Segala-gala yang dibuat oleh kerajaan BN semuanya tidak kena. Ada undang-undang yang menjaga ketenteraman, mereka hendak mansuh. Ada undang-undang yang melarang perlakuan tidak senonoh sesama jantina, mahu dihalalkan atas nama hak asasi. Perkara sumbang mahram mahu dibebaskan atas nama Seksualiti Merdeka.
Terbaru adalah mereka mengajar mahasiswa untuk menggelar PTPTN sebagai "ah long". Namun bila duit PTPTN masuk, merekalah yang paling awal mendapatkan duit tersebut (baca sini). Dulu masa tiada PTPTN, mahasiswa pembangkang waktu itu kecam kerajaan zalim sebab tidak wujudkan dana untuk mereka belajar. Bila sudah ada dana seperti PTPTN, mereka mahu pinjaman itu percuma pula.
Kalau semuanya percuma dalam dunia ini, manusia tidak akan berusaha lagi. Pinjam duit beli kereta, kemudian minta percuma. Pinjam duit beli rumah, kemudian minta hutang itu dimansuhkan kerana hendak percuma.
Segala-gala mereka hendak bebas dan percuma. Ada juga mahasiswa yang berfikiran begini? Tidak perlu bekerja lagi selepas keluar universiti, sebab tiada yang perlu ditanggung, semuanya adalah percuma termasuklah minum di kedai mamak.
Ini budaya pemikiran percuma dan malas yang mahu dibawa oleh mahasiswa pemalas ini. Lihat sahajalah apa kerja mahasiswa yang mendesak minta percuma ini? Mereka gagal belajar dan digantung pengajian. Minta maaf bila buat salah pun mereka tidak hendak.
Alangkah lebih baik jika mereka desak kerajaan DAP-PAS-PKR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan wujudkan dana tabung sendiri untuk mereka belajar. Kemudian sesudah pinjam, mintalah percuma.
Kenapa tidak boleh buat, RM300 juta boleh diberi di Selangor, kenapa tidak beri kepada mahasiswa pembangkang itu tabung pembiayaan pelajaran sendiri?. Tidak payah lagi pinjam PTPTN, kerana mereka dakwa itu adalah "ah long".