Monday, August 27, 2012

Sunday, August 26, 2012

Video Rumah Terbuka Dato Seri @NajibRazak di Pekan




Video Haji Awang Menyokong & Mempertahankan Nasharuddin?


Video Tun M Mengulas Tentang Syaitan & Malaikat


Mansor Akui Guan Eng Sebagai Tokong Baru di Penang

1) Nik Aziz perintah Kelantan 22 tahun digelar sebagai Tok Guru. Terbinanya beberapa tokong yang terbesar di Asia. Ada yang duduk, tidur dan berdiri.

2) Pulau Pinang memang sudah terkenal sekian lama dengan Tokong Ular.

3) Menariknya, DAP yang baru memerintah selama sepenggal sudah mengeluarkan satu lagi produk baru di Penang. Akan mengalahkan produk yang ada di Tokong Ular.

4) Apa yang pasti, bila seorang Ketua Menteri chauvinis digelar sebagai tokong, itu tandanya sikap ekstrems dan taksub yang sudah keterlaluan.

5) Buat masyarakat Islam, berfikirlah dengan rasional. Usah terpedaya lagi dengan DAP dalam PRU13.

Saturday, August 25, 2012

Friday, August 24, 2012

Akhirnya Anwar Menolak Hudud Cara PAS

Tweet #Merdeka55 Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada 31 Ogos 2012



Bukti DAP Bersikap Chauvinis Terhadap PAS-PKR


PAS sudah lama kena dengan DAP. Selepas ini adalah giliran orang Melayu dalam PKR pula akan kena dengan DAP. Bila DAP merasakan mereka terlalu kuat, hanya dinasti dan kroni tertentu sahaja yang boleh berada dalam DAP. 

Buktinya Prof Ramasamy pun sudah kena dengan DAP di Pulau Pinang. Inilah cara chauvinis dan ektrems DAP di Pulau Pinang. 

Mereka bukan sahaja mentadbir secara kuku besi dengan menghalau dan mengambil tanah rakyat tetapi turut sama menyingkir sesiapa dalam PKR-PAS yang mereka tidak sukai. 

Undilah lagi DAP dalam PRU13 nanti, akibat yang lebih buruk akan terjadi. 


Hadi Awang Setuju Guan Eng Buang Kakitangan Awam


Guan Eng Angkuh & Sombong Kata Mansor Othman

Thursday, August 23, 2012

Sunday, August 19, 2012

Bersara : Satu Lagi Lakonan Terbaru Anwar Ibrahim

1) Dulu Anwar akan berlakon sakit pinggang dan sakit tengkuk. Gambar pembengkung pinggang dan leher menjadi modal simpati.

2) Idea simpati tersebut sudah lapuk dan telah dihidu oleh rakyat. Satu taktik mencari simpati Anwar adalah dengan menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya. Pun sudah lapuk kerana acap kali diulang dan diputar semula.

3) Strategi terbaru mencari simpati dan belas kasihan adalah dengan mengugut untuk bersara. Sebenarnya Anwar memang perlu terus bersara kerana kegagalan terbesar beliau sekarang adalah kegagalan menubuhkan pakatan pembangkang yang sah di Malaysia. Logo dan perlembagaan pun masih tiada.

4) Tunggu apa lagi baik berhenti sahaja kalau DAP sudah lebih berkuasa dari PAS dan PKR.

Salam Aidilfitri

Friday, August 17, 2012

Tuesday, August 14, 2012

Monday, August 13, 2012

Upin Ipin : Lailatul Qadar


Tanyalah Ustaz : Lailatul Qadar


Sunday, August 12, 2012

Kafir Harbi : Mahukah Dr Maszlee Malik Berdebat Dengan Abdullah Samaah?


Tiada gunanya Dr Maszlee Malik menulis untuk membela DAP dalam lidah rasmi pembangkang iaitu Malaysiakini. Dr Maszlee Malik perlu berani berdebat tentang isu ini dengan Abdullah Samaah sendiri. 

Elok kalau perdebatan itu dibuat di Sinar Harian, tempat di mana Maszlee selalu mengajak orang lain berdebat. Mahukah Sinar Harian anjur tajuk debat ini? Tentu sekali menarik untuk dikupas dengan lebih mendalam lagi. Biar rakyat menilai mana hujah terbaik untuk umat Islam di negara ini. 

PAS Seronok Terus Ditipu Oleh DAP

Utusan Malaysia pada 18 Julai 2001

"Jika mereka (Pas) terus berniat untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam, bagi pihak DAP, saya mengatakan bahawa kami juga mempunyai pendirian yang sama seperti sebelum ini iaitu tidak menerimanya.

Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990

"Bantahan DAP terhadap cita-cita Pas itu adalah demi kepentingan negara ini dan ia akan terus kekal," kata Karpal Singh pada 11 Ogos 2012. 

Sepuluh tahun dulu (2001), dua puluh tahun sebelum itu (1990) itulah kata-kata yang disebut oleh Karpal Singh. Tidak menerima perlaksanaan hudud. PAS masih tidak serik, masih lagi mempercayai dan sanggup bersama dengan DAP. Dua puluh tahun lagi andai masih lagi wujud parti PAS dan DAP, pendirian tersebut tidak akan berubah. 

Sebelum kuasa yang ada pada orang Islam hilang pada tangan DAP, buatlah keputusan yang bijak untuk agama, bangsa dan tanahair. Selamatkan Malaysia daripada pakatan DAP-PKR-PAS.

Saturday, August 11, 2012

Logo Sebangsa, Senegara, Sejiwa Ciplak Logo Dari Israel?




Anwar Seorang Demokrat Palsu & Penuh Hipokrasi


Janji BERSIH : Satu Himpunan Untuk Kucar Kacirkan Negara Ini

Masih tidak malu menggunakan logo BERSIH? Logo ini adalah logo keganasan yang berlaku pada 28 April 2012.

Hendak berhimpun buat apa lagi? A. Samad Said dan beberapa orang kuncu kuncu pembangkang mahu berhimpun lagi pada 30 Ogos 2012 di Dataran Merdeka dengan membawa tema "Janji BERSIH". 

Kalau hendak berhimpun bagi merayakan sambutan kemerdekaan negara mengapa tidak gunakan motto "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang dibuat oleh pembangkang sendiri? Mengapa hendak guna logo tuntutan politik seperti BERSIH?

Sewajarnya kumpulan yang hendak berhimpun ini menganjurkan sendiri sambutan kemerdekaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pada malam merdeka. Mengapa perlu menganggu persiapan raptai kemerdekaan negara yang akan diadakan pada pagi 31 Ogos 2012? Perarakan tersebut akan dihadiri oleh Ketua Negara, Yang Dipertuan Agong. 

Apakah himpunan ini mahu mencetuskan lagi suasana kecoh sebagaimana yang berlaku pada 28 April 2012? BERSIH apa lagi kalau sudah jadi sebagaimana dalam video di bawah ini? 



Pandelela Wanita Pertama Negara Memenangi PIngat Di Olimpik


Video Bukti Kerajaan Negeri Selangor Menzalimi Pekerja


Iklan Hari Raya Aidilfitri BERNAS


Friday, August 10, 2012

Kemerdekaan Negara Dipersendakan Dengan Logo Lucah #Merdeka55


Selepas atlet yang mengharumkan nama negara dihina dengan panggilan tidak sepatutnya. Jalur Gemilang dihina sebagai "Jalur Malang", Zunar menghina bendera negara dengan menggambarkan ianya dalam bentuk yang tidak wajar. 

Penghinaan terhadap kemerdekaan negara diteruskan oleh Hishamuddin Rais yang melukis logo lucah terhadap hari kemerdekaan negara. 

Inilah mentaliti pembangkang yang tidak sayangkan negara dan jelas sekali memang berniat untuk menghancurkan negara ini. Mengapa perlu dipolitikkan sampai begitu teruk sekali hari kemerdekaan negara? Mereka sudah boleh dianggap sebagai "political animal" yang tidak tahu lagi menggunakan akal untuk berpolitik dengan sihat di negara ini. 

Rakyat yang masih sihat jangan terpengaruh dengan anasir kuning yang sudah meracuni pemikiran mereka ini. Perubahan perlu dilakukan dalam PRU13 agar kuasa 2/3 dikembalikan semula bagi menutup penghinaan-penghinaan sebegini. Cukuplah beri peluang mereka berkurang ajar selama sepenggal ini. 

Kartun Ini Jadi Bukti PKR-DAP-PAS Bukanlah Satu Pakatan


Hairie Othman Sudah Jadi Peminta Sedekah?


Anwar Ibrahim Gelar Guru Pondok Sebagai Pelampau Agama?


Satu tajuk yang amat mengguris hati guru-guru pondok. Jika dibaca secara sepintas lalu, amat jelas Anwar Ibrahim lebih pentingkan dan sanjung DAP melebihi pandangan yang telah diberikan oleh guru guru pondok ini. Anwar perlu memohon maaf atas ketelanjuran percakapannya ini. 

10 Fakta vs Auta Krisis Air Selangor





Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

WAKTU ini di Hulu Langat terdapat sebuah loji pemprosesan air utama (Loji Sungai Langat) yang membekalkan air untuk kegunaan pengguna di kawasan Hulu Langat, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Cheras , Kajang dan Balakong.

Loji Sungai Langat yang ada sekarang dibina pada 1971. Ia direka bentuk untuk memproses dan merawat 386 juta liter air sehari.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini loji tersebut terpaksa merawat sebanyak 460 juta liter air sehari. Peningkatan itu disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna saban hari. Jumlah 460 juta liter sehari yang diproses akan keluar dari loji untuk disalurkan kepada pengguna tanpa meninggalkan seliter pun bakinya.

Akibat dari pemprosesan yang melebihi kapasiti yang direka bentuk membuatkan pihak Puncak Niaga berada dalam keadaan tertekan kerana mereka perlu menggunakan kesemua 15 mesin yang ada. Tidak ada satu mesin pun tidak digunakan melainkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana pada masa itu ramai penduduk Lembah Klang pulang ke kampung halaman. Itu pun sekadar dua mesin yang boleh dihentikan untuk tempoh beberapa hari sahaja.

Akibat dari tekanan pemprosesan air yang terlalu banyak - 24 jam sehari - tanpa henti menyebabkan pada sesetengah waktu mesin tersebut rosak. Apabila mesin rosak, jumlah air yang diproses akan berkurangan dan bekalan kepada pengguna akan terganggu.

Proses membaik pulih mesin bergantung kepada kerosakan yang dialami. Ia boleh memakan masa antara 1-3 hari. Loji tersebut sudah maksimum penggunaannya. Tidak ada sebarang ruang lagi untuk pembesaran atau penambahan mesin baru. Jawapan kepada masalah yang timbul adalah pembinaan loji baru. Itulah yang dinama Loji Langat 2 yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi oleh kerana permainan politik Kerajaan PKR Selangor menghalangnya.

Pembinaan Loji Langat 2 memerlukan masa antara 3-4 tahun. Sehingga ke hari ini ia belum dapat dibina kerana halangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Makin lama pembinaannya terhalang makin lama masa yang diperlukan untuk menyiapkannya.

Sekiranya dibina sekarang, mungkin ianya akan siap pada 2016. Maknanya, ia sudah melebihi dari tempoh yang jangkaan krisis air akan berlaku pada 2014.

Berikut antara auta Kerajaan Negeri Selangor setiap kali Kerajaan Pusat menjelaskan fakta akan risikonya jika Projek Langat 2 tergendala dan tidak disegerakan:

1. Auta: Mendakwa krisis air tidak akan berlaku pada 2014.

Fakta: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menjalankan 5 projek mitigasi bernilai RM301 juta untuk mengelakkan masalah air.

Persetujuan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan projek-projek tersebut menunjukkan mereka mengakui krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika tiada sebarang langkah diambil untuk menanganinya.

2. Auta: Tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor.

Fakta: Kerajaan Negeri Selangor, sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau water supply availability di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Syabas yang telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) sebagai operator pengagihan air di Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukannya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.

3. Auta: Tidak ada keperluan catuan air dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air, sekali gus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2

Fakta: Ketiadaan keperluan catuan air pada masa ini bukan bermakna krisis air tidak akan berlaku pada tahun 2014.

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi untuk mengelakkan krisis air pada tahun 2014 berikutan kedegilan Kerajaan Negeri Selangor.

4. Auta: Kalau tidak ada catuan air, maka tidak ada masalah air.

Fakta: SPAN menjangkakan jumlah bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.

5. Auta: Tindakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 bertujuan memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembinaan.

Fakta: Tender belum dikeluarkan dan Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan secara tender terbuka dan mengalu-alukan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai tender.

6. Auta: Kerajaan Selangor mahu ambil alih operasi Syabas kerana Syabas tidak mampu urus bekalan air.

Fakta: Kerajaan Persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan kerana:

i). Kes mahkamah yang masih belum selesai.

- Kes tersebut difailkan oleh Syabas untuk menuntut pampasan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju untuk menaikkan tarif air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak tahun 2009.

ii. Kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas didapati telah melakukan keingkaran dan tuduhan Kerajaan Negeri Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas didapati tidak mencukupi untuk membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi Syabas berdasarkan Klausa 32 Perjanjian Konsesi.

7. Auta: Tahap takungan air di tujuh empangan berada di tahap maksimum.

Fakta: Air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air. Air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh empat bulan sahaja kalau digunakan secara berterusan.

8. Auta: Tarif air akan naik andai Projek Langat 2 dijalankan.

Fakta: Projek masih belum dimulakan, jadi bagaimana Menteri Besar Selangor boleh mengatakan tarif air akan naik. Tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewartakan tarif air dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

9. Auta: Keupayaan pengeluaran semua 34 loji rawatan air di Selangor ialah 4.807 juta liter sehari (JLH) berbanding dengan keupayaan agihan Syabas 4.371 juta liter sehari iaitu terdapat lebihan sebanyak 436 JLH.

Fakta: Jumlah kapasiti pengeluaran yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pula iaitu sebanyak 4.807 JLH merupakan jumlah kapasiti reka bentuk loji dan mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh lima buah loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk.

10. Auta: Kos projek Loji Rawatan Air Langat 2 ialah RM8.65 bilion.

Fakta: Skim Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor daripada 2 komponen iaitu :

(i) Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor. Kos RM3.936 bilion. Sumber 75% Japan International Cooperation Agency (JICA) dan 25% Kerajaan Persekutuan.

(ii) Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2). Kos RM4 bilion.

Video Khas Untuk Lee Chong Wei


NGO Setuju Agar Umat Islam Haram Sokong DAP


Thursday, August 9, 2012

Cuti Awal : Bukti UNISEL Hancur Di Bawah Pengurusan PKR-DAP-PAS


Video Erti Kemerdekaan Negara #Merdeka55


Bukti PAS Semakin Galak Dengan Abby Abadi


Berdosa Undi DAP : Abdullah Sa'amah


Hati - Hati Dengan Taktik Samun Sebegini


BN Youth CyberTeam Telah Dilancarkan #BNYCT


KenyataanAkhbar
YB KhairyJamaluddin Abu Bakar
PengerusiPemudaBarisanNasional

Pemuda BN sedar bahawa dalam lanskap politik hari ini, persepsi tidak dibentuk hanya melalui media konvensional, portal berita dan blog, tetapi kuasa pembentukan persepsi turut dikongsi oleh platform media sosial lain seperti facebook dan twitter. Bukan sahaja maklumat dan fitnah dapat dikongsikan melalui pelbagai bentuk bahan multimedia, malah ia juga dapat disalurkan dengan begitu pantas, melibatkan jumlah penyebar dan penerima yang begitu ramai sekali serta sukar dikesan. Menyedari kompleksiti penggunaan media siber dalam pembentukan persepsi pada hari ini, saya suka untuk mengumumkan satu lagi produk Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, iaitu Pasukan Siber atau CyberTeam Pemuda BarisanNasional.

Tujuan utama penubuhan CyberTeam Pemuda BN ini adalah untuk menyatukan segala sumber bakat, tenaga dan fikiran yang ada di kalangan anggota Pemuda BN dan juga pihak yang bersimpati dengan perjuangan BN; dan mengkoordinasi gerak kerja siber agar makumat-maklumat berkenaan dasar, program dan fakta sebenar daripada pihak kerajaan dapat disampaikan dengan berkesan seterusnya membantu kempen BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Keahlian CyberTeam Pemuda BN terbuka kepada semua sukarelawan siber pro-BN dan pro-kerajaan, lelaki dan wanita dari semua peringkat umur, dari pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang, di kalangan penulis, penulis blog, pengendali vlogg, pengendali portal, pengendali media sosial, penggiat multimedia kreatif, kartunis dan sesiapa sahaja yang percaya bahawa kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan tugas yang baik dan wajar di beri mandat untuk terus memimpin negara.

Bagi menghadapi PRU13 ini, melalui penubuhan CyberTeam Pemuda BN, beberapa program telah dirangka, iaitu bermula dengan pelancarannya jentera ini hari ini, disusuli dengan Makmal Pendampingan Siber Pertama melibatkan CyberTeam Pemuda BN Pusat, Makmal Pendampingan Siber Kedua melibatkan CyberTeam Pemuda BN di peringkat negeri dan Simulasi Pendampingan Siber PRU-13 dalam bulan September. 

Pasukan ini akan diketuai oleh saudara Tun Faisal Ismail bin Aziz dan akan dibantu oleh saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii dan semua Ketua Penerangan atau Unit Media Sosial sayap Pemuda Parti-Partikomponen. 

Pemuda BN  sedar bahawa usaha untuk mendampingi seramai mungkin anggota masyarakat terutama golongan muda melalui gerak kerja siber yang berkesan bagi menghadapi PRU13 amat penting. Pemuda BN juga sedar bahawa masih terdapat ramai aktivis siber yang mahu menyokong dan menyumbang untuk BN di ruang siber. Melalui CyberTeam Pemuda BN, saya berharap kita akan dapat menarik bakat-bakat baru di kalangan anak muda yang menyokong BN di luar sana. Apa yang mengkagumkan, walaupun bukan merupakan ahli mana-mana parti di dalam BN, mereka begitu komited mempertahankan BN. Mereka sanggup melakukan segala ini di atas semangat kesukarelaan demi untuk memastikan kedudukan BN terus kukuh, terutamanya di kalangan pengundi muda. Melalui penubuhan CyberTeam Pemuda BN ini, Pemuda BN berharap ia akan membolehkan penggerak siber ini berkongsi maklumat dan bertukar-tukar fikiran seterusnya memantapkan hujah mereka apabila berdepan dengan aktivis parti lawan.

Bakat-bakat baru ini dapat memberi sumbangan kepada CyberTeam Pemuda BN dalam bentuk buah pemikiran strategik, idea, arikel, kartun, video, vlog dan segala kepakaran sama ada dalam bidang ekonomi, sukan, pembangunan, sains, undang-undang mahu pun apa saja bidang kemahiran yang dimiliki. Sumbangan yang diberikan tidak hanya tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan tadi, tetapi sesiapa sahaja tetap mampu untuk memberi sumbangan yang berharga dalam bentuk ‘Like’ di Facebook Fan Page, Retweet di Twitter atau berkongsi dan menyebarkan segala bahan, info atau fakta yang dilihat berguna kepada rakyat Malaysia.

Untuk menyertai CyberTeam Pemuda BN aktivis-aktivis siber boleh mendaftarkan diri dengan menyertakan butiran peribadi ke email bnycyberteam@gmai.com atau melalui :-

TWITTER : @BNYouthCyberTeam - https://twitter.com/BNYCyberTeam

Memalukan Sekali Tindakan DAP Ini


Wednesday, August 8, 2012

Video Ku Pilih Malaysia


Video Pakcik Beca & Agenda Kristianisasi Di Penang

Assalamualaikum,

Ini adalah rakaman video tentang peristiwa Pakcik Beca didatangi dua pelancong Amerika yang juga merupakan mubaligh kristian. Kami sangat berharap, semua pihak tidak membuat tuduhan melulu kononnya ini adalah isu rekaan untuk mencemarkan nama baik MAINPP.

Kita perlu insaf bahawa dua lelaki ini sangat komited dalam melaksanakan tugas dakyahnya. Tetapi kita, umat Islam masih lagi bermain tuding menuding mencari salah siapa.

Pada kami, melihat dari tanggungjawab pemerintah dan peruntukan undang-undang, dua lelaki ini salah dan perlu ditangani. Pihak yang terbabit tidak perlu berdolak dalih lagi. Tindakan mesti diambil. Jangan buruk sangka kepada kami.Tetapi apa yang lebih penting adalah apa yang kita lakukan untuk menyelesaikan masalah utamanya. Nasib golongan miskin bandar ini. Terlalu banyak alasan yang diberikan untuk tidak membantu.

Sindiket, Penipuan, Sikap Malas, Tak Tahu Mereka Islam atau bukan, semua ini adalah alasan yang diberikan sewaktu pertemuan dengan pihak-pihak terbabit. Ya, mereka memang bermasalah. Memang sakit hati berurusan dengan orang-orang macam ini. Macam-macam perangai, pengotor, mabuk, lebih suka meminta-minta... Tapi kerana mereka bermasalah lah kita perlu bantu. Kalau mereka semua ok. Normal. Tak perlulah bantu.

Umat Islam perlu sedar, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling, jangan pentingkan diri, jangan merasa diri sudah mulia dan tidak perlu peduli dengan orang-orang yang menjengkelkan ini. (baca seterusnya di sini).

Iklan Raya Petronas 2012


Tuesday, August 7, 2012

Ustaz Kazim Elias : Peristiwa Nuzul Al Quran

Manoharan Tidak Patriotik & Biadap








Zunar Pula Menghina Jalur Gemilang


Sesudah Nizar menghina Jalur Gemilang dengan panggilan baru "Jalur Malang" dan Manoharan, ADUN DAP menghina Lee Chong Wei dengan panggilan "Lee Chong AWAY" kini tiba giliran Zunar (pelukis propaganda Malaysiakini) menghina pula Jalur Gemilang dalam bentuk kartun. 

Penghinaan yang sudah keterlaluan dan melampaui batas. Mengapa perlu dihina bendera negara? Mengapa perlu dihina wira negara yang berjuang di Sukan Olimpik?  Pihak pembangkang sudah hilang pertimbagan akal untuk berkuasa. 

Apa sahaja hendak dipolitikkan dan dijadikan isu. Hingga sanggup mencaci dan menghina negara sendiri pun mereka sanggup semata mata untuk berkuasa. Mahukah kita mengundi lagi orang yang bersikap biadap sebegini?


Anda Nilaikanlah Tweet Hairie Othman Ini


Inilah hasilnya sejak masuk ke dalam PAS. 
Perubahan yang baik kah kalau begini jadinya? Taksub !


Nik Aziz Pasti Takut Kalau Rakyat Kelantan Tengok Video Ini

Monday, August 6, 2012

Video Klinik Rakyat 1Malaysia

ADUN DAP Hina Lee Chong Wei Dalam Twitter


Nizar Jamaluddin Hina Bendera Malaysia Dengan Menggelarnya "Jalur Malang"


Berikut adalah tweet yang dilakukan oleh Nizar pada 5 Ogos 2012. Satu perbuatan yang biadap dan tidak cintakan kemerdekaan negara malah menghina pula bendera negara kita.  



Sunday, August 5, 2012

Ustaz Kazim Elias : Pengajaran Kisah Skodeng

Kit Siang Marah Kalau Tengok Video Ustaz Kazim Ini


Kenapa Kit Siang Takut Sangat Dengan 13 Mei 1969?


Kalau tidak salah dan tidak kencing, buat apa hendak takut sangat? Mana gambar dan testimoni mengatakan Kit Siang tidak berada di Kuala Lumpur pada hari kejadian? 

Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ini ada bukti Kit Siang memang terlibat dalam mencetuskan peristiwa yang mengoncang perpaduan kaum di negara ini (baca sini). Menafikan lagi?

Saturday, August 4, 2012

Ustaz Kazim Elias Nasihat Kisah Mercun & Bas Ekspress

Video Belia Malaysia Mahu Mengundi Untuk Pastikan Keamanan Malaysia

Video Pesanan Penting Tun M Untuk Rakyat Malaysia

Kenyataan Media Dato Seri @NajibRazak Berhubung Perletakan Jawatan Lajim Ukin




KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Berikutan perletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort , Presiden parti merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kedudukan Barisan Nasional (BN) tidak tergugat dan mampu menangani cabaran tersebut.

Katanya, biarpun setakat ini pelbagai khabar angin dan desas-desus tersebar tetapi BN akan melaksanakan langkah yang sesuai untuk terus kukuhkan kedudukan parti.

"Ekoran perletakan jawatan Datuk Seri Lajim maka Timbalannya, Isnin Aliasnih akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan juga memutuskan Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah mengawasi perjalanan UMNO Beaufort dan memberi apa-apa juga bantuan yang diperlukan oleh bahagian ini untuk memastikan kekuatan UMNO dan BN tidak terjejas," katanya.

Dalam hal ini, beliau menganggap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah kebiasaan Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Itu memang kerja dia (Anwar), yang akan janji macam-macam. Kita akan membuat langkah-langkah yang sesuai untuk memulihkan UMNO dan memantapkan lagi kedudukan BN."

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabatnya, Menara Dato Onn, hari ini.

UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim berkuat kuasa 30 Julai dan perlu dijawab dalam tempoh dua minggu sebagaimana proses dalam Perlembagaan parti.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat MT adalah langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan khususnya berkaitan dengan Pelan Transformasi Pendidikan.

"Hari ini kita mendapat penerangan daripada Timbalan Presiden yang juga Menteri Pelajaran berhubung dengan Pelan Transformasi Pendidikan yang sedang diusahakan yang mana proses dialog secara menyeluruh dan terbesar pernah diadakan berlangsung dalam tempoh selama enam bulan.

"Pagi tadi kabinet telah mengadakan satu 'workshop' khas untuk membincangkan cadangan dan pelan tersebut dan kabinet telah memberi sokongan dan begitu juga MT yang turut memberi sokongan untuk kerajaan melakukan sesuatu penyusunan semula kepada sitem pendidikan kita supaya kita mencapai satu lonjakan pencapaian yang luar biasa," terangnya yang turut memaklumkan bahawa butiran berkaitan pelan tersebut akan diumukan pada 11 September nanti. - MediaUMNO

#London2012 : Baskin-Robbins Percuma Jika Malaysia Menang Emas




KUALA LUMPUR - Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.

Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.

Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.

"Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita," kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima.

"Sekiranya Malaysia meraih pingat emas Olimpik pertama kita, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan menjamu semua rakyat Malaysia dengan aiskrim percuma. Bukan sebarang aiskrim, tetapi antara aiskrim yang paling sedap di dunia.

"Kami mahu berkongsi visi yang sama dengan Baskin-Robbins dan kami mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas perkongsian hebat mereka dalam inisiatif ini di bawah Impian Emas Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini merupakan kali pertama Baskin-Robbins menyertai aktiviti sedemikian di Malaysia bagi meraikan saat bersejarah seumpama itu di negara ini.

"Kami mahu kegembiraan sentiasa berterusan. Pengunjung awal yang datang ke acara kami itu bukan sahaja mendapat skup aiskrim percuma tetapi juga baucar eksklusif menawarkan tawaran paling menarik," kata Cheah See Yeong, Presiden Golden Scoop Sdn Bhd, rakan kongsi Baskin-Robbins di Malaysia.

"Ini akan menjadi satu daripada sumbangan terbesar kami setakat ini kerana ia melibatkan hampir semua kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh Malaysia.

Pelanggan boleh memilih daripada mana-mana 31 perisa kami yang tersedia di kedai kami. 

"Pilihan terbaik yang melambangkan detik penting ini ialah perisa Gold Medal Ribbon dan World Class Chocolate kami.

"Kami mahu semua rakyat Malaysia menikmati kejayaan manis ini dan cara yang terbaik adalah berkongsi peristiwa bersejarah ini bersama-sama menerusi skup aiskrim Baskin-Robbins pilihan Malaysia.

"Ini merupakan saat yang menggembirakan dan kami mahu setiap orang dan setiap rakyat Malaysia meraikannya," kata Cheah. – Bernama

Friday, August 3, 2012

Zuraida Pun Hendak Jadi MB Selangor, Tengok Video Ini



#London2012 :Khairul Anuar Mohamad Terkandas Di Suku Akhir





LONDON, 3 Ogos (Bernama) -- Impian Khairul Anuar Mohamad untuk melakarkan sejarah sebagai pemanah pertama negara mara ke separuh akhir Sukan Olimpik tidak kesampaian apabila disekat oleh pemain Jepun Takaharu Furukawa pada saingan suku akhir acara Recurve individu di sini, malam ini.

Angin kencang di Padang Kriket Lord di sini menyebabkan konsentrasi Khairul Anuar terjejas sebelum tumpas 2-6 kepada lawannya yang sudah beraksi sebanyak tiga kali dalam Sukan Olimpik.

Anak kelahiran Terengganu itu gagal mempamerkan bidikan konsisten seperti sebelum ini apabila mencatatkan 27-26 pada percubaan pertama sebelum mencipta catatan 24-25, 27-21, 26-28 untuk mata muktamad 2-6.

Takaharu diisytiharkan pememang sebaik sahaja mencapai enam mata.

Walaupun pemanah negara pulang dengan tangan kosong tetapi Khairul Anuar, yang memiliki ranking ke-20 dunia, telah menyamai pencapaian rakan sepasukan Cheng Chu Sian yang tersingkir pada peringkat suku akhir di Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Mengikut peraturan terbaru Persekutuan Memanah Antarabangsa (FITA), pemenang bukan sahaja diputuskan dengan bilangan anak panah dan mata tetapi pemenang akan diberi tambahan dua mata pada setiap lima percubaan.

Pemanah pertama mencapai enam mata akan diumumkan sebagai pemenang.

"Sering kali, saya terpaksa membetulkan anak panah sama juga dengan pemanah Jepun itu. Saya rasa ada sesuatu tidak kena dengan bidikan hari ini," kata Khairul Anuar yang mengakui faktor angin kencang mengganggu tumpuannya.

Pada saingan penyingkiran sebelum ini, Khairul Anuar menumpaskan pemanah Britain Larry Godfrey 6-5 selepas terikat 136 mata selepas lima percubaan.

Manakala Takaharu mara ke suku akhir selepas mengalahkan Baard Nesteng dari Norway 6-2 - BERNAMA