Monday, April 30, 2012

Video Anwar Kena Belasah Dalam Sidang Akhbar #BERSIH3


Video Ini Kantoikan Pemberontak #BERSIH3



Gambar Gambar Polis Dikerjakan Pemberontak #BERSIH3


Kasihan anggota polis yang bertugas menjaga ketenteraman awam. Mereka keletihan dan kelesuan kerana sikap pemberontak BERSIH yang berkelakuan seperti gambar gambar di bawah ini. Adakah ini yang dinamakan sebagai protes duduk dan bantah? 


Ada tidak orang tersepit di bawah kereta? Mengapa serang kereta polis? Apa sebab? Duit Nik Aziz digunakan untuk tujuan sebegini. 


Tidak ada orang di bawah kereta. Jeritan untuk angkat kereta kerana ada orang bawah kereta adalah sekadar propaganda. Darah yang ada di tepi kereta adalah darah polis yang dicederakan oleh perusuh BERSIH. 









Video Nik Aziz Mengaku Beri Wang Pada Perusuh #BERISH3

Wartawan Ini Membongkar Pembohongan Amenoworld #BERSIH3


Mohd Azri, wartawan yang cuba menyelamatkan anggota polis yang dipukul dalam kereta Waja dituduh oleh blogger pembangkang turut sama ada dalam kereta Waja. 

Amat dangkal sekali tuduhan tersebut. Ini cerita sebenar wartawan yang menjadi mangsa kekejaman pemberontak BERSIH yang didalangi Ambiga pada 28 April 2012. Detik hitam buat ibu negara, pemberontak cetus huru hara. 

Video #BERSIH3 Bukti Anwar Ibrahim Punca Rempuhan Berlaku






Bukti CheguBard Penakut Dalam #BERSIH3


Ingatkan hebat sangat. Cakap dalam video bukan main lagi. Bila kena tangkap terus minta ampun. Kasihan Chegu Bard. Terserlahlah sikap sebenarnya, patutlah Anwar Ibrahim tidak mahu Chegu Bard jadi Ketua AMK. 



Video #BERSIH3 Anwar Solat Pakai Cap & Kasut


Sunday, April 29, 2012

Nik Aziz Ketua Pemberontak #BERSIH3




Nik Aziz sudah mengaku memberi wang kepada perusuh BERSIH3. Mereka bukan hendak minta pilihan raya BERSIH tetapi hendak memberontak kepada kerajaan negara ini. Nik Aziz layak digelar sebagai ketua pemberontak. Menariknya wang yang diberi kepada perusuh tidak sama rata.

Perusuh dari Kelantan dapat RM150 dan hotel, perusuh dari Kedah hanya disumbangkan tiket bas RM10 sahaja dan paling malang adalah dari kawasan Permatang Pauh yang hanya RM20 sahaja. Cakap berdengar dengar hendak mansuh itu dan ini, beri duit kat perusuh pun tak adil. Entah entah ada orang tengah sudah songlap duit.

Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34, beliau telah tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja Pas bahagian itu.


Katanya selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi "duit poket" sebanyak RM150 setiap seorang.



"Semasa perhimpunan tahun lepas (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel.



"Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka)," katanya ketika ditemu bual Bernama di sini.


Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25, berkata peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan Pas Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.


"Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka," katanya.



Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata mereka didatangkan dengan 20 buah bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.



Beliau yang hadir bersama suaminya sejak semalam dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara.



Sementara itu, Azizah, 23, dari Permatang Pauh pula berkata beliau datang bersama dua saudara maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu.



Katanya mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor.



"Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh," katanya.

Video Wanita #BERSIH3 Kena Sindir Balik Dengan Wartawan


"Saya orang Islam, saya tinggal di sini, isteri saya orang Malaysia, jangan biadap" kata seorang wartawan. Terus wanita BERSIH tersebut terdiam. Malu dan tergamam kerana tuduhan yang melulu dibuatnya. Lain kali cakap siang pandang pandang. 

Apa Pandangan Anda Melihat Gambar #BERSIH3 Ini?



Video Perusuh #BERSIH3 Merempuh Pagar Dawai Besi


Tiga Penipuan Harakah Dalam #BERSIH3


Harakah sekali lagi kantoi menipu untuk menghalalkan cerita perusuh menterbalikkan kereta polis. Mana gambar mangsa yang didakwa berada di bawah kereta tersebut? Kalau ada sudah tentu gambar mangsa tersebut akan menjadi bahan utama Harakah dan Malaysiakini? Ini penipuan yang pertama. (baca sini)

Penipuan yang kedua adalah berkaitan dengan dakwaan kereta polis tersebut dibawa dengan laju dan merempuh orang awam. Siapa yang pijak atas kereta polis tersebut? Itu bukan orang awam, itu pengganas yang didikan PAS. Siapa yang baling bata dan pecahkan kereta polis? Perusuh BERSIH. Lihat video ini, adakah kereta itu laju?


Penipuan ketiga adalah dakwaan bahawa polis meninggal pun adalah tidak benar. Harakah yang mendakwa ada perusuh yang meninggal dalam kejadian di Sogo. Harakahdaily dakwa pada jam 5.20 petang ada peserta BERSIH yang meninggal dalam portalnya. Siapa yang meninggal? (baca sini)

Tiga penipuan ini sudah cukup untuk menceritakan tentang rekaan dialog dan cerita yang dibuat oleh Harakah dan Malaysiakini. Rakyat Malaysia akan hukum pakatan pembangkang dalam kertas undi. Majoriti yang senyap lebih kuat dari mereka yang mendakwa diri mereka itu BERSIH. 

Video Kerosakan Harta Benda Awam Selepas #BERSIH3

Wajah Anggota Polis Yang Dibelasah Perusuh #BERSIH3



Video Pendemo #BERSIH3 Melompat Atas Kereta Polis




Gambar Wartawan BERNAMA Dibelasah Perusuh #BERSIH3



Seorang wartawan BERNAMA (Mohd Azri Salleh, jurukamera TV Al Hijrah) dibelasah oleh perusuh BERSIH ketika sedang merakam video kejadian perusuh BERSIH menterbalikkan kereta polis di depan Sogo. 

Ini adalah bukti perusuh BERSIH adalah pengganas awam. Wajib rakyat menolak pakatan pembangkang dalam PRU13. Mereka ini tidak berperikemanusiaan. Sudah taksub dengan ajaran songsang LGBT Ambiga. 






Gambar Gambar Pendemo Yang Membelasah Polis #BERSIH3


Ambiga harus bertanggungjawab atas kejadian di atas ini? Ini tindakan ganas yang dibuat oleh ahli BERSIH. Mencederakan polis dengan teruk. 

Mengapa jadi sampai begitu taksub sekali dengan Ambiga hingga sanggup mencedera dan membelasah bangsa sendiri? Dua orang anggota polis masih lagi di wad kecemasan kerana kecederaan teruk di kepala. 



Saturday, April 28, 2012

Video Pendemo #BERSIH3 Membuat Provokasi Kemudian Salahkan Polis



Polis Bantu Pendemo #BERSIH3 Waktu Pengsan



Mana pergi Unit Amal PAS? Polis membantu mereka yang pengsan dalam demo BERSIH. Inilah akibatnya kalau pemimpin 3A (Anwar, Ambiga & Azmin) suruh orang berdemo tetapi tidak diberikan makanan dan perlindungan sepatutnya. Mana pergi komando PKR dan Unit Amal PAS? 

Polis yang dibantu pula dicemuh, diprovokasi dan diterbalikkan kereta polis oleh pendemo pendemo tersebut. Memang teruk perangai mereka yang melakukan keganasan tersebut. Mereka tidak dapat lari dari hukuman. Rakyat Malaysia akan mencari wajah wajah tersebut satu persatu. 

Video #BERSIH3 Ini Telah Disunting Oleh Malaysiakini


Malaysiakini telah edit video yang sebenar dan menyatakan punca perusuh menterbalikkan kereta polis adalah kerana polis langgar perusuh. Ulasan Malaysiakin pada jam 4.23 petang di portalnya. 

Di bawah ini adalah ulasan dari Harakahdaily pada jam 5.20 petang "Diberitakan seorang peserta Bersih meninggal dunia akibat dilanggar oleh kenderaan polis di hadapan Sogo". Siapa yang meninggal dunia? Mana gambarnya? 


Kenapa Malaysiakini tidak lapor perkara yang sama? Ini bermakna cerita ini ditokok tambah. Malah ada versi lain pula kata di bawah kereta polis itu ada kesan darah. 

Kalau begitu bermakna polis ini langgar orang, tapi siapa yang dilanggar tersebut? Betulkah dilanggar atau mereka yang menyerang kereta polis.

Cerita sebenarnya adalah Malaysiakini telah sunting video tersebut dan ceritanya adalah kereta polis diserang oleh perusuh. Ambiga, Anwar dan Azmin perlu bertanggungjawab atas kejadian ini, jangan main lepas tangan cakap tidak mampu kawal orang-orangnya. 





Pendemo #BERSIH3 Rasis Pijak Gambar MB Pahang



Memang rasis. Jika dilihat pada raut wajah pendemo ini kita sudah tahu dia adalah dari parti DAP. Paling memalukan bila orang Melayu dari PKR dan PAS biarkan sahaja DAP ini pijak gambar orang Melayu. 

Inilah ajaran Kit Siang, Guan Eng dan Nga Kor Ming yang pernah memijak gambar orang Melayu dalam satu konvensyen dahulu (baca sini). Amat memalukan sekali, orang Melayu dari PAS dan PKR bacul dan takut dengan DAP. Layak dipanggil parti BiaDAP.



Pistol Hilang #BERSIH3 Dijumpai & Cerita Sebenar di Sogo


Pistol yang dirampas telah dijumpai semula. Hasil provokasi dan cerita fitnah yang dibuat oleh Harakah dan Malaysiakini telah menyebabkan dua orang anggota polis cedera dan 20 orang lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar. 

Dua buah kenderaan polis dirosakkan dan satu motor polis dijahanamkan perusuh. Semuanya akibat berita palsu kononya ada seorang perusuh BERSIH mati dilanggar polis (Harakah). 

Nampak sangat cerita itu tidak benar bila Malaysiakini tidak melaporkan tentang kematian tetapi hanya menyatakan dua orang perusuh di depan Sogo kononnya dilanggar polis.


Cerita yang sebenarnya adalah mereka yang memprovokasi pihak polis. Keluhuran Undang Undang (Rukun Negara) sudah lagi tidak dihormati. Perusuh BERSIH yang cakap hendak duduk dan bantah sahaja telah bertukar menjadi perusuh jalanan. Mahukah kita lihat Kuala Lumpur menjadi begini setiap hari? Perusuh lebih berkuasa dari polis. Ini ajaran songsang Ambiga.




#BERSIH3 Tian Chua Dalang Terbalik Kereta Polis di Sogo?

Tian Chua menganggap menjahanamkan motor polis, menterbalikkan kereta polis dan merampas pistol polis sebagai satu kejayaan. 

Tidak syak lagi, watak yang utama ketika memprovokasi polis di KL Sentral dalam BERSIH 2 kali ini telah merancang satu lagi drama yang lebih ganas di Sogo. Memang wajar Tian Chua ditahan. 


Wajah Wajah Perusuh Di Sogo, Pengganas #BERSIH3


Ini cerita fitnah yang dibuat oleh Harakah. Kononnya ada seorang mati dilanggar polis.


Malaysiakini sekali lagi buat cerita palsu, kononya kereta polis melanggar perusuh BERSIH. Itu dijadikan alasan untuk mereka ini hentam kereta polis. Menghalalkan mereka untuk buat kerja di atas.

Ada pula khabar angin ditiup dan disebar kononnya penyokong BERSIH mati dikerjakan polis. Padahal berita tersebut adalah berita palsu. Apa yang sebenarnya berlaku adalah dua orang anggota polis cedera dikerjakan dengan ganas oleh penyokong BERSIH manakal 20 orang lagi anggota polis mendapat rawatan luar di hospital.

Memang terbukti Malaysiakini telah menyebar berita palsu dan perlu dipersalahkan atas keganasan yang berlaku ini. Siapa yang menjadi bodoh dalam cerita ini? Perusuh ini tidak sedar mereka sekadar diperalatkan untuk tujuan politik Ambiga, Anwar dan Azmin. 

Perusuh #BERSIH3 Ganas, Ini Ajaran Ambiga & Anwar


Motor polis dirosakkan, kereta polis diterbalikkan. Pistol polis dirampas. Itulah drama perhimpunan yang didakwa aman (BERSIH) pada hari ini. 



Wajah mereka-mereka ini sudah ada, akan diadili di mahkamah dunia dan akhirat. Moga semua rakyat Malaysia bersama-sama mencari penjenayah yang telah membuat kerja ini. 



Video #BERSIH3 Provokasi Terhadap Polis

#BERSIH3 Gagal Tawan Dataran Merdeka

#BERSIH3 : Wajah Puak Yang Ganggu Keselamatan Awam