Saturday, March 31, 2012

Idea Mansuh PTPTN Dari Video Ini

Video Demo Minyak Di Indonesia

Video Azmin Memecat Hasan Ali

PAS Akan Terus Guna Kempen Undi Masuk Syurga #PASerabut

Semakin teruk sudah PAS. Mereka sudah terlalu ekstrems, umat Islam perlu menghukum parti ini dalam PRU13. Sudah tersimpang jauh daripada landasan sejak dimakan oleh parasit. Bukti PAS memang serabut.

Inikah Wajah Pemimpin Biseksual?

#Aman Kampus Bicara YDP UUM

Ini Wajah Mahasiswa Tidak Intelek

Intelektual apa jika cedera di bibir tetapi mendakwa patah tulang rusuk dan tulang pipi? Intelektual apa jika tidur atas jalan jam 2 pagi? Intelektual apa jika sengaja merempuh pintu HEP dan klinik? 

Cadangan untuk memansuhkan akta, mansuh PTPTN dan mansuh segala macam perkara yang ada bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai intelektual. 

Jika begitu adalah sesuatu yang intelektual jika mencadangkan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Yayasan Selangor yang juga memberikan pinjaman pelajaran untuk memansuhkan hutang-hutang peminjam terdahulu. 

Mengapa tidak kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan Khalid Ibrahim mansuhkan sahaja dua pinjaman tersebut, bukankah itu di bawah kuasa mereka sekarang? Jangan bicara soal PTPTN jika dalam bidang kuasa sendiri pun mereka gagal lakukan. Hanya sekadar janji untuk berkuasa, itu sahaja. 

Kalau terpedaya dengan mahasiswa kurang intelek begini maka akan hancurlah negara ini. Mengapa tidak pengajian percuma diadakan di KUIN, UNISEL dan KUIS? Kalau bercakap soal pengajian percuma laksanakanlah dulu di tempat yang mereka menjadi kerajaan sekarang. 


Bukti PAS Dimakan Parasit Sejak 1995


Sumber Kedah Ke KL

Harga Minyak, Negara Asia Tumpas Dengan Malaysia



BERA 30 Mac – Malaysia satu-satunya negara Asia yang masih mengekalkan harga minyak petrol RON 95 walaupun sesetengah negara lain telah menaikkan harga bahan itu berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika kerajaan menaikkan harga petrol ia akan membebankan rakyat.

Katanya, jika tidak diberikan subsidi harga minyak petrol akan naik RM2.93 seliter dan tentunya akan membebankan rakyat.

“Pemberian subsidi RM1.03 seliter itu bukan sahaja dapat mengengkang kenaikan harga minyak, malah mengelakkan rakyat daripada menanggung beban kenaikan harga barangan keperluan harian," kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menyampaikan cek bantuan pembangunan kerajaan pusat bernilai RM307,643.56 kepada 14 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Parlimen Bera di sini hari ini. - UTUSAN

Friday, March 30, 2012

Apa Pendirian PAS Tentang Pemimpin Biseksual


PAS dilihat masih lagi belum menyatakan pendirian mereka berhubung pemimpin biseksual. Diam membisu dan enggan berbicara, itulah sikap yang diambil oleh PAS sekarang. 

Entah kenapa PAS begitu takut sangat untuk nyatakan pendirian. Takut pada Ambiga kah? Atau takut hilang dana pilihan raya? Bukan sahaja pasal biseksual, pasal orang yang jelas menyokong negara Israel pun PAS dilihat semakin menikus. Inilah petanda PAS sudah dijangkiti parasit.

Ustaz Azizan Disaman RM3juta #SaveKedah

Shaik Faisol Bin Shaik Yusoff, seorang usahawan bumiputera telah menyaman Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana gagal membayar pembayaran berperingkat kontrak kepada beliau. Shaik Faisol telah memfailkan saman sejumlah RM3 juta kepada kolej milik kerajaan negeri PAS tersebut. Ini adalah bukti PAS gagal mentadbir institusi pengajian tinggi dengan baik. Itu pun ada cita-cita hendak menghapuskan itu ini dan sebagainya. RM3 juta pun tidak boleh bayar hendak mansuh RM44 bilion pula. 

Nik Aziz Bolehkan Cukai Arak


Mahukah Anwar Ibrahim Tukar Akta Lapuk Ini?



KUALA LUMPUR – Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.
Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari.
Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini.
“Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah.
“Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ulasan : Mahukah Anwar Ibrahim menukar akta lapuk ini? Jika panel kod 377 (B) dan 377 (C) dianggap sebagai lapuk, maka mahukah Anwar Ibrahim dan kawan-kawannya dalam DAP bersuara untuk tukar Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955? 

Bukti Ini Melayakkan Anwar Digelar Bekas Banduan Rasuah


Ini bukti kenapa sebabnya Anwar bekas banduan rasuah. Layak masuk lokap 6 tahun kerana kesalahan rasuah. Satu pinjaman bersindiket (syndicated loan) berjumlah RM 420 juta ( 8 penama ) dengan tambahan RM 25 juta diberikan kepada kroni Anwar Ibrahim, Faiz Ibrahim.

Pinjaman pada awalnya bertujuan untuk membeli saham dalam Inchcape Timuran dan untuk pembelian Kewangan Bersatu Berhad KBB, yang mempunyai lesen kewangan ... hanyalah satu 'diversion'.

Dipercayai pinjaman ini dibuat untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Amat rakus sekali Anwar Ibrahim. Mengapa Anwar takut untuk menghadapi kes ini? Nilai skandal Anwar ini lebih tinggi daripada RM250 juta (NFC), Anwar masih lagi tidak diadili dengan sebaiknya. Jika bercakap mahukan soal keadilan dan ketelusan, kenapa tidak dalam isu ini?

Haram Menyokong Yahudi


Video Makna Bacaan Dalam Solat

Urus Air Pun Tidak Boleh Diharap, Itu Pun Masih Bercita Cita Hendak ke Putrajaya

Kerajaan Pusat telah menyumbangkan dana sebanyak RM567 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan tapi masalah air bersih tidak juga dapat diselesaikan oleh PAS..persoalannya, mana pergi duit tu?? - put3

Kementerian Pelajaran mengesan sebanyak 77 daripada 585 buah sekolah di Kelantan tidak mendapat bekalan air awam yang diuruskan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). 

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, daripada kesemua sekolah yang tidak mendapat bekalan air awam itu, sebanyak 39 sekolah berada dalam kedudukan yang amat kritikal dan memerlukan tindakan sewajarnya.

"Pada satu mesyuarat sebelum ini, AKSB telah digesa supaya meningkatkan sistem bekalan air kepada sekolah yang tidak mendapat bekalan air bersih disebabkan tekanan rendah kerana saluran paip bekalan yang kecil dan tidak mampu menampung tekanan tinggi.

"Ia adalah sebagai satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak kementerian. Selain itu, sekolah terbabit menerima sokongan daripada Jabatan Kesihatan yang memantau kebersihan dan taraf kesihatan bagi penggunaan bekalan air tersebut," katanya menjawab pertanyaan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Puad berkata, kementerian berusaha mendapatkan sumber bekalan air daripada punca lain dan akan terus melaksanakannya sebagai langkah menyediakan kemudahan asas sempurna kepada semua sekolah di seluruh negara.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri telah diberi pinjaman oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM567 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih, namun ia tidak juga diselesaikan. "Sehubungan itu, kementerian telah memperuntukkan RM27 juta bagi membina perigi tiub untuk sekolah.

Sebanyak 83 buah telah disiapkan dan lapan lagi dalam proses penyerahan," ujarnya. Puad berkata, Kerajaan Pas Kelantan turut dicadangkan menubuhkan jawatankuasa pemandu khusus bagi menyelesaikan masalah air di negeri itu yang masih berterusan.

Video Apa Itu Pengundi Pos

Thursday, March 29, 2012

Mahfuz Omar Sokong Halau Guru Melayu Keluar SJKC


Guan Eng Diskriminasi Rakyat Penang #SavePenang


NIBONG TEBAL 28 Mac - Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa bersikap tidak adil dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri ini apabila projek yang tidak mampu melonjakkan kualiti hidup penduduk dibina di Seberang Perai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bahagian pulau dilihat seperti diberikan keutamaan apabila banyak projek yang 'bagus' dibina di kawasan tersebut.

Sebagai kerajaan memerintah, ujarnya, DAP perlu bersikap adil dan tidak membeza-bezakan kawasan di negeri ini.
"Jangan anak tirikan rakyat di Seberang Perai dan memberi keutamaan di bahagian pulau sahaja.

"Kenapa tidak bina kilang panel solar di Bayan Lepas? Seberang Perai bukan kawasan longgokan sampah," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan awal persekolahan di Simpang Ampat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pembinaan dua loji panel solar yang mengeluarkan toksik di Batu Kawan di sini yang diluluskan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ahad lalu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, sebuah syarikat beribu pejabat di Jiangsu, China sedang mengadakan temu duga terbuka selama dua hari di sebuah hotel di Butterworth bagi mencari pekerja baru untuk loji tersebut.

Sebelum ini, Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan negeri, Rich Too mempersoalkan tindakan kerajaan negeri mahu membina loji yang sama oleh sebuah syarikat dari Jerman, juga di Batu Kawan - Utusan

Orang Muda Kuala Langat Tolak PR #ReturnSgor



#SavePenang Bukti Guan Eng Tipu Rakyat Penang


#Lynas Pejabat Fuziah Pun Ada Radiasi


#Lynas Pembangkang Bukan Hendak Selesaikan Masalah


Wednesday, March 28, 2012

Video Pergaduhan Antara Azizan Razak Dengan Mat Sabu


Harga Minyak Turun

Harga minyak turun. Mengapa harga turun dan tidak naik seperti harga global ? Ini kerana kerajaan BN menambah subsidi minyak sebanyak RM0.10 bagi setiap liter minyak bermula Mac.

Tidak seperti kerajaan di beberapa buah negara yang lain termasuklah China yang terpaksa menaikkan harga minyak akibat kenaikan harga minyak global.

Kalau minyak naik ramai orang marah, tetapi kalau subsidi naik tiada siapa yang ambil peduli. Paling tidak berterima kasihlah pada yang memberi berbanding pembangkang yang hanya berjanji dan berjanji dan tidak pernah berhenti daripada menanam tebu di bibir. Janji siapa pun boleh, kalau mentadbir belum tentu mereka dapat menunaikannya.

Kalau Ikut Hukuman Singapura, DAP Perlu Dihukum

The Sundaily, 27 Mac 2012 melaporkan seorang pelajar didenda RM7,330 kerana kata kata berikut "there are more dog than people" dalam microblog. 

Jika DAP ingin sama rata sama rasa hukuman seperti di Singapura, maka amat layak beberapa orang pemimpin DAP menerima hukuman yang lebih berat lagi. 

9 November 2010, R.S.N. Rayer ( ADUN DAP Seri Delima) telah berkata "Tindak-tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang menggoncang pintu pagar seolah-olah nak meruntuhkan pagar tersebut,". Rayer panggil orang seperti monyet masih belum dihukum. 
Dalam pilihan raya kecil di Sarawak, seorang penceramah DAP menghina beberapa orang pemimpin SUPP dengan panggilan orang utan (baca sini). Malah ada seorang penyanyi rap yang selalu bersikap biadap pun tidak dihukum di negara ini (baca sini). 

Dulu pernah ada seorang pelajar UMT mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dalam Facebook (baca sini), pelajar tersebut menerima hukuman tetapi pemimpin politik seperti DAP sering mengelak dan mencari alasan untuk lepas dari hukuman biarpun nyata mereka jelas melakukan kesalahan terbabit.

DAP yang banyak mengeluarkan kenyataan rasis dan chauvinis di negara ini masih lagi bebas dari hukuman. Sewajarnya mereka didenda dan dikenakan tindakan sebagaimana undang-undang yang dibuat oleh kerajaan PAP di Singapura. Terutamanya kepada Kit Siang masih sampai hari ini masih belum memohon maaf kenyataannya 43 tahun yang lalu.

SMS Rahsia Terkantoi #ReturnSgor

Speaker perlu letak jawatan. Terbukti Speaker mengendalikan sidang DUN secara tidak beretika dan profesional. Berikut adalah SMS perancangan jahat yang dibuat oleh pakatan pembangkang.
 
"This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like way Yaacob is doing now". 

Begitulah kandungan SMS yang didakwa dihantar oleh Teng Chang Kim kepada Exco kerajaan negeri.  

Persoalannya, bukankah ianya bertentangan dengan amalan kebiasaan sidang, di mana seorang Speaker tidak boleh berlaku berat sebelah (bias, in favour to etc)?  
 
Perkara ini benar-benar mengejutkan, kerana jelas Teng mengeluarkan arahan, atau mengetuai tindakan bersepadu bagi memberi peringatan kepada exco untuk perform demi kepentingan kerajaan negeri?  

Tentunya Teng mampu berbuat demikian, kerana berada di dalam sidang dewan, dan beliau tahu dan faham apa yang sedang berlaku.  He is monitoring the performance of excos, in favour to the state government!

Seharusnya, ia menjadi tugas Menteri Besar dalam hal arahan seperti ini, dan bukannya speaker dewan! Baca selanjutnya pendedahan yang dibuat oleh Gerakan Timur.

Azmin Ali Perlu Jawab Lima Persoalan Ini


Tetamu Waktu Malam, Lagi Skandal Anwar Ibrahim Terdedah

Baca pendedahan lanjut skandal ini di blog.

Tuesday, March 27, 2012

Video Hasan Ali Mencabar Azmin Ali Tentang Status Anak


Bolot Tanah Bukti PAS Tidak Pandai Mentadbir Kerajaan Negeri

Inilah yang membuatkan PAS kalah teruk di Terengganu. Rakyat sudah tahu apa niat PAS bila memerintah sesatu negeri. Mereka janji bukan main lagi sebelum dapat perintah. Bila dapat, mereka akan kaut untuk kepentingan mereka sendiri. 

Lihatlah apa yang sudah berlaku di Kelantan, masalah air pun mereka gagal selesaikan. Selangor yang baru sepenggal pun hadapi masalah air. Sama juga seperti Kedah, air mereka gagal uruskan. Kerajaan sebegini yang dimahukan oleh rakyat?

Video Penjelasan Siapa Sebenarnya Nik Aziz Nik Mat


PAS Sayang Kat Ambiga dan Elizabeth Wong

Apa sudah jadi ini? Kenyataan ini dibuat dalam lidah Harakah, parti yang mendakwa mereka lebih Islam berbanding parti parti lain di negara ini. 

Parti yang dianggap oleh sesetengah ahli PAS seperti akidah mereka. Kini mereka pula hendak sayang pada Ambiga dan Elizabeth Wong. Ini bukti PAS sudah rosak ditelan parasit. 

Mereka sayang pada Ambiga yang mahu menghancurkan agama Islam. Sayang juga mereka pada Elizabeth Wong, paderi yang pernah pergi ke Acheh selepas tsunami untuk misi agamanya. Pelik betul sayang PAS ini. 

Tidak hairanlah mereka juga sayang pada Yahudi yang menghancurkan umat Islam di Palestin dan sayang pada orang yang menyokong kewujudan negara Israel. Jika anda sayang pada Melayu dan Islam, jangan beri undi pada parti PAS. Parti PAS sudah tersesat jauh dimakan parasit.

SMM : Suara Mahasiswa Mati

Pengerusi SMM yang lepas, saudara Ahmad Syukri Ab Razab di umumkan sebagai pengerusi yang baru semasa Kongres Gerakan Mahasiswa di Kuis menggantikan Shazni Munir.  Tanpa ada pemilihan, tanpa ada perbincangan, mungkin ini system yang mereka sebut sebagai “demokrasi” (baca sini). 

Demkian ulasan yang dibuat oleh Mohd Yusof Hadhari berkaitan pemilihan baru SMM. Jelas sekali yang mati dan perlu dikerandakan sekarang adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). 

Keretakan dalam front mahasiswa pembangkang sudah berlaku lama, ianya kerana monopoli kumpulan 2S dalam front tersebut yang menjadikan Mat Sabu dan Hishamuddin Rais sebagai mursyidul am mereka. 

Untuk itu, apa perlu lagi SMM berkokok soal demokrasi di Universiti Malaya. Dalam SMM sendiri demokrasinya sudah mati. Kepimpinan autoratik cara Syiah Mat Sabu sudah menular masuk ke kampus. 

Bukan sahaja PAS Kedah yang digulingkan secara kuku besi melalui penubuhan pemandu tetapi pertubuhan haram seperti SMM pun dimonopoli oleh kelompok autokrasi Syiah. SMM boleh diungkap seperti Suara Mahasiswa Mati. Mungkin ini ayat yang sesuai untuk mereka yang suka pada keranda dan batu nisan. Hendak mengajar demokrasi tetapi pertubuhan sendiri pun demokrasinya sudah mati.

 

Sebelum Demo Mansuh PTPTN, Perlu Telitit Dulu Janji Ini

Sebelum hendak berjanji mansuh PTPTN, PKR perlu teliti dulu janji pada PRU12 yang masih belum lagi tertunai biarpun mereka sudah menjadi kerajaan negeri di Selangor. Apa janji tersebut? Janji yang keempat iaitu hendak memberik RM1,000 kepada setiap pelajar yang masuk universiti. Ramai lagi yang masih belum dapat? Rasanya pihak ini yang perlu membuat demo di hadapan pejabat PKR untuk menuntut janji PKR ini. Berjanji memang senang tetapi bila sudah dapat kuasa, mereka sukar hendak laksanakan. Ini namanya mungkir janji. Senjata ampuh pembangkang sekarang adalah janji.Tengok apa yang PAS lakukan pada pelajar di Mesir ketika krisis pada tahun lepas? Cakap sahaja, yang tolong bawa balik siapa?

Video Hadi Awang Tempelak Fuziah Salleh Dalam Isu Lynas


"Saya ingin menarik perhatian isu Lynas, saya minta isu ini dirujuk kepada pakar dari PAS" kata Hadi Awang. Ini bermaksud Hadi Awang telah menyindir pihak yang cuba memanipulasikan isu ini. Siapa yang disindir itu, sudah pasti tepat kena pada Fuziah Salleh. Hadi Awang minta dengar rujuk Dr Rosli, pakar nuklear.

12 Bukti BN Menjaga Kebajikan Rakyat Kelantan



12 Perkara Yang Harus Kita Tahu Mengenai KEADILAN Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Kelantan pada 2011.

1. Pemberian mengikut bilangan orang sebanyak RM 24,578,760 juta

2. Penyelenggaran Jalan Raya Negeri sebanyak RM 72,493,620 juta

3. Pemberian Kekurangan Akaun Mengurus RM 74,883,053 juta

4. Pemberian berdasarkan tahap ekonomi, Infrastruktur dan kesejahteraan Hidup RM 28,597,000 juta

5. Pemberian dibawah senarai bersama, RM 17,490.308 juta

6. Pemberian pertambahan hasil, RM 36,311,885 juta

7. Pemberian tahunan kepada PBT ( GTBKK) RM 21,930,518 juta

8. Bayaran perkhidmatan (10%), RM 52,496,438 juta

9. Perpustakaan Awam Negeri, RM 1,035,100 juta

10. Lembaga Muzium Negeri, RM 857,000

11. Pemberian Bantuan Bil Lampu kepada PBT, RM 1,095,647 juta

12. Penyenggaraan Cerun, RM 7,968,000 juta

Ini Antara Sebab PRU13 Sudah Semakin Dekat?


Monday, March 26, 2012

Video Ini Bukti Perbalahan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali



7 Fakta Tentang Lynas


Pakatan Pembangkang Rampas Tanah Rakyat Selangor #ReturnSgor


Adik Ini Menjadi Mangsa Serangan Pakatan Pembangkang #ReturnSgor

Seorang remaja kecil menjadi mangsa batu yang dibaling oleh puak puak pakatan pembangkang dalam ceramah Rapat Rakyat yang diadakan di Kuala Selangor pada 25 Mac 2012. 

Penyokong penyokong pakatan yang ekstrem telah bertindak sedemikian kerana menganggap membaling batu tersebut kepada penyokong kerajaan sebagai satu jihad. Ini satu mentaliti yang amat tidak sihat. 

Membaling batu kepada orang ramai dan terkena orang yang lalu di sekitar kawasan ceramah. Perbuatan pakatan pembangkang ini memang di luar batasan. Rakyat Selangor perlu ajar pakatan dalam PRU13.

Angkara Kerakusan DAP, Tanah Masjid Pun Diambilnya


Siapa Wanita Misteri Dalam Hidup Anwar Ibrahim?

Saman dan biseksual
Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu menyaman S. Nallakaruppan dan akhbar Utusan Malaysia berhubung isu biseksual memasuki episod baru yang lebih panas, semalam.

Nallakaruppan menyatakan tidak gentar dan mengulangi pendirian bahawa Anwar biseksual lalu tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Beberapa bekas pemimpin PKR yang turut hadir bertekad untuk membongkar salah laku moral Anwar di mahkamah. Mereka bersatu dan sedia disaman. Malah Ummi Hafilda, bekas saksi kes liwat 1998
mahu mendedahkan apa yang didakwa skandal Anwar bersama isteri orang, lengkap dengan bukti. Cakap-cakap mengenai wanita misteri itu sudah lama kedengaran tetapi belum mencetuskan ledakan besar.

Seperti juga Nallakaruppan, Utusan Malaysia juga tidak akan memohon maaf apatah lagi akhbar tersebut sekadar penyampai iaitu melaporkan dakwaan bekas sahabat baik Anwar itu.

Isu tersebut sewajarnya disiarkan kerana ia melibatkan tokoh dan mempunyai kepentingan awam. Bukan sahaja di Barat, negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, isu-isu berkaitan moral pemimpin adalah sesuatu yang biasa disiarkan oleh media.

Pembangkang yang menjanjikan kebebasan media dalam manifesto pilihan raya umum lalu sepatutnya lebih terbuka. Janganlah media pro pembangkang sahaja yang boleh membuat pendedahan, media arus perdana juga ada peranan kepada pembacanya.

Anwar sepatutnya menangani dakwaan tersebut dengan membuat penjelasan yang menyakinkan sebagaimana yang diamalkan oleh tokoh-tokoh pembangkang negara lain. Tindakan beliau bersama peguamnya, N. Surendran memperlekehkan Utusan Malaysia kononnya mengamalkan kewartawanan longkang, hanya mencerminkan imej buruk mereka sendiri.

Parti politik mana yang ditinggalkan puluhan pemimpin dan ribuan ahli, kalau bukan PKR. Parti mana yang pemilihannya asyik bergaduh dan berbaling kerusi, kalau bukan PKR. Parti mana yang dipimpin oleh tokoh yang ada isu moral dan integriti yang dahsyat, kalau bukan PKR.

Surendran sepatutnya mencermin diri dan tahu di mana dia berada. Pada Awang, PKR umpama lubang najis dan orang seperti Surendran perlu diselamatkan segera daripada lemas dalam keadaan menjijikkan.
Dalam isu biseksual, apa yang Nallakaruppan dedahkan bukan sesuatu yang baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar seorang homoseksual pada tahun 2005.

Ekoran kenyataan tersebut, Anwar menyaman Dr. Mahathir sebanyak R100 juta tetapi kes itu akhirnya memihak kepada Dr. Mahathir.

Sehari sebelum PRU 2008, Anwar turut memfailkan saman RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin kerana merujuk pemimpin PKR itu sebagai homoseksual. Sehingga hari ini kes tersebut masih di peringkat pengurusan seolah-olah Anwar tidak berminat untuk menghadapi perbicaraan.

Banyak lagi kes yang beliau menggunakan taktik sedemikian termasuk saman ke atas bekas Timbalan Presiden PKR, Chandra Muzaffar berhubung kenyataan media. Chandra antara lain menyatakan negara akan menghadapi musibah jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

Antara kes yang menarik ialah saman terhadap Nallakaruppan pada 2009 berhubung dakwaan Anwar menerima RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation. Kes itu seperti tidak bergerak dan tiada perkembangan.

Awang tidak teragak-agak untuk merumuskan bahawa Anwar bertindak menyaman pihak-pihak berkenaan sebagai usaha untuk bermain wayang, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum. Hakikatnya, beliau sendiri tidak mahu mencari kebenaran kerana tahu risikonya kepada diri sendiri.
Tindakan menyaman media arus perdana seperti Utusan Malaysia, tidak lain bertujuan menutup mulut akhbar itu daripada terus membongkar kepincangan dan salah laku moral beliau.

Tiada sebab untuk media, begitu juga semua kalangan rakyat Malaysia tunduk kepada kemungkaran yang dahsyat. Rakyat negara lain tidak membenarkan ia terjadi di bumi mereka dan sampai bila Anwar harus dibiarkan membohongi rakyat Malaysia?

Berkaitan isu biseksual, Awang tertarik dengan komen seorang lagi bekas sahabat Anwar iaitu Raja Petra Kamarudin (RPK) dalam satu wawancara bersama Mingguan Malaysia pada 1 Januari lalu. ‘‘Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tidak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Anda nak jadi gay, teruskan.

Saya tidak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tidak boleh.’’ Itu antara komen RPK. Sebenarnya itu jugalah pendirian majoriti rakyat Malaysia. Maka Anwar harus memutuskan yang mana satu pilihannya.

Apa maknanya?

Awang ingin menarik perhatian kepada keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat terhadap Azizan Abu Bakar pada 5 September 2004.
Mahkamah menegaskan: “Walaupun kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar dan adik angkatnya Sukma (Darmawan) terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya boleh mensabitkan Anwar dan Sukma jika pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan.’’

Petikan itu bukan direka, ia adalah rumusan daripada barisan tiga hakim yang cukup jelas maksudnya. Kenyataan tersebut boleh diperoleh daripada arkib maklumat termasuk menerusi carian dalam Internet. Tidak perlu untuk Awang ulas panjang lebar. Renungkanlah fakta dalam penghakiman kes tersebut. Apa maknanya dan siapa sebenarnya Anwar?


Bersumpahlah...

Beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Najib Tun Razak kerap menjadi mangsa fitnah Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Najib sendiri dituduh terlibat kononnya dalam konspirasi membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu tidak lama dahulu.

Awang masih ingat betapa dahsyatnya serangan fitnah pembangkang dalam isu tersebut, yang Anwar turut jaja menerusi ceramahnya di seluruh negara.

Siasatan polis mendapati kes tersebut tiada kaitan dengan Perdana Menteri dan keluarganya. Keputusan mahkamah mengenainya juga sudah diketahui. Difahamkan, negara kuasa besar menerusi badan perisikan mereka yang hebat turut menolak pembabitan Najib.

Biarpun pembangkang memanipulasi isu tersebut, Perdana Menteri menghadapinya dengan tenang. Bukan itu sahaja, demi mencari kebenaran, Najib bersumpah di masjid Guar Perahu, Permatang Pauh pada Ogos 2008 bahawa beliau tidak mengenali wanita berkenaan. Beliau juga melafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi... di hadapan para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada tahun yang sama.

Penyelesaian melalui pendekatan agama antara yang dituntut kepada umat Islam jika berdepan dengan situasi sebegitu. Tiada sumpah yang lebih tinggi melainkan kepada Allah.

Maka Awang ingin mencabar Anwar agar mengikut jejak Najib bersumpah di dalam masjid jika benar beliau bukan biseksual seperti yang didakwa oleh banyak pihak.

Bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh bosnya itu dan Shazryl Eskay Abdullah, sahabatnya sendiri - tanpa ragu - bersumpah di dalam masjid. Proses bersumpah bukannya susah. Masanya lebih singkat berbanding berucap panjang di dalam mahupun luar negara yang ghairah beliau lakukan. Yang penting ialah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Janganlah hanya berani bersumpah menyandang jawatan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat tetapi takut berbuat demikian di masjid. Bahkan di mahkamah, juga beliau mengelak memberikan keterangan bersumpah. Belum pernah ada individu bertaraf pemimpin dan tokoh di seluruh dunia yang jika dihadapkan ke mahkamah, menolak memberikan keterangan bersumpah. Sentiasa berlegar di fikiran Awang, apa jenis Ketua Pembangkang yang kita ada di Malaysia?

Anwar boleh memilih di mana-mana masjid yang beliau suka. Ayuh, sahutlah seruan ini. Jangan malukan para penyokong pembangkang terutama ramai ahli Pas yang makin ragu dengan beliau. Melainkan, sebagaimana dakwaan ramai, Anwar memang biseksual. - Awang Selamat

PAS Akan Dibubarkan Tidak Lama Lagi

 
 Bukan sahaja Hasan Ali yang meninggalkan PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS pun keluar sama. Lepas ini akan ramai lagi ahli PAS keluar parti. Tunggulah

GEORGETOWN 25 Mac – Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri (DHPP), Dr Ooi @ Vellautham hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada pakatan pembangkang dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan parti pembangkang itu.

Dr Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, tindakan itu diambil ekoran kenyataan Pas Pusat dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa DHPP Pulau Pinang tidak aktif.

"Lebih 20 tahun saya bersama Pas dan bertungkus-lumus bekerja untuk parti, tetapi usaha saya selama ini tidak dihargai. Jika benarlah DHPP negeri ini tidak aktif, maka sebagai ketua lebih baik saya mengambil sikap bertanggungjawab (letak jawatan),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang yang mengatakan dirinya mengemis jawatan, susulan tindakannya yang pernah menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Bayan Lepas.

"Saya bersedia berkhidmat untuk rakyat secara percuma. Segala pendapatan yang saya peroleh jika saya menjadi wakil rakyat akan saya salurkan kepada rakyat... saya cabar pakatan pembangkang yang mendakwa mereka kerajaan berkebajikan membuat tawaran sama seperti saya,” katanya. – BERNAMA