"UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya" berikut adalah ulasan Aziz Bari bila UIA menarik kembali gelaran profesor. Respon Aziz Bari tersebut menunjukkan bahawa dia merasa kehilangan gelaran tersebut.
Rasanya Khalid Ibrahim boleh membantu Aziz Bari untuk mendapatkan kembali gelaran "profesor" tersebut. Khalid Ibrahim boleh memberi sesuatu kepada Aziz Bari di Selangor.
Aziz Bari tidak perlulah menyalahkan UIA dengan mengungkit kembali kisah-kisah lamanya di UIA. Usah politik kan insititusi pengajian tinggi dengan polemik yang berterusan.
Sudah keluar dari UIA dan sudah boleh bebas berpolitik. Kebebasan apa lagi yang dikehendaki Aziz Bari? Benarlah Aziz Bari bukanlah pakar undang-undang kalau universiti di Selangor pun enggan memberinya gelaran profesor.






