24 kerusi di UMP dan menang kesemua kerusi di UPNM.

Di UM, yang merupakan universiti tertua dan sekian lama dikenali sebagai 'lubuk pembangkang' kumpulan Aspirasi Mahasiswa yang menggunakan nama Pengerak Mahasiswa telah memberi tentangan yang sengit kepada pencabar mereka Pro M.

Kejayaan utama Pengerak Mahasiswa UM adalah dengan pertambahan kerusi sebanyak enam menjadikan 19 berbanding 13 dalam pilihanraya kampus tahun lepas.

debat-umPro M yang hanya menang 20 kerusi berbanding 26 tahun lepas manakala dua lagi kerusi dimenangi calon bebas yang dipercayai cenderung menyokong Aspirasi Mahasiswa.

Selain itu, calon-calon Aspirasi Mahasiswa UM juga mewakili berbagai kaum yang mengambarkan kejayaan konsep 1Malaysia di universiti tersebut.

Keputusan lain di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Aspirasi Mahasiswa menang keseluruhan 38 kerusi yang dipertandingkan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menang 10 daripada 14 kerusi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menang 32 daripada 36 kerusi.

Di Universiti Sains Malaysia Aspirasi Mahasiswa menang 37 kerusi, Pro-M menang 7 dari 44 kerusi yang dipertandingkan.

Di UKM, satu lagi lubuk pro-M, mereka menang dengan 19 kerusi berbanding Aspirasi Mahasiswa 10 kerusi. Untuk rekod di UKM, calon Pro-M menang 7 kerusi tanpa bertanding, kerana 'kegagalan' Aspirasi Mahasiswa meletakkan calon.

Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti, Aspirasi Mahasiswa turut mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M.

Lima universiti itu ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).

Sementara di UTHM, Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.- Agendadaily

Wednesday, September 26, 2012

Anwar Ibrahim Menghina Umat Islam Dalam Akhbar Asing




KUALA LUMPUR 25 Sept. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman semalam.

Penulis Eddie Barnes dalam artikelnya menyebut: ''Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi''.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya yang bertajuk "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia" seperti yang dipetik oleh akhbar New Straits Times hari ini.

Anwar sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan di The Wall Street Journal pada 26 Januari lalu.
Eddie yang menemuramah Anwar semasa lawatannya ke United Kingdom baru-baru ini turut menyifatkan Barisan Nasional kini sedang 'goyah'.

Sambil merujuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai Dr. Ibrahim, artikel itu memberitahu bahawa Anwar di London bersama Azeem Ibrahim, seorang ahli perniagaan dari Scotland yang bertindak sebagai pembantu antarabangsanya.


Artikel tersebut yang diterbitkan semula di blog Anwar semalam, turut menyebut bahawa beliau yang berusia 65 tahun kini menderita sakit belakang yang kronik selain menekankan tentang konflik yang berlaku di kalangan sekutu politiknya iaitu DAP dan Pas.

''Di sebelah kanan beliau adalah kumpulan Islam Pas yang ingin memperkenalkan undang-undang hudud (Islam) kepada negara.

''Di kirinya pula ada golongan Cina-India DAP yang mahukan negara sekular dan hak-hak yang lebih baik untuk masyarakat bukan Melayu.

''Ia kelihatan sukar buat beliau apabila pada minggu lalu, DAP membantah rancangan Pas untuk memperkenalkan hudud,'' kata Eddie dalam artikel itu.

Selain itu, beliau juga menggambarkan Anwar sebagai a modern traditionalist kerana enggan dikategorikan sebagai pemimpin Islam dan disalahertikan.

''Beliau kata beliau bukan liberal dan masih memegang kepada asas Islam. Tetapi beliau memilih jalan untuk melihat pandangan kedua-dua belah pihak daripada perdebatan tersebut (DAP-Pas),'' katanya. - UTUSAN

#TanyaNajib @NajibRazak Bajet 2013


Video Yang Perlu Didengar Sendiri Oleh Guan Eng


Keputusan Penuh 18-1, #AspirasiMahasiswa Kuasai Pilihan Raya Kampus Sesi 2012/13





1. UiTM 50/50 menang


2. UniMAP 31/31 menang


3. UTHM 25/27 menang


4. UniSZA 24/24 menang


5. UTeM 28/28 menang


6. UKM 10/28 kalah


7. UPM 39/47 menang


8. UTM 48/54 menang


9. UUM 34/36 menang


10. UNIMAS 13/13 menang


11. UMS 36/38 menang


12. UPSI 24/29 menang


13. USIM 24/24 menang


14. UMT 18/20 menang


15. UMP 22/24 menang


16. UMK 10/14 menang


17. UPNM 14/14 menang


18. UM 21/41 (2 re-elect) menang


19. USM 37/44 (1 re-elect) menang


20. UIAM (semua 31 re-elect)



Sumber : PISAU.NET

Tahniah #AspirasiMahasiswa Kuasai 18 IPTA Dalam PRK

YDP Kolej Ditikam Pada Malam Pengiraan Undi Pilihan Raya Kampus

Ini baru kisah betul ditikam dan disamun di tepi jalan. Motifnya jelas adalah kes samun dan tiada kena mengena dengan politik dalam pilihan raya kampus. Cuma kes ini berlaku dalam tempoh panas pilihan raya kampus. Tidak seperti kes yang berlaku di Universiti Malaya (baca sini), cepat sangat mereka hendak menuduh pihak yang lain yang terlibat. Apa pun tahniah kepada barisan baru kabinet MPP di UPSI. Baca kisah sebenar di bawah ini.

TANJUNG MALIM, 25 September - Mantan YDP Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, Abdul Azim Nasri malam tadi telah ditikam tiga kali dikawasan jalan gelap dari behrang ke Proton City. 
Mangsa yang menunggang motorsikal bersendirian telah ditahan oleh individu yang tidak dikenali ingin meminta bantuan. Sebaik sahaja dia berhenti, dia terus ditikam sebanyak tiga kali dan duit sebanyak RM 20.00 telah dicuri.
Cerita selanjutnya admin perolehi dari FB SUARA MAHASISWA/I UPSI

Sebentar tadi admin sempat menziarah saudara kita di Hospital Slim River untuk mengetahui apa yang terjadi kpd Ust. Azim Mantan YDP JMK KAB.. 
kisahnya dia sedang menunggang motorsikal dari behrang..dan ada orang tahan dia untuk minta bantuan..dia pun berhenti.. 
lalu dia ditikam 3 kali di perut..penyangak itu hanya ambil RM 20.00..nasib baik laptop dia tidak diambil... 
apa yang dilakukan Azim sangat mulia..dia hendak membantu orang..tetapi malangnya orang pula menikamnya..
setelah ditikam..dia masih mampu menunggang motorsikal dan meminta bantuan dijambatan ke proton city..namun tidak ada yang mahu berhenti..mujul ada seorang hamba allah datang membantu dan membawanya ke klinik kesihatan tg malim.. 
kemudian dia mendapat rawatan susulan di hospital slim river..ketika admin sampai di sana Azim sedang dirawat (dijahit)..bapanya turut hadir. 
antara yang hadir td...pengetua KAB..mantan pengetua KAB..ustaz rosli..tuan sayed..Prof Shah..sahabat yang baru menang We Love UPSI dan beberapa orang penyokong Mahasiswa pendidik.. 
beginilah kita mahu.politik secara matang..bila ada keadaan perlukan bersatu kita tetap bersatu... 
sama-sama kita doakan Azim cepat sembuh dan doakan semoga penjenayah itu mendapat baasan setimpal dengan apa yang dibuat!! 
*cerita ini tidak 100% betul..tapi ini yang admin faham
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Abdul Azim.-UPSIDaily

Kisah Jet Peribadi Anwar Ibrahim


#AspirasiMahasiswa Akan Tawan Semula UIA?


 UM sudah dapat semula, mampukah UIA ditawan semula dari tangan MPP Pro pembangkang?

GOMBAK 25 Sept. - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan mengadakan pilihan raya kampus Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 mereka semula ekoran masalah teknikal dikesan pada sistem e-undi hari ini.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, untuk memberi keadilan kepada semua calon yang bertanding, pihaknya akan mencadangkan kepada Senat untuk diadakan semula pilihan raya berkenaan.

Kata Dr. Mizan, antara masalah teknikal yang dikesan ialah jumlah pengundi yang layak dan didaftarkan tidak selari dengan keputusan yang dikeluarkan oleh e-undi.

“Sebagai contoh, ada kulliyyah yang mempunyai 300 pengundi didaftarkan tapi e-undi mencatatkan 2,000 jumlah undi.

“Jadi untuk lebih adil, kami tidak akan mengumumkan keputusan pilihan raya kampus kali ini.

“'Kami juga akan mencadangkan kepada Senat agar pilihan raya yang akan diadakan itu diadakan secara manual," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga menambah, pemilihan itu akan diadakan secepat mungkin. - UTUSAN

Bukti Nyata DAP Tolak Negara Islam


Tuesday, September 25, 2012

17-0, #AspirasiMahasiswa Terus Dahului Mahasiswa Pro Pembangkang



Aspirasi terus mendahului dengan 17-0 dalam pilihan raya kampus sesi 2012/13. Kedudukan yang amat selesa buat aspirasi mahasiswa, ianya tidak termasuk lagi keputusan di UMS, UIA dan UKM. 

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan baru aspirasi mahasiswa di USM yang menang 37-7 berbanding mahasiswa pro pembangkang. Serta kepimpinan baru di UNIMAS yang menang semua kerusi yang dipertandingkan. Selamat memimpin mahasiswa di kampus.

Pilihan Raya Kampus Diadakan Semula Di UIA



Entah di mana silapnya. Pilihan raya kampus di UIA akan diadakan semula disebabkan masalah teknikal sistem E-Voting. Sesuatu yang pertama kali berlaku di UIA, sebuah universiti yang menjadi tumpuan semua setelah Universiti Malaya jatuh semula ke tangan Penggerak Aspirasi Mahasiswa. 

Khabarnya, sejumlah 75.02% pelajar turun mengundi di UIA. Jumlah ini tertinggi sejak tiga tahun lepas. Peratus turun undi pada sesi 2009/10 hanyalah 59% dan pada sesi 2010/11 adalah 65.69%.

Calon Bebas semakin diminati oleh pelajar berbanding calon-calon dari We Unite for Islam (WUFI). Pilihan kampus semula di UIA bakal mengundang perhatian seluruh masyarakat kampus di negara ini. Ianya pasti mengundang pertembungan yang sengit. 31 kerusi yang akan dipertandingkan pasti hangat.

Universiti Malaya Ditawan Semula Oleh Penggerak #AspirasiMahasiswa


Alhamdulillah, akhirnya Universiti Malaya dibebaskan daripada pengaruh mahasiswa pembangkang. 41 kerusi yang dipertandingkan di UM. Keputusan memihak kepada Penggerak pendukung Aspirasi Mahasiswa dengan keputusan 21-20.

Ini satu tamparan hebat kepada mahasiswa pro pembangkang. Faktor kemenangan ini adalah kerana kekuatan jentera Penggerak dan mainan politik kotor Edikoup Dipukul yang jelas jelas mahu menipu mahasiswa.

Malah misteri kehilangan Masturah sudah terjawab bila Edikoup mengulangi taktik yang sama dalam pilihan raya kampus kali ini. Tahniah Penggerak.


Keputusan Semasa #AspirasiMahasiswa Dahului 10-0

Proses pengundian di Universiti Utara Malaysia selesai sudah petang tadi. Tahniah diucapkan kepada barisan calon PERUBAHAN yang menang 34 kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan. 2 lagi kerusi (satu di kerusi umum dan satu kerusi fakulti pengajian antarabangsa. 

UMK, UUM, UPSI,  UMP, UPM, UPNM sudah diketahui keputusan yang memihak juga kepada aspirasi mahasiswa. Ini menjadikan kedudukan semasa 10-0,  termasuklah UTHM, UNIMAP, UiTM, UNISZA. 

Universiti yang dijangka sengit adalah di UIA, UM dan UKM. Beberapa lagi universiti seperti UMT, USM, UMS, UNIMAS, UTeM, UTM dan USIM sedang diperolehi. Dijangkakan penguasaan kali ini adalah lebih besar berbanding sesi pilihan raya lepas. 

Kos Jet Peribadi Anwar Ibrahim, RM35,000 Sejam