Tuesday, July 31, 2012

Janji Ditepati Adalah Slogan Universal, Mengapa Perlu Ditentang?


Mengapa takut sangat dengan slogan? Lebih baik bincangkan dahulu slogan PAS sendiri yang dulu kata Bersama Kepimpinan Ulama tetapi sekarang sudah lari daripada slogan mereka itu sendiri. 

Mengapa tidak bincangkan tentang Harapan Baru (janji pakatan pembangkang dalam PRU12)? Mana Harapan Baru tersebut?

Video Hari Pahlawan : Bersyukur & Sayangkan Tanah Air


Video Hari Pahlawan 2012


Tazkirah Ustaz Don Daniyal Berkaitan Taqwa

Dayangku Intan Menghina Rakyat Johor?


Sila Nilaikan Apa Yang Abby Abadi Sebut Di Twitter Ini


Skandal Terbaru Ahli Parlimen Wanita DAP



Chan Hung Guan (pembantu kepada Ahli Parlimen DAP Serdang), Teo Nie Ching dipercayai menyeleweng wang sejumlah RM18,000 sejak tahun 2009 lagi. Skandal ini didiamkan oleh ahli-ahli DAP. 

Menurut Ahli Parlimen Bebas Nibong Tebal, Tan Tee Beng, sewa pejabat Nie Ching dibayar oleh Kerajaan Selangor sebanyak RM1,000 sebulan. Namun, pembantu Nie Ching, Chan Hung Guan telah membuat 'perjanjian' sulit dengan empunya premis untuk membayar kembali kepada Chan sebanyak RM500 setiap bulan.

Semua dokumen penyelewengan tersebut di lampirkan dalam surat yang dihantar kepada Pengerusi SELCAT. Beranikah SELCAT membuat siasatan atas skandal ini? 

Monday, July 30, 2012

Pesanan Ustaz Kazim Elias Untuk Orang Orang PAS


Video Membuktikan Mahfuz Omar Sudah Takut Dengan DAP

Peniaga Kecil Bersuara Tentang Isu Air Di Selangor

Umie Aida Berdebat Dengan Abby Abadi Dalam Twitter





Video Lagu Tema #JanjiDitepati

Largest Countries In Terms Of Information Production Through Twitter - Malaysia No. 6




Description

Online social media has become an integral part of daily life for many Internet users and there are now hundreds of millions utilising these services around the world. Concomitant with this growth of usage is a desire by companies, government agencies, and academics to study and map the data trails left by people using services like Twitter, Flickr, and Facebook. The data shadows and information trails left by users online reveal social, economic, and political processes and practices.

Twitter, in particular, is repeatedly used as a repository of social data because of its relatively open network that allows researchers access to almost any information published through the platform. Yet, despite the many studies (both inside and outside of academia) that draw on data from Twitter, there is little scholarship devoted to the geography of Twitter.

As a first step, we decided to collect all georeferenced tweets sent between March 5 and March 13, 2012. It is important to point out that georeferenced tweets comprise fewer than 1% of all tweets and it is possible that significant geographic biases exist in where and how people georeference their content [1]. We then took a random 20% sample of that dataset: giving us approximately 4.5 million tweets that we spatially joined at the country-level.

Our graphic illustrates these data as a spatially aware treemap. The size of each block represents the number of tweets emanating from that country and the shading reveals in the number of geocoded tweets as a proportion of that country's Internet population (i.e. it gives us a sense of how likely Internet users are to create geocoded Twitter content).

The graphic reveals a large amount of inequality in the geography of content. However, while many other online platforms and more offline knowledge sources are characterised by distinct digital divisions of labour in which the Global North is a predominant producer and subject of content [2], Twitter displays significantly different geographies.

The six largest countries in terms of information production through Twitter are: (1) the United States, (2) Brazil, (3) Indonesia, (4) the United Kingdom, (5) Mexico, and (6) Malaysia. It is interesting to note that only two of the countries on that list are in the Global North and are traditional hubs of the production of codified knowledge.

By mapping the distribution of tweets in the world it becomes apparent that Twitter is allowing for broader participation than is possible in most other platforms and media. In other words, it might be allowing for a 'democratisation' of information production and sharing because of its low barriers to entry and adaptability to mobile devices. Similarly barriers to the dissemination of information, such as censorship, are also visible through the small proportion of tweets originating in China (home to the largest population of internet users in the world).

However, more research is undoubtedly necessary to better understand the geography of content on the platform. Our sample in this post is limited, and even more important only allows us to visualise the quantity of georeferenced tweets that pass through the platform.

As virtual layers and augmentations of place increasingly matter to everyday life [3], it will become more important to understand the geographies of information. This map offers a starting point.

Acknowledgements: We wish to thank Devin Gaffney for his extensive work collecting the data for this analysis. This work has also been made possible by a grant from the John Fell Fund. - Dr Mark Graham and Monica Stephens

References

1. Graham, M., Hale, S., and Gaffney, D. (2012) Where in the world are you? Geolocation and language identification in Twitter. Unpublished Manuscript

2. Graham, M., S. Hale & M. Stephens. 2011. Geographies of the World's Knowledge. Convoco! Edition. Available in English and German.

3. Dodge, M., & Kitchin, R. (2005). Code and the Transduction of Space. Annals of the Association of American Geographers, 95(1), 162-180.

Graham, M., M. Zook, and A. Boulton. 2012. Augmented Reality in the Urban Environment. Transactions of the Institute of British Geographers (in press).

Twitter Dato Seri @NajibRazak Ke-2 Paling Aktif Di Asia



Dato Seri @NajibRazak Pemimpin No. 6 Paling Popular Di Twitter



KUALA LUMPUR 28 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai pemimpin keenam paling popular di dunia oleh sebuah firma perhubungan awam dan komunikasi antarabangsa yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Burson-Marsteller.

Menurut kaji selidik Twiplomacy yang telah dijalankan oleh firma nombor satu dunia itu, Najib merupakan antara pemimpin dunia yang aktif menggunakan akaun Twitter secara tulen.

Jelas kaji selidik tersebut, Perdana Menteri ketika ini mempunyai lebih 750,000 pengikut dan jumlah itu bertambah setiap hari.

"Ini sekali gus menjadikan beliau (Najib) sebagai pemimpin negara yang paling popular di Asia di laman Twitter iaitu satu dalam 37 (per kapita) dan juga dengan selesa menduduki dalam ranking 10 pemimpin paling popular di dunia.

"Tidak dinafikan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merupakan pemimpin paling popular dunia, namun Najib juga merupakan antara pemimpin yang tidak kurang popularnya dalam kalangan rakyat," kata Twiplomacy.

Kata Twiplomacy, kedudukan akaun Twitter Najib pula boleh dirumuskan sebagai nombor dua paling aktif di Asia dan ke-17 di dunia berbanding akaun-akaun ketua kerajaan dan institusi lain.

"Perdana Menteri Malaysia ini juga dianggap antara pemimpin terawal yang berjaya menyesuaikan diri dengan penggunaan Twitter, ini juga merupakan contoh terbaik yang menampilkan betapa maju serta kehadapan pemikiran masyarakat di Malaysia," katanya.

Baru-baru ini Universiti Oxford turut mengeluarkan kenyataan kaji selidik mereka yang menunjukkan Malaysia menguasai kedudukan ketiga paling tinggi penggunaan Twitter secara meluas berbanding negara-negara barat.

Friday, July 27, 2012

Logo Kemerdekaan Negara Tidak Perlu Dipolitikkan

Apakah maksud sebenar Janji? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, janji bermaksud "pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu: engkau mesti menepati ~ yang kau buat dahulu;"  

Apa pula maksud Ditepati? "Berpegang teguh pada janji dan sebagainya; memenuhi janji dan sebagainya ; menunaikan". Apabila  digabungkan ianya berbunyi Janji Ditepati. Apakah ini ayat politik yang berat sebelah?

Tidak. Ini kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, janji yang sudah dijanjikan kepada rakyat haruslah ditunaikan. Mengapa perlu malu menggunakan terma ini? Seharusnya kerajaan negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor menyambut baik tema ini kerana ianya merupakan satu amalan yang murni. 

Apakah ada janji yang diatas ini yang tidak ditunaikan?

Mengajak semua pemimpin untuk menepati janji yang telah dijanjikannya adalah satu ajakan dan tema yang baik. Patutlah sekarang ini subjek pendidikan moral pun hendak dipolitikkan oleh pembangkang. Rupanya mereka dalam diam hendak memusnahkan nilai-nilai murni yang sudah ada dalam rakyat Malaysia.

Tidak perlu mempolitikkan tema kemerdekaan negara kita. Sesudah 55 tahun, banyak perkara yang sudah diusahakan dan ditepati oleh kerajaan yang ada sekarang untuk pembangunan negara ini.

Janji Ditepati untuk membawa negara ini kepada dua perkara yang besar yang menjadi idaman semua negara di dunia ini sudah pun ditetapi. Pertamanya adalah mengukuhkan perpaduan sesama rakyat dan keduanya adalah menjamin kesejahteraan dan keamanan negara. Ini dua nikmat besar yang sedang dikecapi oleh rakyat sekarang. 

Mendesak agar logo kemerdekaan negara diubah adalah satu tindakan yang bersifat keanak-anakkan. Kreativiti adalah sesuatu yang subjektif, mengapa perlu ditafsir dengan cara yang berat sebelah. 

Jika menuduh logo kemerdekaan negara sebagai tidak kreatif, apakah logo bendera parti di bawah ini adalah tersangat kreatif? Mengapa ianya tidak ditukar? Kanak-kanak tadika pun boleh melukis logo di bawah ini. Mengapa tidak dibuat pertandingan di antara tadika tadika PAS untuk mencipta semula logo di bawah ini?


Video Forum Khas Ehya Ramadhan, Dr Hasan Ali Menjadi Moderator Forum



Video Trailer Filem Yang Ditakuti Oleh Lim Kit Siang

Kerajaan BN Berpandukan Maqasid Syariah

Thursday, July 26, 2012

Video Seorang Muslim Yang Produktif

Video Animasi Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa

Video Kelebihan Berpuasa

Video Lagu Setia Malaysia 2012

Ada Komuter Yang Ada Side Mirror?


Gambar di sebelah itu adalah adalah gambar komuter di beberapa buah negara luar. Ada nampak side mirror (cermin sisi) di komuter negara lain? Oleh itu, mengapa perlu hendak dijadikan isu politik? Apakah ini petanda mereka sudah habis modal atau tidak cerdik?


Ada nampak cermin sisi pada keretapi laju di United Kingdom yang akan digunakan masa Sukan Olimpik nanti? Ada cermin sisi? Ketua Editor Suara Keadilan perlu dipecat atau letak jawatan. Cukup cukplah membuat cerita karut dan fitnah. 

Kajian : Populariti Dato Seri @NajibRazak Naik 76% Berbanding Anwar & Nik Aziz


Inilah sebabnya mereka takut dengan perkataan Janji Ditepati. Bukankah maksud janji itu meluas maknanya? Kenapa kerajaan negeri pembangkang perlu takut dengan janji mereka sendiri?


KUALA LUMPUR - Transformasi berterusan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya melonjakkan populariti beliau berbanding pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76 peratus berbanding dua pemimpin utama pembangkang itu.

Menurutnya, melalui pecahan etnik, kepimpinan Najib juga semakin diterima dan terus mendapat sokongan iaitu 75 peratus Melayu, 69.6 peratus Cina, 71 peratus India , 85.5 peratus Iban dan 84.4 peratus bagi Bumiputera Sabah Sarawak.

Jelasnya, populariti Najib itu disokong dengan pendekatan model magnet yang bersifat populis dan praktikal.

“Dengan menggunakan pendekatan model magnet, penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, internet dan sebagainya mendekatkan beliau dengan rakyat.

“Selain itu, transformasi Najib memperkenalkan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian di utamakan; Model Baru Ekonomi; Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Rumah Pertamaku dan sebagainya lagi sedikit sebanyak memberi prestasi yang mendorong peningkatan popularitinya,” katanya ketika membentangkan kertas kerjanya pada Rundingan Meja Bulat PRU13:Malaysia Pilih Siapa? anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, semalam.

Katanya, dari 1,000 responden sekitar Lembah Klang, pada keseluruhannya, sebanyak 69.6 peratus memilih Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan 37.5 peratus antaranya bersetuju BN akan menang dua pertiga majoriti dan 32.1 peratus lagi memilih BN akan menang majoriti mudah.

Menurut Fuad lagi, secara purata, 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib.

“Barisan Nasional (BN) juga mendapat keyakinan tinggi dalam mengurus pembangunan sosio ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Fuad berkata, melalui hasil kajiannya, di kalangan tokoh kepimpinan negeri, prestasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 'min' yang paling rendah.

Katanya lagi, 55 peratus responden tidak yakin Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dapat menyelesakan pelbagai masalah termasuk isu murtad, kebajikan, sosial dan sebagainya.

“Ramai di kalangan responden juga menyatakan pembangunan yang dirancang di Selangor banyak merugikan kaum Melayu dari aspek partisipasi dan pemilikan.

“Sebagai contoh, kawasan pembangunan dan perumahan mewah, ia kelihatan adil, tetapi merugikan kaum Melayu yang tidak berkemampuan,” katanya.

Sementara itu, melalui kajiannya di Kedah, 51 peratus dari 10,800 responden yang diperoleh dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) menyatakan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pas sebagai baik.

Katanya, responden juga menyatakan 68 peratus kepimpinan atau pentadbiran Pas di Kedah tidak cekap dan tidak efisien.

“(Seramai) 63 peratus responden bersetuju berlaku pergeseran dan ketidaksefahaman antara kepimpinan Pas dan dan hasil kajian juga menunjukkan 72.8 peratus menyatakan Pas kurang prihatin dengan dengan isu yang diutarakan oleh rakyat,” katanya.

Katanya, maklumat yang lebih menarik adalah, 33 peratus dari responden lebih tidak berpuas hati terhadap tahap politik di Kedah berbanding 25 peratus tidak berpuas hati di peringkat nasional.

69.6% Rakyat Yakin BN Akan Menang #PRU13




Secara keseluruhannya,  69.6 peratus responden menyatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13, 37.5 peratus menyatakan bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti manakala 32.1 peratus pula menang dengan majoriti mudah.

"Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), 54.1 peratus responden akan memilih BN, 14.4 peratus (PAS), tiga peratus (PKR) dan selebihnya tidak pasti, manakala di peringkat Parlimen, 57 peratus memilih BN, 20.6 peratus (Pakatan Rakyat) dan 22.4 peratus tidak pasti," 

Berikut adalah analisis yang dibuat oleh  Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di Kuala Lumpur pada 25 Julai 2012. 

Bonus : RM2.2 Bilion Untuk 1.27 juta Penjawat Awam & 657,000 Pesara


Kajian Terbaru : 59% Rakyat Kedah Tolak PAS




Kajian ini menunjukkan bahawa Kedah akan dapat semula kepada BN. 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula.

Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.

Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.

“Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk ‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’.

Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka.

Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40 peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar.

“Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak kepadanya.

“Kajian ini jalankan terhadap penduduk di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan kawasan bandar dan kampung,” katanya.

Rohana berkata, UUM menjalankan kajian ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus.

Video 7 Orang Pelajar Malaysia di Syria Selamat Pulang

Wednesday, July 25, 2012

Dato Seri @NajibRazak Tarawikh Bersama Rakyat Pekan

Bukti Azizan Razak Tidak Buat Kerja #UbahKedah

Video Ustaz Kazim Elias Sindir PAS

Video Dato Seri @NajibRazak Melawat & Bersahur Bersama Anak Yatim

Tema Kemerdekaan, Pembangkang Perlu Rasional

Video Mahfuz Omar Mencarut Atas Pentas PAS

Kadar Zakat Fitrah 2012 Di Seluruh Malaysia


Farid Ismeth Menjawab Fitnah Kaitkan Dirinya Dengan Datin Seri Rosmah



Berikut adalah pendedahan yang dibuat dari blog  http://zamzarinazambri.blogspot.com berhubung fitnah terhadap Datin Seri Rosmah Mansor dalam Wikipedia. 

WIKIPEDIA

Disinilah antara punca hal ini berlaku.. Ramai yang tak pasal-pasal dapat dosa kering menyebarkan fitnah yang mereka percaya ia perkara sahih! Jom kita baca sikit tentang Wikipedia..


Maafkan ZZ andai penjelasan ZZ ini kurang tepat.. Almaklumlah ZZ bukan seorang yang arif dari segi teknikal dan internet.. Apa yang ZZ cuba jelaskan adalah berdasarkan bacaan dan pemahaman sendiri.

Jika dilihat daripada penerangan di atas.. Wikipedia adalah 'Open Source' yang mana artikelnya disumbangkan oleh 'volunteers'.. Justeru, rujukan di sini tidak semestinya tepat dan diragui.. Bak kata orang, 'baca boleh percaya jangan'..

Berbalik kepada emel yang ZZ terima, menurut pengirim Dalang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah di Wikipedia terdiri daripada beberapa individu yang sengaja nak memutarbelitkan fakta.. Mari kita dedahkan sekarang... Lihat gambar dibawah..
 
'Screen shot' di atas menunjukkan tiada maklumat 'Farid Ismeth' seperti yang telah diubahsuai pihak tertentu.. Walaubagaimanapun, maklumat di Wikipedia tersebut telah diubah sebanyak lebih 60 kali dengan memasukkan beberapa fakta 'negatif' dan palsu.. Menurut pengirim emel, beliau telah membetulkan fakta yang sebenar bagaimanapun pihak satu lagi akan menukarkannya kembali.. lihat dibawah:
SC1
SC2

SC3
Pada 5 June 2012,  seseorang yang menggunakakan alamat IP: 115.134.32.194 telah mengubah maklumat 'spouse' dan memasukkan nama Farid Ismeth..

SC 1: Rekod pengguna IP address 115.134.32.194 telah melakukan beberapa perubahan maklumat
SC 2: Menunjukkan maklumat Farid Ismeth telah dimasukkan
SC 3: Menunjukkan versi sebelum diubah oleh 115.134.32.194
Lagi individu yang bertanggungjawab menyebar fakta fitnah:

SC4
Mengguna ID: Mrarifufu, telah memasukkan fakta dibawah (bold) (rujuk SC 4)

She married Najib Tun Abdul Razak in 1987 and the couple have two children - Nooryana Najwa and Norashman Razak. In addition to them, Rosmah also has three other children - Azrene Soraya on her first marriage with Farid Ismeth Emir, and two other children from her second marriage with Abdul Aziz Nong Chik..

Walaubagaimanapun, setelah disemak, user “Mrarifu” telah memadamkan akaun Wikipedianya. Rujuk SC 5..

SC5

Seorang lagi pengguna “Plastikspork” telah memasukkan Farid Ismeth Emir as the 1st spouse of Datin Seri Rosmah, rujuk SC 6..

SC6
Juga lihat SC7 bagaimana pemilik akaun yang menggunakan IP 115.134.32.194 telah membuat beberapa perubahan fakta dalam tempoh 24 jam..

SC7
Justeru, ZZ menyeru agar pihak berwajib seperti SKMM & PDRM dapat mengambil tindakan terhadap individu-individu terbabit yang telah menyelewengkan fakta melibatkan Isteri Perdana Menteri.. Individu tersebut juga bertanggungjawab menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpengaruh dan percaya dengan cerita fitnah mereka itu..

Tambahan pula, sudah tentu maklumat ini juga menjadi rujukan 'dunia luar' untuk mengetahui latarbelakang negara kita termasuklah pemimpin dan keluarga mereka.. Dalam hal ini, kita semua tak kira latar belakang dan fahaman politik, tidak seharusnya menjadikan sumber rujukan ini sebagai tempat 'main-main' atau apa saja maksud.. Kita perlu hormat kepada pemimpin dan sejarah..

Harapan ZZ agar kita semua dapat menghayati bulan Ramadhan dengan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan warna kulit mahupun pegangan politik..

Sumber : http://zamzarinazambri.blogspot.com/2012/07/dalang-fitnah-wikipedia-rosmah-mansor.html

Tuesday, July 24, 2012

Akaun Queen Mutia Menghina Islam Sudah Diambil Tindakan Oleh Twitter


22 Julai 2012, trending Twitter di Indonesia membincangkan soal twitterhandle bernama @QueenMutia. Pembaca boleh membaca apa yang telah ditulis oleh penama Twitter di atas. Tulisan yang menghina Allah SWT dan Rasul. Suatu tindakan yang amat biadap dan kurang ajar.

Keprihatinan tinggi umat Islam terhadap isu ini dengan membuat laporan kepada Twitter telah menyebabkan akaun @QueenMutia telah dihentikan oleh Twitter.  Rupanya @QueenMutia menggunakan gambar palsu daripada akaun Dianne Duran. 

Moga mereka yang membuat kerja untuk memburukan agama Islam ini menerima tindakan yang sewajarnya. 



Ning Baizura Kesal PAS Sebar Fitnah Tentang Dirinya



Video PAS Memfitnah Datuk Sharifah Aini Masuk PAS


“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.” - Datuk Sharifah Aini. 

PAS jelas sekali membuat dakwaan yang tidak benar dan fitnah terhadap Datuk Sharifah Aini. Sudah hilang modal nampaknya PAS, terdesak hingga sanggup buat cerita yang tidak benar untuk menarik undi. 

Hati Hati Dengan Taktik Pencuri Laptop Sebegini



Video PAS Diajar Bertakbir Oleh Orang Lain Di Atas Pentas PAS

Ustaz Kazim : Doa Mustajab Di Bulan Ramadhan

Monday, July 23, 2012

Video Temubual Eksklusif Bersama Tun Mahathir

Video Sindiket Graduan Palsu Di Subang Jaya

Video Bukti Kerajaan Selangor Menipu Rakyat




BATANG KALI, 20 Julai - Kerajaan negeri Selangor banyak mengambil kredit hasil pencapaian cemerlang kerajaan BN sejak mereka memerintah Selangor sejak empat tahun lalu tapi hakikatnya, penambahbaikan dan membangunkan negeri Selangor ini dilakukan oleh kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan mengambil contoh di Parlimen Hulu Selangor, semenjak mereka memerintah tidak nampak satu projek, kemudahan infrastruktur untuk kemudahan awam yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor ini.

"Malah saya jumpa dengan salah seorang ADUN dari Pakatan Rakyat dan bertanyakan apakah pencapaian kerajaan negeri Selangor. 

Dia kata banyak dan antara dua yang terhebat bagi mereka ialah mereka beri air percuma kepada semua rakyat negeri Selangor. Itu satu penipuan yang lebih teruk dari peristiwa 16 September sedangkan kita tahu, ramai penduduk-penduduk di flat masih membayar bil melalui meter pukal.

"Mereka tidak menerima air percuma. Jadi, jangan menipu. Keduanya mereka kata simpanan wang tunai mereka bertambah kepada billion. Bagaimana tidak bertambah, dia dapat bantuan dari kerajaan persekutuan, dia simpan.. sepatutnya dia belanjakan untuk membela rakyat dengan membina kemudahan rakyat," ujarnya kepada UMNO-Online di sini.

Tambahnya, pada tahun 2011, kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan berjumlah RM600 juta untuk pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Jadi ke mana perginya duit ini. Saya tidak nampak duit yang diberikan oleh kerajaan BN ini untuk membantu rakyat, untuk kerajaan negeri membetulkan semua kemudahan-kemudahan awam, menjaga jalanraya, menjaga tiang lampu tetapi saya tidak nampak duit ini diguna pakai.

"Di kawasan ini, longkang-longkang di sini tidak dibersihkan, rumput tidak dipotong, inikah cara untuk membantu rakyat sedangkan harta-harta kerajaan negeri dijual, bila harta dijual duit dapat daripada kerajaan persekutuan tetapi tidak digunakan untuk rakyat, jadi siapa tidak ada duit. Oleh yang demikian, janganlah mendabik dada mengatakan yang mereka telah banyak membawa perubahan kepada negeri Selangor," tambahnya lagi.

Dalam empat tahun ini, tidak ada pun perubahan yang dibuat sebaliknya kerajaan BN walaupun negeri ini bukan ditadbir oleh BN tetapi kita membantu. Contohnya di Hulu Selangor, kita telah membina persimpangan susur keluar Sungai Buaya.

"Di Hulu Bernam kita membina 300 buah rumah untuk rakyat termiskin, ini rumah yang dibuat kerajaan BN. Mana pergi rumah-rumah yang dibuat kerajaan pembangkang? Baru tahun lalu MB kata dia nak buat 11,000 buah rumah, sebelum ini mengapa tak buat?

"Mereka menipu rakyat. Inilah dia kerajaan yang tidak ada prihatin langsung untuk memastikan rakyat ini dijaga dengan baik. Jangan terpedaya lagi dengan janji-janji mereka, mereka tidak akan melaksanakan janji-janji kerana mereka hanya mementingkan diri mereka untuk mendapat kuasa," tambahnya lagi

Ustaz Kazim Elias : Membudayakan Al Quran

Video Kuliah Ustaz Kazim Elias : Ramadhan Ya Ramadhan

Video Ustaz Don : Istimewanya Ramadhan

10 Isu DAP Terhadap Orang Melayu


Kit Siang sudah minta maaf atas kelakuan ini?

(1) 27 Mei 2008 Kit Siang mahu mansuhkan perkataan “Ketuanan Melayu” dan menggantikannya dengan “Ketuanan Malaysia yang kononnya lebih adil.

(2) 16 Februari 2009, DAP usir peniaga Melayu dan penduduk Melayu. Seramai 80 orang peniaga di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lain diusir DAP. 

(3) DAP mahu usir orang Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang

( 4) Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Nga Kor Ming (Setiausaha Agung DAP Perak) memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk Konvesyen DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009.

(5) 14 Februari 2008, Teresa Kok membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). 

(6) DAP menggunakan Nizar Jamaluddin (bekas MB Perak) untuk memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru. 

(7) 22 Januari 2010, M Kulasegaran (Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) mempertikaikan kenapa peniaga Cina tidak diberikan peruntukan dalam skim pinjaman TEKUN.

(8) 20 Jun 2008 ,Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Menganggap pakai songkok seperti meng”Islam”kannya di hadapan Sultan Johor. 

(9) 26 Julai 2010, Tony Pua mencadangkan kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000. 

(10) 25 November 1999, Lim Guan Eng (ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasaha Agung DAP) berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu. 

Saturday, July 21, 2012

5 Bukti Pembangkang Terlibat Dengan Aktiviti Komunis



Mahfuz Omar dan pemimpin PAS perlu membersihkan dahulu nama PAS bila aktiviti dan sokongan mereka terhadap kegiatan subversif sudah dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Usah menuduh pihak lain dengan name calling dan labelling yang buruk untuk mengikis fakta yang sudah sedia ada. 

Bukti pertama, 29 Mei 2009, Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw  menerima idea membenarkan Chin Peng pulang asalkan pemimpin komunis itu sudah berubah dan tidak lagi mendukung ideologi komunisme. Apakah ini bukan lagi bukti bahawa PAS ada berhubung dengan pemimpin komunis itu? 

Bukti kedua, pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis & komunis antarabangsa. Rakyat tidak boleh disembunyikan lagi dengan fakta ini. 

Bukti ketiga, Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena dengan Kempen Tahun Melawat Selangor 2011. Logo bintang tiga yang tersebut adalah sama dengan logo apa? 


Bukit keempat, 13 Jun 2009, Anwar Ibrahim menyatakan "Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,." kata Anwar Ibrahim ketika Kongres Khas PKR di Bangi. 

Bukti kelima, 31 Oktober 2009, Chin Peng telah mengutus surat untuk mengajak Anwar Ibrahim minum teh bersamanya di Hatyai. Surat ditandatangan sendiri oleh Chin Peng. 

PAS, PKR dan DAP perlu membersihkan dahulu nama parti mereka daripada elemen-elemen yang disebutkan di atas. Sejarah tidak boleh dipadam dengan membuat tuduhan yang baru kepada pihak lain. Rakyat masih belum terlupa siapa dan apa erti komunis sebenarnya. 



Video Bagaimana Hendak Mengundi Dalam #PRU13 Nanti

Video Khalid Samad Akui Anwar Ibrahim Tidak Akan Jadi PM

Ustaz Kazim : Dua Hari Bertudung Sudah Jadi Ustazah

Friday, July 20, 2012

Niat Berpuasa Esok Hari


Krisis Air Siri III : Mengapa Loji Air Perlu Untuk Selamatkan Krisis Air



Pakatan PKR-DAP-PAS mengancam rakyat Selangor dengan mengatakan kadar tarif air akan naik di Selangor jika Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan. Ini dakwaan yang tidak bertanggungjawab daripada Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu. Sebenarnya mereka mahu merampas SYABAS dengan melengah lengahkan pembinaan loji rawatan air terawat yang baru. 

Timbul kerisauan rakyat dengan kenaikan kadar tarif air sebanyak 37% namun SYABAS memaklumkan kenaikan tarif  bergantung kepada jumlah air yang dibekalkan kepadanya oleh Kerajaan Negeri melalui Loji Rawatan Air. KPI-KPI yang terlalu ketat dan tinggi dikenakan kepada SYABAS supaya kualiti air sentiasa berada di tahap baik. 

Hakikatnya Kerajaan Negeri, SPLASH, ABASS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (SYABAS) mempunyai jumlah saham tertentu di mana kenaikan tarif air akan memberi keuntungan bersama. 

Kerajaan Negeri pimpinan PKR semenjak memenangi PRU ke 12 sering kontra dengan SYABAS dan mengulangi atas isu sama bagi mengambil alih air Selangor. 

Alasan yang sering diberikan adalah :

a) Syarikat Puncak Niaga (SYABAS) adalah kroni UMNO

b) Tuntutan menaikan kadar tarif air oleh SYABAS

c) Kadar Non Revenue Water (NRW) yang masih tinggi,
d) Tidak bersetuju dengan penubuhan Tabung Budi oleh SYABAS bagi membantu rakyat Selangor yang tidak menikmati air atas sebab tertentu.

e) Terbaru, mendakwa air empangan masih banyak dan melimpah untuk kelirukan rakyat. Hakikatnya krisis air berlaku kerana kekurangan air terawat. 

 Hakikatnya krisis air berpunca dari Kerajaan Negeri Selangor yang enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang umpama kilang. Sebagai perumpamaan biarpun padi banyak di bendang atau di sawah, tapi manusia makan nasi/beras. Bukannya makan padi. 

Tapi kini kilang sudah tidak mencukupi untuk memproses padi yang umpama Loji Rawatan Air. Maka kewajaran Projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan, tetapi dalam masa sama Kerajaan Negeri memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat yang hakikatnya mengajar rakyat membazir dan kurang menghargai air. Cara pemberian air juga menimbulkan kemarahan rakyat
yang menafikan kepada pengguna air meter pukal.

Bagi mengatasi krisis air yang sudah bermula di setengah setengah tempat seperti di Parlimen Kapar dan Seri Kembangan (Taman Bukit Belimbing), SYABAS memulakan kempen catuan air bagi membangkitkan kesedaran rakyat Selangor bahawa krisis air ini bukannya satu fatamorgana politik. 

Hakikatnya ianya adalah sebenarnya berlaku. Tetapi catuan air ini  membangkitkan kemarahan Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor dengan mengeluarkan kenyataan akan menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk mengambil alih pengurusan SYABAS dalam tempoh 14 hari dengan mendakwa SYABAS gagal memberi perkhidmatan air yang terbaik kepada pengguna.

Keperihatinan Kerajaan Persekutuan dalam krisis air ini tidak mengira ideologi politik dan sempadan negeri, biarpun terpaksa membayar pada harga yang tinggi. Projek Loji Rawatan Air Langat 2 sebahagian besarnya dibiaya oleh Kerajaan Persekutuan atas dana yang dipinjam daripada Kerajaan Jepun tetapi ianya tidak direstui oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam isu tanah  menyebabkan ianya tergendala. 

Keikhlasan Kerajaan Persekutuan terbukti apabila Projek Loji Rawatan Air Sungai Labu di Sepang di mana segala dana perbinaannya dibiaya oleh Kerajaan Persekutuan termasuk pembelian tanah dari syarikat swasta. Apabila siap, pengurusan Projek Loji Rawatan Air Sungai Labu diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan yang tidak mengambil kesempatan politik agar bekalan air tidak terjejas terutama untuk menampung permintaan air yang tinggi di Lapangan Terbang KLIA. Selangor mereka tolak kerana ego dan tamak mahukan syarikat SYABAS hingga biarkan rakyat merana. 

Apa Pandangan Anda Tentang Kenyataan Abby Abadi Ini?