Saturday, June 30, 2012

Isu Scorpene : SUARAM Perlu Minta Maaf

Bila #PRU13 : Kemungkinan Tahun Depan?



Barisan Nasional (BN) tidak perlu terburu-buru untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) kerana parti ini dipilih oleh rakyat untuk tempoh selama lima tahun, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Bila kita dipilih oleh rakyat, kita dipilih untuk tempoh lima tahun. Dalam masa lima tahun ini amat penting untuk kita memperlihatkan kemampuan kita untuk memimpin dan mentadbir negara kita, membawa kemajuan kepada negara kita dan membela nasib rakyat, jadi kalau kita buat pilihan raya terlalu awal bermakna kita memendekkan tempoh," katanya.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di ibu pejabatnya, Menara Dato Onn.

Tegasnya, tidak timbul soal tak yakin untuk pilihan raya kerana yang penting adalah untuk tunjukkan kemampuan bagi terus membela rakyat.

"Kita tak boleh takbur (menang PRU), maknanya tahap keyakinan kita adalah berasaskan kepada sambutan rakyat kepada kita, atas program yang bertemakan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, pelbagai produk baru telah kita perkenalkan, pelbagai pembaharuan telah kita bawa, program ETP, GTP, Janji Ditepati dan sebagainya."

Beliau turut memberitahu bahawa Dewan Tertinggi BN mengambil maklum tentang beberapa program yang telah diadakan yang antaranya memberi kesan yang menggalakkan apabila beliau dan Timbalannya membuat lawatan di negeri-negeri sehinggalah ke peringkat daerah.

"Kami nampak sokongan lebih memberangsangkan. Ini menunjukkan bahawa tahap keyakinan rakyat kepada BN sudah bertambah baik lagi.

"Kita juga ambil maklum bahawa kerajaan telah tambahkan lagi hubungan dengan pelbagai kelompok dalam masyarakat kita antaranya program Bantuan Tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TRIMa) pada minggu lalu dan sebelum itu Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah dilancarkan di Melaka yang begitu mesra rakyat."

Dalam masa yang sama, jelasnya, Dewan Tertinggi BN mengingatkan ahli-ahlinya supaya tidak timbulkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum ataupun yang boleh menimbulkan permasalahan dalam parti-parti kompenan BN. - Media UMNO.

Pendekatan "People Friendly" Kukuhkan Sokongan Rakyat Pada BN @NajibRazak



Kem Azmin vs Kem Khalid Terus Bertempur Di Padang PKNS

Dalam isu ini, nampaknya Khalid Ibrahim akan terperangkap bila namanya dikaitkan sebagai antara orang yang bertanggungjawab mempengaruhi keputusan untuk mengubah status tanah padang bolasepak PKNS kepada status komersial. 

Mana Khalid Ibrahim hendak lari lagi? Khabarnya, bekas Setiausaha Politiknya iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad turut sama menyokong usaha selamatkan padang PKNS daripada dikomersialkan. Apakah ini bermaksud Nik Nazmi sudah berpaling tadah masuk ke kem Azmin Ali?

Tidak mustahil kerana bekas Setiausaha Politik Khalid itu berpaling tadah. Ini kerana sebelum ini, Nik Nazmi adalah orang Anwar Ibrahim sebelum terjun menjadi seorang wakil rakyat. Rafizi sudah berhenti, Faekah tidak mahu berhenti, sekarang "game" seterusnya di pihak Azmin adalah untuk menghentikan terus karier Khalid di Selagnor. 

Padang PKNS adalah satu lagi strategi tersusun Azmin untuk mencemarkan imej Khalid selain isu surat sokongan Faekah. Azmin Ali sanggup dimaki dahulu oleh penduduk kerana isu padang ini, tetapi selepas itu Azmin Ali mula mengenakan Khalid Ibrahim.

Apa pun padang PKNS ini perlu diselamatkan dari menjadi mangsa kroni-kroni Khalid dan Azmin Ali. Rakyat sudah mula muak dengan pergaduhan dua kem ini, mereka mahu selamatkan Selangor daripada PKR-DAP-PAS. Cukuplah sepenggal. 

Nik Aziz Hendak Jadi MB Kelantan Sepenggal Lagi?


Hendak bertanding lagi? Ya, memang itulah yang dimahukan oleh Nik Aziz dan penyokong Nik Aziz. Apa yang pasti, jika bertanding lagi, maka terlepaslah peluang Husam Musa hendak menjadi MB. 

Maka khabarnya, untuk naik cepat dan tidak mahu menunggu lama. Husam mungkin ke parlimen. Kerusi mana? Sudah tentu kerusi yang paling selamat dengan menyingkirkan secara terhormat seorang ahli parlimen balik ke negeri asalnya. 

Video Penyokong Manchester United Kecewa Portugal Tewas #Euro2012

Friday, June 29, 2012

PAS Rasis Terhadap Masyarakat India




27 Jun 2012, Pertubuhan NGO India meminta Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub memohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan ganas Bersih 3.0.

Presiden Nambikai, Kalai Vanar berkata, Thaipusam adalah upacara keagamaan yang menyaksikan masyarakat Hindu melaksanakan nazar serta menyembah tuhan, dan bukan berbentuk demonstrasi jalanan.

"Kenyataan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India. Kami hairan bagaimana seorang Anggota Parlimen yang matang boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dengan mengaitkan dan mengutuk upacara keagamaan dan kepercayaan sebuah kaum.

"Beliau tidak boleh mengaitkan Bersih dengan upacara agama kami Thaipusam. Kami mahu dia turun sekarang dan mohon maaf kepada kaum india," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demostrasi aman di hadapan bangunan Parlimen.

Tambahnya, jika Salahuddin tidak mohon maaf, kumpulan mereka akan mengadakan demostrasi di seluruh Malaysia.

"Kami dah sedar, Pas adalah sebuah parti yang rasis dan fanatik," tambahnya lagi. Bukti PAS rasis terhadap masyarakat India. Mahukah PAS memohon maaf atas ketelanjuran cakap Salahuddin ini?

Bukti DAP Salah Guna Kuasa, Beri Kontrak Pada Kroni




Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Ching Eu Boon hari ini mendedahkan campur tangan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari DAP iaitu saudari Tiew Way Keng yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.

"Selama ini, DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.

Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih. Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali," ujarnya kepada media dalam sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, sebentar tadi.

Tambahnya, menurut Penolong Pengarah Undang-Undang (Kanan) MBPJ, Ahli Majlis, Tiew Way Keng telah mempengerusikan mesyuarat pada 16 Jun 2010 dan mencadangkan supaya Stella, Lim & Co diberikan kes membabitkan kutipan hutang MBPJ. Stella, Lim & Co menawarkan harga sebanyak RM 55,000 untuk tujuan tersebut.

Sebenarnya, kes kutipan hutang itu mulanya diserahkan kepada Firma Daim & Gamany dengan kos sebanyak RM 15,000. Tetapi keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tiew Way Kheng telah memutuskan untuk memberikan kepada Firma Stella, Lim & Co yang juga dimiliki oleh Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng.

7 Isu Ini Cukup Untuk Desak Rektor KUIN Letak Jawatan #UbahKedah


30 April 2008,  Dr. Jamil Osman, dilantik sebagai Rektor baru Kolej Universiti Insaniah (Kuin) oleh Azizan Razak. 19 Februari 2012, Rektor diminta letak jawatan oleh pelajar bila ada isu wang zakat diambil tanpa pengetahuan pelajar. 

50% wang zakat pelajar dipotong tanpa pengetahuan pelajar dengan alasan ada pelajar yang mempunyai tunggakan melebihi RM2,000. Ini isu yang pertama.

Kedua, Rektor diminta letak jawatan kerana dua blok asrama Farabi, Mergong dan enam blok asrama berdekatan Stargate tidak punyai sijil layak menduduki dan tiada ciri keselamatan. 

Ketiga, Rektor telah naikkan yuran RM200 untuk setiap jam kredit dan menaikkan caj RM25 untuk semakan status akademik. 

Keempat, Rektor telah menyalahgunakan kuasa dengan menghadiri mesyuarat pada 23 April 2012 dan membuat keputusan ketika sedang bercuti. Sedangkan tempoh bercuti tamat pada 11 Mei 2012. 

Kelima, Rektor sudah dilantik melebihi 4 tahun sedangkan tempoh kontrak adalah 3 tahun seperti mana yang terkandung dalam peruntukan OS11000 dan OS2900. 

Keenam, Rektor KUIN tersebut telah melantik 6 orang yang mempunyai kaitan keluarga dengan beliau dalam KUIN dan juga anak syarikat yang ada hubung kait dengan KUIN. 

Ketujuh, Rektor KUIN telah melantik 8 orang dalam KUIN yang mempunyai gaji yang agak lumayan dan tidak setimpal dengan justifikasi kerja yang ada. 

Tujuh bukti ini cukup untuk membuatkan Azizan Razak pening kepala lagi selagi Rektor KUIN ini tidak diturunkan. Ini bukti jelas PAS mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran mereka. 

Video Lim Guan Eng Kata Dia Menolak Hudud

Germany vs Italy #EURO2012



10 Bintang Bolasepak #EURO12


Thursday, June 28, 2012

Pendedahan Dokumen Ini Khalid - Faekah Makin Panas



7 April 2012,  Kerajaan campuran PKR-DAP-PAS Selangor telah merayakan Ulangtahun ke-4  memerintah Selangor. Perayaan penuh mewah bernilai RM1 juta  itu  diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati, Kuala Selangor.  


Jumlah perbelanjaan RM1 juta dalam perbelanjaan sambutan empat tahun tersebut disahkan sendiri oleh beberapa pegawai dan kakitangan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Setiausaha Sulit Menteri Besar iaitu Norzatun Aini. 

Kem Azmin Ali tentunya tersenyum puas melihat satu lagi dokumen tentang pembaziran kem Khalid Ibrahim keluar untuk tatapan rakyat Selangor. Inilah yang dimahukan Azmin untuk menumbangkan terus Khalid dan Faekah secara sekali gus. 


RM 180,000 dikhususkan  untuk hadiah merekabentuk logo SelangorKu dan RM 220,000 adalah bagi majlis pelancaran logo. Banyak betul pembaziran yang dilakukan oleh kem Khalid sewaktu mentadbir Selangor. Tidak menghairankan kerana sebelum ini kem Azmin telah mendedahkan beberapa perkara yang tidak masuk akal yang telah dibuat oleh kem Khalid seperti di bawah ini. 

Nizar tidak mahu tolong Azmin ulas data-data ini?

Kesimpulannya, pertelingkahan antara Khalid dan Azmin akan membocorkan lagi banyak dokumen dokumen untuk mempercepatkan lagi proses agar Khalid tidak tercalon terus dalam PRU13. Inilah yang dimahukan oleh Azmin. Satu sudah kena di Sabak Bernam, satu di Gombak Setia, kini target Azmin adalah di Ijok. 

Ranking Twitter Ahli Ahli Parlimen Malaysia




Video Bukti PAS Letak Kroni Perusuh BERSIH3 Kuasa Masjid Al Muttaqin

Video Doa Imam Gulingkan Kerajaan Di Pulau Pinang

Dulu ada khatib doakan nama Guan Eng dalam Solat Jumaat. Pada 22 Ogos 2010, Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Kubang Buaya Bagan) mengakui mendoakan nama Guan Eng dalam khutbah solat Jumaat. Kemudian ada pula imam yang minta doa agar kerajaan digulingkan. 



Ini bukti seorang imam di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Taman Guar Perahu telah mendoakan agar kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum yang akan datang. 

Pada 25 Jun 2012, doa imam ini telah menyebabkan dua orang kariah di Masjid Saidina Abu Bakar membuat aduan dan laporan polis. Sila teliti video di bawah ini. Apa sudah jadi dengan orang-orang Islam di Pulau Pinang ini? Beginilah kalau sudah terlalu taksub dengan ajaran DAP.

Nurul Izzah Lompat Masuk Kem Azmin Ali?




Isu Faekah, isu penangkapan Badrul Amin, pemecatan Hasan Ali dan perletakan jawatan Rafizi adalah "produk produk" keretakan hubungan antara kem Azmin Ali dan kem Wan Azizah & Khalid Ibrahim. Namun dalam keadaan genting sebegini, Nurul Izzah dilihat cuba bermain playsafe untuk imbangi politik papa dan mamanya. Papa Izzah bersama Azmin, manakala mama Izzah bersama dengan Khalid Ibrahim. Izzah cuba bermain di tengah tengah. 

Dalam isu tanah ini, dilihat Izzah telah melompat masuk ke Azmin sejak awal lagi. Pada 19 April 2011, Akhbar Sinar Harian telah mendedahkan tentang pencerobohan tanah Kerajaan di Wira Damai Selayang yang dikenali sebagai Kampung Sepakat Jaya. Ia merupakan tanah Rezab Batu Caves (No Warta: GN 4718-30 bertarikh 17 Jun 1930).

Ekoran dari itu, Pejabat Daerah Gombak telah mengeluarkan Notis Pendudukan Tanpa Kebenaran di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara kepada Pak Ibrahim iaitu ketua peneroka tersebut. Di atas tanah terdapat beberapa bahagian rumah kekal yang hampir 75% siap. Pada 23 April 2011, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Lim Ching How telah membuat laporan tentang penerokaan tanah secara haram ini.

Kerja-krja penerokaan telah dihentikan di atas tanah tersebut selepas notis dikeluarkan. Pejabat Tanah Gombak telah menolak semua permohonan tanah di kawasan tersebut melalui Summary Rejection pada 10 Ogos 2011. 

Walau bagaimanapun, penerokaan tanah di kawasan tersebut kembali aktif apabila ketua peneroka iaitu Pak Ibrahim menerima surat sokongan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bertarikh 5 Mei 2011. Nurul Izzah benarkan tanah diteroka secara haram?


Kandungan surat sokongan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu membayangkan seolah-olah tanah tersebut pasti diberi milik kepada penceroboh-penceroboh berkenaan. Apakah ini juga boleh diklasifikasikan sebagai satu lagi penyalahgunaan kuasa dan surat sokongan?



Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Lin Ching How yang membuat aduan kali kedua pada 2 Februari 2012. Tidak cukup dengan itu, beberapa orang penduduk Kg. Wira Damai turut membuat aduan kepada Pejabat Tanah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang pada 7 Mei 2012. Namun penerokaan secara haram tetap diteruskan.


Isunya di sini ialah mengapa Nurul Izzah yang mengeluarkan surat sokongan bagi permohonan di dalam kawasan Parlimen Gombak di bawah Azmin Ali? Izzah hendak kacau kawasan Azmin Ali atas dasar permusuhan kem?


Mengapa terdapat percanggahan antara pemimpin pakatan pembangkang tentang dasar penyelesaian setinggan di Selangor? Mereka ketepikan suara rakyat dan pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan penerokaan tanah secara haram diteruskan.


Rumah-rumah setinggan yang dibina bukanlah rumah kayu yang murah sebaliknya rumah batu yang mewah. Apakah mereka ini terlibat sebagai pengundi hantu di kawasan ahli parlimen yang memberi sokongan?





Apa yang pasti, Nurul Izzah tidak sepatutnya menggalakkan setinggan meneroka tanah secara haram dan melanggar peraturan semata-mata inginkan publisiti  politik murahan. Nurul Izzah lebih pentingkan suara setinggan dari suara rakyat yang berautoriti untuk halalkan penerokaan tanah haram. 


27 Jun 2012, Anwar menggesa Faekah meletak jawatan kerana salah gunakan surat sokongan. Beranikah Anwar Ibrahim menggesa dan membuat keputusan tegas untuk meminta Nurul Izzah meletak jawatan kerana salah guna surat sokongan? 




PAS Jaja Potret Sultan Di Jalanan


Tuesday, June 26, 2012

Nizar Jamaluddin Buat Fitnah Lagi


Kali ini sasarannya adalah TLDM dan Menteri Besar Perak. Selepas memfitnah 67,000 pemandu teksi menerima rasuah, memfitnah Sultan Johor nampaknya Nizar ini tidak berhenti henti mulutnya membuat fitnah. Kerana mulut badan binasa. Kerana mulut Nizar, PAS dan pakatan pembangkang akan binasa dalam PRU13.

World Justice Report : Malaysia Negara Paling Selamat





JOHOR BAHARU - Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.
   
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
   
"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.
   
Katanya, sehubungan itu rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.
   
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu-isu semasa keselamatan di sini, hari ini'.




Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN Bahagian Pendaftaran dan Imigresen Datuk Wan Ali Besar.
   
Beliau berkata, kajian yang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula mendapati, hasil tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu juga, kadar ketakutan rakyat negara ini terhadap jenayah berkurangan sebanyak 12 peratus iaitu daripada 33 peratus pada tahun 2010 kepada 21 peratus pada tahun lepas.
   
"Mungkin ramai yang bertanya apakah kesan semua ini kepada negara. Sebenarnya kesannya amat besar sekali, sebagai contoh pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia telah melonjak kepada kedudukan ke-10 tahun lepas berbanding kedudukan ke-21 pada tahun 2010.
   
"Ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap iklim politik, keselamatan serta kestabilan negara ini," katanya.
   
Beliau berkata, keadaan itu memberikan gambaran bahawa apa yang dirancang oleh KDN selama ini dalam mengurangkan kadar jenayah telah menampakkan hasil.
   
Kementerian itu, katanya, akan meneruskan usaha untuk mencari jalan dan kaedah bagi memastikan peratusan penurunan kadar jenayah indeks dan jenayah jalanan lebih besar daripada apa yang disasarkan. - Bernama

Video Bukti PAS Mengaku Hudud Bukan Agenda Utama

Video Ketua Penyokong PAS Ini Bersikap Rasis

Video Ini Jelaskan Mengapa Khalid Ibrahim Masuk PKR

Bukti Syiah Sedang Menular Di Negara Ini


Maka tidak hairanlah ada kegiatan pecah pintu pejabat HEP, kegiatan ganas terhadap universiti di depan pintu pagar pada waktu malam dan kegiatan ganas ketika BERSIH3. Semua ini didalangi oleh fahaman syiah yang ektrems. Berhati hatilah dengan kumpulan syiah ini. 

Siapa Wanita Misteri Penjaga RM3 Bilion Duit Anwar Ibrahim?





Misteri tentang seorang perempuan yang dikaitkan dengan duit milikan Datuk Seri Anwar Ibrahim makin terbongkar kini.

Pada artikel yang lepas, Sangkakala ada mengeluarkan sedikit tentang perempuan yang digelar sebagai Shadana.

Mengikut sumber yang Sangkakala perolehi dari pada individu yang sama memberikan maklumat yang lepas, Shadana atau nama sebenarnya Zaliah Zakaria pernah memberitahu kepada kenalan Sangkakala ini bahawa bapa beliau berasal dari Dubai dan ibunya berasal dari Filipina.

Shadana juga pernah mengatakan bahawa bapa beliau adalah seorang hartawan di Dubai dan beliau mempunyai wang yang begitu banyak, pengakuan ini dibuat setelah kenalan Sangkakala bertanya dari mana beliau dapatkan duit untuk berbelanja besar setiap kali membeli belah.

Mungkin juga duit yang dibelanjakan adalah hasil dari pemberian Anwar Ibrahim kepada beliau.

Zaliah dikatakan pernah berkahwin sebanyak dua kali dan kali yang ketiga tidak dapat dikesan status perkahwinan beliau, sama ada sah atau pun tidak.

Apa yang pasti ialah, Zaliah pernah berkahwin dengan seorang anggota polis dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Shasha, kemudian berpisah dan berkahwin pula dengan sorang pegawai polis yang bertugas di Butterworth dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, anak lelaki beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pulau Pinang.

Kemudian mereka berpisah dan pegawai polis berkenaan telah bertukar ke tempat lain.

Shadana kemudiannya dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pemain badminton dari Indonesia yang dibawa ke Malaysia untuk bermain dalam pasukan Wira Tangkis. Disinilah yang dikatakan status perkahwinan beliau tidak diketahui sama ada sah atau tidak, tapi Shadana mempunyai seorang anak perempuan dengan pemain badminton ini.

Shadana pernah membawa rombongan pemain-pemain badminton ini kerumah Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Berbalik kepada akaun dan wang yang dikatakan dibawa lari oleh Anwar ibrahim sebanyak 3 billion semasa beliau memegang jawatan menteri didalam kerajaan.

Shadana dikatakan mempunyai hubungan kuat dengan Anwar pada ketika itu kerana Shadana juga terkenal dengan lenggok penipunya hingga Anwar (Ketua Pembangkang sekarang) juga terpedaya dengan beliau.

Duit yang dikatakan disalur oleh Anwar mungkin juga telah dimasukkan ke dalam akaun anak-anak perempuan Shadana.

Besar kemungkinan juga duit tersebut telah di masukkan kedalam akaun pemain-pemain badminton yang Sangkakala katakan tadi, siapa tahu kan?

Apa-apa pun Sangkakala harap, kerajaan jangan memandang remeh tentang isu ini, kerana ianya melibatkan jumlah wang yang amat besar, dimana wang ini boleh digunakan untuk pembangunan negara kita. 

Monday, June 25, 2012

Video Nizar Menghina Pemandu Teksi Pula



Kerana mulut badan binasa. Ungkapan ini amat sesuai kepada Nizar yang kini banyak membuat kenyataan yang akhirnya merugikan partinya sendiri dan rakan rakan pakatan pembangkang yang lain. 


Paling terbaru adalah kenyataan Nizar menghina pemandu teksi menerima rasuah daripada Perdana Menteri. Nizar ini sudah melampau, mulutnya tidak mampu dikawal lagi. Hanya boleh diajar di atas kertas undi sahaja. 

Salahuddin Ayub Minta SPRM Siasat Nik Aziz



Nampaknya bukan sahaja isu Faekah yang menjadi kem Azmin Ali berselisih teruk dengan kem Khalid Ibrahim di Selangor, malah di Kelantan pun memang ada "api dalam sekam" yang sedang membakar antara kem ulama dan kem Erdogan.

Buktinya kenapa Salahuddin Ayub mahu dicalonkan di Johor adalah bukan kerana ingin menjadi Salahuddin Ayub MB tetapi sebenarnya ingin menyingkirkan Salahuddin dari Parlimen Kubang Kerian. 

Apabila tahu peluang PAS untuk memenangi sebarang kerusi terkubur terus dengan keceluparan mulut Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub mula meminta agar SPRM juga menyiasat Nik Aziz. Nampaknya, Salahuddin mahu lagi di Kubang Kerian. Apakah Husam Musa akan biarkan Salahuddin berpatah balik ke Kubang Kerian?

Video Dato Seri @NajibRazak Lancarkan Sekretariat Ulama-Umara

Video Khatib Berdoa Minta Guling Kerajaan Di Pulau Pinang

Video Dato Seri @NajibRazak Bersama Kartunis

Video Dato' Seri @NajibRazak Bersama 67,000 Pemandu Teksi

BN Menepati Janji, PR Menabur Janji


Video Faekah Didesak Gantung Kerja Oleh PKR Selangor

Sunday, June 24, 2012

Wajah Pulau Pinang Kalau DAP Terus Dibiarkan Memerintah


Pakai Skirt Masuk Masjid : PAS Hilang Suara Menegur


22 Jun 2012, ini gambar Violet Vong, ADUN DAP di Sarawak yang memakai skirt untuk hadir dalam satu majlis ceramah Israk Mikraj. Malah turut menyampaikan ceramah. Apa sudah jadi ni? DAP langsung tidak sensitif terhadap majlis keagamaan atau sengaja berbuat begini untuk menghina majlis? 



Persoalaanya ianya bukan pertama kali dilakukan oleh YB DAP, ianya sudah berulang kali dilakukan sebelum ini oleh Teresa Kok dan Teo Nie Ching yang turut masuk ke kawasan masjid dengan pakaian yang tidak sepatutnya. Apakah PAS sudah hilang suara untuk tegur YB YB DAP ini?

Jelajah #JanjiDitepati Memberi Impak Positif

Saturday, June 23, 2012

Azmin Ali Kantoikan Terus Faekah & Khalid

Satu amalan biasa bila beri surat sokongan untuk sokong kroni mendapat projek. Itulah yang disimpulkan oleh Khalid Ibrahim untuk membela Faekah habis habisan. Projek yang diberikan itu ialah kepada Zeenat Asyiqin Binti Dato’Ahmad Zaki iaitu anak saudara Faekah Husin. Anak kepada abang Faekah, Dato’ Ahmad Zaki Husin. Itu dianggap biasa?

Masalahnya adalah surat yang ditulis oleh Faekah bukanlah berbentuk sokongan seperti yang dimaksudkan Khalid, tetapi surat tersebut lebih berbentuk arahan terus kepada CEO PNSB untuk melantik syarikat peguam milik anak saudara Faekah sebagai panel. Apa kuasa Faekah dalam hal ini untuk menurunkan kuasa terus kepada CEO PNSB?




Faekah tiada dalam senarai Ahli Lembaga Pengarah ? Atas kapasiti sebagai Setiausaha Politik maka Faekah boleh terus melangkaui kumpulan pengurusan dan ahli lembaga pengarah? 

Bagaimana agaknya anak saudara Faekah memahami carta di bawah ini?. Sebab itulah syarikat milik anak saudara boleh terus menulis kepada syarikat emak saudara meminta projek. 

Maka emak saudara pun menggunakan terus kepala surat kerajaan negeri Selangor untuk mengarahkan CEO memberikan projek pada anak saudaranya itu. Apakah ini tidak kroni? Oh tidak, amalan biasa kata Khalid Ibrahim. RM300 juta duit geran Selangorku pun agaknya ikut "amalan biasa" seperti yang ditafsirkan Khalid.


Emak saudaranya itu pun mengaku dan menyuruh wartawan bertanya kepada firma milik anak saudara itu. Bukankah ini satu skrip lucu yang sedang diucapkan oleh Khalid Ibrahim dan Faekah. Cakap sahaja sudah kantoi. Jangan pusing pusing lagi. Pandai betul Azmin mengenakan Khalid dan Faekah. Itu belum keluar lagi apa yang terkandung dalam rakaman tertutup CCTV di pejabat Khalid.



Khalid Ibrahim, Dulu Lain Sekarang Lain


Pakatan Pembangkang Akan Cemburu Dengan Berita Ini


DAP Sengaja Biarkan Urusan Syariah Islam Tertangguh di Pulau PInang #SavePenang



300 peguam syariah di Pulau Pinang terpaksa menjalankan urusan guaman syariah tanpa tauliah MAIPP berikutan perebutan kuasa dalam institusi tertinggi agama Islam negeri ini. 


Masalah yang berlanjutan sejak enam bulan lalu itu disebabkan kegagalan kerajaan negeri mengumumkan nama individu yang dipertanggungjawabkan sebagai Yang Dipertua (YDP) MAIPP secara rasmi. 


Kerajaan DAP Pulau Pinang menyifatkan sijil tauliah Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengesahkan seseorang peguam layak menjalankan urusan guaman syariah sebagai tidak penting dan hanya formaliti pentadbiran. 

Disebabkan berebut jawatan sebagai YDP MAIPP, maka banyak urusan syariah orang Islam tergendala di Pulau Pinang. Inilah sikap sebenar DAP terhadap orang Islam di Pulau Pinang. Sengaja membiarkan banyak urusan syariah tergendala di mahkamah. Agenda halus DAP ini perlu diperbetulkan dalam PRU13 nanti. 

TR1Ma Manfaat 67,000 Pemandu Teksi Seluruh Negara


Geran SelangorKu RM300 juta, Khalid Ibrahim Perlu Beri Penjelasan


Video Sidang Media Majlis Tertinggi UMNO

Video Ramai Rakyat Malaysia Pilih Jerman #Euro2012

Akhbar Cina Kecam Tindakan Tidak Bijak Nizar




Sinchew Daily News - Penganalisa politik Puan Tan Poh Choo (terjemah Mandarin) menyatakan tindakan Nizar, bekas Menteri Besar Perak mengkritik Sultan Johor dengan isu harga plet WWW1 berharga RM520,000 melalui “Twitter”nya kini telah merosakkan rancangan PRU PAS di negeri Johor.

Kesilapan yang dilakukan oleh Nizar serta tindakan semua sekutu dalam Pakatan Rakyat menyokong penuh terhadap tindakan Nizar itu, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden Pas Salahuddin berkata perkara itu adalah perkara kecil telah memburukan lagi peluang PR di Malaysia. Rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk membuat penilaian berkaitan perkara itu. Sejak adanya perhimpunan kempen menyokong Sultan Johor pada minggu lepas, 

Jika dilihat perasaan orang ramai yang hadir semasa perhimpunan menyokong Sultan Johor ianya menunjukkan itu sudah bukan lagi satu perkara kecil-kecilan. Mungkin ada sesetengah orang anggap bazirkan RM520 ribu itu terlalu mahal, tetapi selepas Nizar membuat kritikan ia bertukar menjadi makna yang berlainan. Lebih ramai rakyat Johor anggap Nizar tidak setia kepada Sultan mereka dan Kerabat Sultan Johor.

Lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahril anggap Nizar tidak tahu selama ini Sultan Johor banyak menabur kebajikan kepada rakyat dan orang ramai. Ramai rakyat Johor memang tahu bahawa Sultan Johor banyak membuat kebajikan yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Sultan Johor memang sangat kaya raya, 

Almarhum Sultan Johor yang lepas semasa banjir besar di negeri Johor telah hulurkan bantuan  sebanyak RM1 juta ringgit kepada mangsa banjir. Pernah menghulurkan wang sebanyak RM1 juta ringgit kepada mangsa Tsunami di Aceh.

Ahli politik UMNO pernah menuduh Nizar seorang pembohong. Sebelum ini dalam ceramah politik beliau, Nizar menyatakan beliau dapat maklumat dari pasukan tentera DiRaja Malaysia, jika negeri Perak jatuh ke tangan pembangkang, Najib akan kerahkan tentera ambil alih kerajaan negeri Perak. 

Ketua angkatan tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menafikan berita-berita itu, beliau berkata pasukan tentera lebih profesional menjaga kedaulatan perlembagaan. Kini sudah 46 orang buat aduan polis berkatian perkara yang sama itu.

Nizar selalu membuat kritikan yang tidak berasas, terutama sekali beliau sering mengkritik Menteri Besar Perak yang sedia ada sekarang.

Beliau menuduh Menteri Besar Perak Dr. Zambry meluluskan projek perlombongan besi di Teluk Rubiah, menuduh projek tersebut melibatkan pencemaran alam sekitar yang amat dahsyat. 

Tetapi dalam mesyuarat sidang Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar Perak Dr. Zambry telah tunjukkan sepucuk surat yang berkaitan, menunjukkan bahawa projek tersebut telah diluluskan semasa Nizar sedang memegang jawatan Menteri Besar Perak, ini satu lagi tamparan kuat ke muka serta memalukan ramai orang-orang yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Friday, June 22, 2012

Twitter vs Tank In Modern Warfare




Consider the elemental: A group of our Cro-Magnon forbears gathers round the campfire to talk about the day’s hunt.

Consider today: Our waistlines have expanded, our hairlines have not, and we gather round the Twitter to discuss one of our pro-basketball greats as he throws down a monstrous boom shakalaka slam dunk. In real time.

The circumstantial evidence says that we have evolved.

Somehow, over the millennia, we’ve lost our communal campfire where, sure, Hargore’s stories sometimes went a bit long but they always ended with a flourish. Social media could be a way to reclaim that campfire.

More importantly, social media tools give everyone a voice. Until the gatekeepers of traditional media resemble the makeup of the country at large, there will always be an imbalance in the representation of minorities or otherwise marginalized groups. 

Would the current “nerd chic” trend seen prominently in post-game interviews of today’s NBA stars exist without the alternate universe of blogs and social media that have fanned its flames for so long? As more people use these platforms, marginalized groups are able to represent themselves in the round, unfettered by market concerns and sensationalism.

The appeal of social media, however, is broader than representational politics. Facebook’s “like” button has practically tunneled a new pathway into our lizard brains. Worlds collide. It’s what the Internet does: niche becomes tweet becomes chic. Conversations swirl about class lines and continents. Everybody benefits.

Even if it just sounds like cheering for a slam dunk.

Video Tian Chua Terdiam Dengan Hujah Ahli Parlimen PAS Ini



Pada 19 Jun 2012, Dewan Rakyat menyaksikan drama yang buat pembangkang pengsan habis semasa kehangatan perbahasan mengenai laporan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas yang dibentangkan pagi Selasa.

Ia berlaku semasa para Ahli Parlimen pembangkang sedang berbahas membantah Lynas dan berlagak macam mereka profesor serba tahu mengenai soal radiasi dan keselamatan kepada orangramai.

Tanpa diduga Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat,Selangor yang merupakan seorang pakar nuklear bangunan mencelah di tengah perbahasan untuk menyampaikan pandangan profesionalnya.

Suasana dalam Dewan Rakyat terdiam sejenak bila Ahli Parlimen pembangkang itu ' kepak habis' gelagat rakan-rakannya dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat tahap radiasi kilang berkenaan adalah selamat.

Video Azhar Idrus Telah Sesatkan PAS

Skandal Faekah & Perletakan Jawatan Rafizi


Surat ini menjadi salah satu sebab mengapa Faekah digesa meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. Faekah memberikan sokongan kepada syarikat yang dipunyai oleh sanak saudara sendiri menggunakan surat kerajaan negeri Selangor.

Zeenat Asyiqin Binti Dato’Ahmad Zaki adalah anak saudara Faekah Husin. Anak kepada abang Faekah, Dato’ Ahmad Zaki Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR. Ini contoh kronisme yang diamalkan oleh Faekah. Penyalahgunaan kuasa ini dikumpul dan dihidu dengan rapat oleh kem Azmin Ali.


Malah beberapa kenyataan Faekah dalam menjawab isu penyalahgunaan wang syarikat anak negeri dilihat memberi backfire kepada kerajaan PKR-DAP-PAS di Selangor. Seperti kenyataan Faekah di bawah ini. 


Perbalahan antara kem Azmin dan kem Khalid Ibrahim bertambah panas sejak Khalid dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor pada 28 Ogos 2010. 

Pada 14 Jun 2012, Azmin Ali secara terbuka menulis dalam Twitter meminta agar Faekah dipecat sebagai Setiausaha Politik MB Selangor. Azmin Ali membuat gesaan tersebut berdasarkan dakwaan Faekah telah menyalahgunakan Geran SelangorKu bernilai RM300 juta. 


Malah Khalid Ibrahim ketika ditanya tentang dana tersebut pun turut tergagap gagap menjawabnya (baca sini). Menambahkan lagi kekeruhan yang ada bila Zuraida turut sama mencampuri untuk menuduh Faekah sebagai bermulut celupar. 



Episod pergaduhan antara kem Azmin dan kem Khalid Ibrahim ini dijangka berterusan bila Rafizi Ramli dilihat turut sama meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Dipercayai Rafizi berbuat demikian untuk menjaga hati Azmin Ali dan tidak mahu disabotaj oleh kem Azmin dan Zuraida jika beliau ingin bertanding di Pandan dalam PRU13 nanti. 

Baru perintah sepenggal, mereka sudah merebut kuasa. Mereka persiakan harapan rakyat. Mereka bergaduh pun disebabkan mahu merebut harta dan aset yang ada sejak zaman peninggalan BN. Demi menyelamatkan Selangor, rakyat Selangor perlu mengembalikan semua negeri Selangor kepada BN. Cukuplah sepenggal.