Thursday, May 31, 2012

Video Pesanan Nooh Gadut Pada Anwar Ibrahim



Pesanan Dato' Nooh Gadut ini wajar didengari oleh penyokong penyokong yang masih lagi tegar hendak bersama dengan pakatan pembangkang. Apa tidaknya, kalau dibiarkan budaya LGBT ini menjadi satu yang lumrah maka ianya akan mendatangkan kesan yang buruk pada masyarakat. 

Usah lah terjadi perkara macam kenyataan di bawah ini dalam pilihan raya di Malaysia. Namun ianya boleh terjadi kalau semua orang masih lagi menjunjung tinggi hak asasi ciptaan Ambiga & Anwar Ibrahim melebihi akidah dan syariah Islam. 




Destinasi Pelancongan : Malaysia Ke-2 Terbaik di ASEAN




BANGKOK: Malaysia berada pada ranking kedua selepas Singapura dalam menawarkan persekitaran paling menarik di kalangan negara ASEAN bagi memajukan sektor pengembaraan dan pelancongan. 

Menurut Laporan Daya Saing Pengembaraan dan Pelancongan ASEAN 2012, Malaysia adalah satu daripada 10 destinasi utama dunia dengan menerima kira-kira 25 juta pelawat setahun.

Laporan itu dikeluarkan di Sidang Kemuncak Pengembaraan, Perdagangan dan Pelancongan di sini hari ini menjelang Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai Asia Timur.

Laporan itu disokong oleh Indeks Daya Saing Pengembaraan dan Pelancongan (TTCI) WEF yang memberikan ranking kepada 139 negara menurut prestasi mereka dalam bidang yang menggalakkan pelaburan bagi menjadikan sektor pengembaraan dan pelancongan itu menarik. 

Di bawah TTCI, Malaysia berada di ranking ke-35, Singapura (ke-10), Thailand (41), Brunei (67), Indonesia (74), Vietnam (80), Filipina (94) dan Kemboja (109). 

Ranking itu berdasarkan data meliputi 14 bidang iaitu peraturan dasar; kelestarian alam sekitar; keselamatan dan sekuriti; kesihatan dan kebersihan; keutamaan industri pengembaraan dan pelancongan; dan infrastruktur pengangkutan udara. - BERNAMA

Malaysia Ranking 14 Dalam World Competitiveness Scoreboard 2011



KUALA LUMPUR: Transformasi ekonomi Malaysia semakin diiktiraf global dengan ekonomi negara sekarang berada di kedudukan ke-14 paling kompetitif di dunia, mengatasi beberapa negara maju. 

Menurut Institute for Management Development(IMD) yang berpangkalan di Switzerland, Malaysia memperoleh markah tinggi berbanding Australia, United Kingdom, Korea Selatan, China dan Jepun.

"Malaysia mengukuhkan keseluruhan daya saingnya dengan meningkat daripada kedudukan ke-16 tahun lalu," menurut IMD dalam satu kaji selidik 59 negara yang mengukur sejauh mana negara dunia menguruskan ekonomi dan sumber manusia untuk meningkatkan kemajuan.

Ranking ini menempatkan Malaysia di hadapan negara seperti Australia (ke-15), United Kingdom (ke-18), Korea (ke-22), China (ke-23), Jepun (ke-27), Perancis (ke-29), Thailand (ke-30), Indonesia (ke-42) dan Filipina (ke-43). 

Menurut rangking IMD, 15 ekonomi paling kompetitif di dunia ialah Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway, Jerman, Qatar, Belanda, Luxembourg, Denmark, Malaysia dan Australia.

Di kalangan negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kurang daripada AS$20,000, Malaysia mengekalkan kedudukan keduanya di kalangan 29 negara mengatasi China, Chile dan Thailand. 

Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia naik satu tangga ke kedudukan keempat selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan. 
Menurut IMD, rangking daya saing "semua ekonomi Asia merosot selain Hong Kong (1), Malaysia (14) dan Korea (22)."

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam satu kenyataan, berkata penambahbaikan keseluruhan rangking Malaysia dalam kaji selidik IMD itu mencerminkan kesan daripada langkah yang diambil kerajaan untuk menambah baik daya saing ekonomi. 

"Langkah yang pelbagai ini termasuk menambah baik penyediaan dan kecekapan perkhidmatan awam dan meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawapan," katanya. 

Mustapa berkata, daya saing dipertingkat Malaysia itu adalah hasil daripada inisiatif berani dan inovatif yang diambil kerajaan tahun lepas bagi memacu pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta berdaya tahan. 

Kaji selidik IMD itu menilai negara mengikut prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan; dan prasarana. 

Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kategori kecekapan perniagaan iaitu kedudukan ke-6 daripada ke-14 tahun lalu, dan kategori kecekapan kerajaan iaitu ke-13 daripada ke-17. 

Peningkatan rangking dicatatkan dalam subkategori kecekapan dan produktiviti perniagaan, kewangan, peraturan perniagaan dan rangka kerja institusi sosial. 

Dalam kategori prestasi ekonomi, walaupun Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam 10 rangking utama, namun ia jatuh tiga mata daripada tangga ketujuh tahun lalu. 

Ini disebabkan pertumbuhan pekerjaan yang perlahan dan kebimbangan akan peningkatan harga. 

Dalam kategori prasarana, rangking Malaysia naik sedikit ke kedudukan ke-26 daripada 27. 

Bahagian yang diberi perhatian ialah kesihatan dan alam sekitar, pendidikan dan prasarana saintifik. 

"Kami menyedari bahawa terdapat bahagian di mana kami masih boleh menambah baik daya saing kami. 

"Perhatian khusus akan diberi bagi menangani bahagian kebimbangan ini. Objektif keseluruhan kami masih sama: untuk mencapai rangking 10 terbaik dalam tempoh terdekat ini," katanya. - BERNAMA

Ranking Universiti Malaysia Di Asia


Video Ini Buat Mahasiswa Melayu Yang Mudah Lupa

Video Pendedahan Raja Petra Ini Masih Lagi Gagal Dijawab Anwar Ibrahim

Khairul Azam Minta Peguam Negara Siasat Bar Council

Video Anwar Ibrahim Tewas Dengan Ummi Hafilda


Video Ahli Majlis MPSJ Kena Maki Hamun

Karikatur : SPR Perlu Bertindak Sama Ke Atas Zunar


"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kami tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang," Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar. 

Ini satu peraturan yang baik mengikut Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menanggal atau menurunkan mana-mana poster atau sepanduk karikatur yang menghina mana-mana pemimpin. Jika begitu, SPR perlu bertindak dengan undang-undang yang sama untuk menutup terus ruangan kartun Zunar dalam Malaysiakini. 



Saban hari lukisan Zunar adalah menghina pemimpin, malah turut memperlekehkan orang Islam dalam lukisan di atas. Undang - undang yang hendak dilaksanakan perlulah holistik dan menyeluruh, jangan ditertawakan dan dipersendakan oleh sesetengah pihak nanti. Zunar tidak perlu dikecualikan dari undang-undang. 

Wednesday, May 30, 2012

Ucapan Dato Seri Najib Di Himpunan Jutaan Belia #HBN2012

Azmin Ali Nafi, SPRM Perlu Teruskan Siasatan



Tidak cukup dengan penafian. Semua perkara Azmin Ali hendak nafikan. Bukti sudah didedahkan, ini membuatkan Azmin semakin panas. 

Sama seperti ketika ibunya menegurnya agar balik ke rumah, Azmin sekali lagi berdolak dalih dengan menafikan, menafikan dan menafikan. 

Rakyat sudah tahu siapa Azmin. Mereka tidak sabar menanti pilihan raya untuk menghukum orang yang bernama Azmin Ali ini.

Nallakarupan Akan Dedah Video Terbaru Anwar Ibrahim

Pembiayaan PTPTN Untuk Kos Sara Hidup


#BERSIH3 Itu Kotor

Notis Kepada Peguam Negara Agar Bar Council Disiasat




Sebuah notis telah dihantar kepada Peguam  Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Patail berkenaan susulan daripada kes saman kepada Malaysian Bar Council yang telah difailkan oleh Tetuan Azam Aziz & Co, Peguambela & Peguamcara, No. 43A-2-30 Jalan 3/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur
Tuntutan Planitif adalah bagi:

i. Deklarasi bahawa Notis panggilan EGM bertarikh 4/5/12 yang dikeluarkan oleh defendan defenda adalah tidak sah dan terbatal serta bertentangan dengan Akta Profesion Undang Undang 1976.

ii. Deklarasi bahawa Usul untuk EGM bertarikh 4/5/12 yang dikeluarkan oleh defendan-defendan sebagai tidak sah dan terbatal serta bertentangan dengan Akta Profesion Undang-Undang 1976 serta menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

iii. Deklarasi bahawa Extraordinary General Meeting of the Malaysian Bar bertarikh 11/5/12 berkenaan adalah tidak sah dan terbatal serta bertentangan dengan Akta Profesion Undang Undang 1976.

iv. Deklarasi bahawa Usul yang diluluskan dalam EGM berkenaan adalah tidak sah dan terbatal serta bertentangan dengan Akta Profesion Undang Undang 1976 serta menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.



v. Injuksi untuk melarang Defendan-Defedan secara sendiri atau melalui ejen-ejen, pekerja-pekerja, wakil-wakil atau sesiapa pun bagi pihak defendan-defendan daripada menulis atau menyebarkan apa-apa perkara berkaitan EGM bertarikh 11/5/12 berkenaan, 

menerbitkan apa-apa penulisan atau artikel berkaitan EGM bertarikh 11/5/12 berkenaan seperti dalam perenggan atau artikel artikel yang serupa atau mempunyai maksud dan kesan yang sama terhadap plainitif di dalam laman web milik defendan kedua dan  / atau media cetak lain, media elektronik, internet atau apa-apa cara sekalipun bagi tujuan penyiaran kepada umum;

vi. Kos, lain lain relief yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Hari ini Saudara Azam Aziz telah menghantar notis berkenaan Majlis Peguam supaya disiasat oleh Peguam Negara mengikut Legal Profession Act 976 (ACT 166) di bawah seksyen 46a(c)(iii). Notis salinan juga akan dihantar secara pos kepada  :

1) YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
2) YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
3) Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee

Tujuan notis siasatan dihantar adalah supaya Majlis Peguam tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik atau kesatuan luar sekaligus menjadikan Majlis Peguam sebuah badan bebas.

Harussani Sifatkan PAS Melampau





Video Dato Noh Omar Bidas Khalid Ibrahim Isu Air #ReturnSgor




Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada Jumaat berkata dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air di Selangor mencukupi menunjukkan beliau tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata apa yang dibangkitkan oleh kerajaan persekutuan mengenai kadar rizab air di Selangor yang tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus ialah rizab air terawat bukannya kapasiti air mentah di tujuh empangan di Selangor.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Abdul Khalid yang mempelawa menteri persekutuan melawat empangan di Selangor bagi membuktikan air di negeri ini mencukupi.

Oleh itu, Noh berkata beliau sanggup menerima cabaran Abdul Khalid supaya melawat empangan-empangan itu dengan syarat Menteri Besar sanggup meminum air dari empangan itu.

Noh berkata buat masa ini terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di Selangor ialah 4,322 juta liter sehari.

Jumlah air terawat itu termasuk dari Loji Sungai Labu yang dibina kerajaan persekutuan yang mula beroperasi membekalkan 45 juta liter sehari sejak 20 Mac lepas.

Beliau berkata Loji Sungai Labu itu dibina dengan kos RM218 juta termasuk kos pembelian tanah di daerah Sepang daripada Sime Darby Bhd dan bukannya di atas tanah kerajaan negeri.

Loji itu kini diserah kepada kerajaan negeri dan diurus oleh anak syarikat kerajaan negeri Konsortium Air Selangor Bhd walaupun dibina dan dibiayai oleh kerajaan persekutuan.

"Kita tidak berkira dengan kerajaan negeri mengenai pembinaan Loji Sungai Labu dan sehingga kini tiada perjanjian seperti jumlah sewa dan sebagainya di buat. Ini menunjukan betapa ikhlasnya kerajaan persekutuan mengatasi masalah air," katanya.

Pembinaan Loji Sungai Labu itu termasuk sebahagian dari RM600 juta projek mitigasi keperluan air di Selangor yang dilaksanakan kerajaan persekutuan selain daripada pemulihan sistem pam air dan pemulihan muka sauk loji rawatan air, kata Noh.

Beliau berkata walaupun dengan adanya loji baru di Sungai Labu, pengeluaran air mentah di jangka tidak mencukupi bagi menampung pelaksanaan projek-projek perumahan baru dan pembinaan 129 kilang dengan nilai pelaburan 3.6 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Justeru, pembangunan loji rawatan Langat 2 yang sehingga kini tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri mesti dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perumahan dan perindustrian yang semakin meningkat di Selangor.

Aksi Yang Belum Ditonton Pada Malam #BERSIH3

Muzakarah Nik Aziz, Hadi Awang & Karpal Singh


Tunku Aziz : Jangan Pertaruh Nasib Negara


Tuesday, May 29, 2012

Video Jamal, Amy, Mus May & Ibnor Riza Jadi Orang UMNO




Wall Street Journal Kecam Anwar Ibrahim #BERSIH3


Tunku Aziz Dipaksa Keluar Dari DAP


Inikah yang dinamakan sebagai demokrasi? Bila bercanggah pendapat terus dibuang dan diketepikan. Nasib yang sama pernah berlaku kepada Zaid Ibrahim yang melawan Azmin Ali, nasib yang sama berlaku bila Hasan Ali tidak bersetuju dengan perhimpunan 9 Januari 2012. Inilah demokrasi dalam parti yang menamakan diri mereka sebagai demokrasi. Demo crazy agaknya.

Gambar Gambar Amy Search, Mus May & Ibnor Riza Jadi Orang UMNO










Video Amy Search Masuk UMNO





Video Tunku Aziz Kecam DAP Lagi



Video Program Prihatin 1Malaysia Di Ladang Kam Seng

Video Dato Seri Najib Bersama Warga Emas

Video Aksi Rempit United Mendekati Belia

Nizar Jamaluddin Sekali Lagi Menderhaka


Kali ini mempertikai Sultan Johor berhubung nombor plat WWW1. Apa sudah jadi dengan Nizar? Apakah Nizar ini disuruh untuk berkata begitu oleh sesiapa? 


Orang seperti Nizar ini memang layak kalau tidak dibenarkan masuk ke Johor. Berikut adalah kenyataan daripada Tengku Mahkota Johor berhubung tuduhan fitnah Nizar Jamaluddin. 



Masyarakat India Sudah Kenal Dengan Janji Janji Manis Anwar Ibrahim



Tabur janji, beri harapan dan buat orang tertipu dengan omongan kosong. Itulah yang selalu dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Lebih lebih lagi bila sudah dekat dengan pilihan raya, makin banyaklah janji baru yang hendak dibuatnya. Sedangkan janji janji yang lama masih lagi "work in progress". Masyarakat India sudah kenal siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Usah berharap orang akan percaya Anwar lagi kali ini.


Monday, May 28, 2012

Lebuhraya Rakyat : Satu Lagi Janji Lawak PAS


Dekat hendak mengundi baru hendak buat lebuh raya? Sempatkah siap sebelum habis penggal kerajaan Kelantan? Selepas itu, siap minta derma lagi lagi dari rakyat untuk siapkan lebuhraya. Ini satu lagi cerita lawak yang dibuat kerajaan PAS Kelantan. 

Kerajaan PAS Kelantan sudah tertekan dengan sokongan anak muda yang semakin menurun pada PAS. Semua orang sedang bercakap tentang kesesakan jalan raya yang teruk di Kota Bharu biarpun pada hari cuti umum. 

Minta derma untuk buat lebuhraya, entah ke mana hilang duit derma itu nanti. Entah entah digunakan pula untuk pilihan raya umum nanti. Kalau tak siap, senang saja, mereka akan salahkan UMNO. Itu sahaja alasan yang PAS akan berikan. Tidak percaya? Tunggulah. Stadium pun tidak siap-siap lagi. 

Video Keberanian Seorang Imam Halang Anwar Guna Masjid Untuk Berpolitik

Stamina : Nurul Izzah Sindir Papanya Sendiri?


#BilaPRU : Julai Atau September?



Bila agaknya PRU13? Bila pun tarikhnya jangalah kita memaki hamun dan mencerca seperti dalam video di atas.

Susulan perhimpunan Bersih 3.0, PRU13 kemungkinan diadakan pada:

Antara Jun dan awal Julai 2012 53 % (4594)
September 2012 ke atas 47 % (4015)

Jumlah Undian: 8,609. Ini bermakna secara sepintas lalu ramai yang mahukan pilihan raya diadakan dengan secepat mungkin. Indikasi BERSIH hanya satu faktor, bagaimana dengan faktor yang lain. (baca seterusnya)

Hasan Ali : 4 Negeri Sasaran Murtad




AYER KEROH - Empat negeri sudah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan gerakan memurtadkan umat Islam, kata Pengasas Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Selain Selangor, turut terancam adalah Pulau Pinang, Perak dan Melaka apabila terdapat gerakan menyebarkan agama Kristian dengan menumpukan kepada umat Islam.

Menurutnya, maklumat itu diperolehi pihaknya berdasarkan pengakuan mereka yang terjebak dalam gejala murtad sebelum sedar dan kembali ke pangkal jalan.

“Satu daripada gerakan itu diterajui sendiri oleh orang yang membuat pengakuan. Setiap kumpulan dikatakan menarik 300 hingga 400 orang Melayu untuk dikristiankan.

“Dalam pengakuan itu, sekiranya seorang Melayu masuk Kristian, cuma hati dan akidah sahaja yang diKristiankan, namun pakaian, adat, cara makan, bahasa dan kahwain masih ikut cara Melayu," katanya.

Berikutan itu, katanya, Jati tidak akan berputus asa untuk bergabung tenaga bersama badan bukan kerajaan lain (NGO) lain dalam usaha memperjuangkan soal akidah umat Islam di negara ini yang dianggap semakin kritikal.

Menurutnya, kebangkitan Jati yang tiada kaitan dengan politik itu timbul selepas beliau merasakan perjuangan tersebut gagal dibawa Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

“Kita sudah berada dalam suasana yang hampir putus dan sangat kritikal.

"Bagaimana saya boleh diam, bila saya dengan setiap kumpulan sudah ada 300 hingga 400 orang Melayu yang masuk Kristian. Adakah saya sekadar senyap sahaja?” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin di program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Tiga penceramah lain turut berkongsi pandangan mengenai isu sama, Pengerusi Persatuan NGO Islam Pulau Pinang, Mohamad Hafiz Nordin; Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Kapten Dr Shamsudin Moner dan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, Datuk Othman Mohamad yang juga Ketua Panel 1 Persatuan Penulis Negeri Melaka

Hasan Ali : 5 Sebab Kena Tolak Anwar Ibrahim

Sunday, May 27, 2012

Video Nasharuddin Mat Isa Sindir Anwar Ibrahim Isu LGBT

Lebih Banyak Kerusi Hadir Hari Belia Negeri Selangor






Ini bukti golongan belia di Selangor bakal menolak kerajaan pakatan PKR-DAP di Selangor. Target kehadiran adalah 1,000 orang tetapi yang hadir adalah 150 orang sahaja. Anwar Ibrahim pun malu hendak datang kerana kehadiran yang "ribuan" orang ini.

40 orang belia dari Kedah bertindak keluar dewan kerana tertipu bila dijanjikan di bawa ke Putrajaya tetapi di bawa ke dewan untuk berjumpa Khalid Ibrahim. Ini bukti orang muda sudah mula menolak pembangkang di Selangor. PAS juga turut sabotaj Hari Belia Selangor ini. 



Video Tragedi Perlumbaan Drag Di Putrajaya





Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.

"Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.

Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.

Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan.

Persembahan Seni Hari Belia Negara 2012 #HBN2012




PKR-DAP-PAS Gagal Tunai Janji Di Selangor #ReturnSgor

Video Ucapan Dato Seri Najib Himpunan Belia 2012 #HBN2012

Friday, May 25, 2012