Thursday, December 13, 2012

Siapa Lee Min Hu, Pengadil Berat Sebelah Malaysia vs Thailand #HarimauMalaya #AFFSuzuki


Fadhli Shas dibuang padang, Malaysia melawan 12 orang termasuk pengadil. Inilah orangnya (gambar atas) yang menjadi punca kekalahan Malaysia. Namanya adalah Lee Min Hu, pengadil dari Korea yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2005.

Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 game dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap game. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.

Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa, mengapa masih biarkan pengadil tersebut adili kejohanan AFF Suzuki pula?



Ini database perlawanan yang pernah diadili oleh Lee Min Hu sejak 2008 hingga 16 Mac 2011. Semua perlawanan mesti ada kad. Paling teruk 8 kad kuning dilayangkan dalam perlawanan antara Busan dan Daegu FC pada 19 Julai 2008. 

Tidak menghairankan bila pengadil yang sama diberikan peranan, dia memberikan kad kepada Fadhli Shas. Memang dia suka beri kad. 

Bagaimana Persatuan Bolasepak Asia boleh membenarkan pengadil sebegini dihantar untuk mengadili pertandingan bolasepak di Asia Tenggara? Terlepas pandang? Sama juga kesnya bila terlepas pandang memberikan padang latihan yang tidak baik kepada Malaysia.


8 comments:

Anonymous said...

nak wat cam mana... benda dah jadi... nak marah nak maki wat tambah dosa kita jer... kita bersabar dan redha ketentuan Ilahi...

mat poi said...

penulisan terbaik... tahniah!

Anonymous said...

saya tk pandai jadi reff,tapi biasa tngok cara pengadil pro buat keputusan,mesti buat kesalahan sekurangnya 2 kali,baru kena kad,cilaka punya aff suzuki,kt msia itu ari cantik je reff nya,thai dh kemaruk nk menang,selamat duit FAM,klu tak bergolok bergadai,

Anonymous said...

tahniah reff korea lee min hu...dr i xkenal u. sekarang u dah femes satu malaysia. tahniah kerana bersikap tidak adil....

Shahri Abdul Rahman said...

o cikgu rupe nye patutlah suka beri kad. macam kad imbas yg cikgu guna masa mengajar bahasa tu

Anonymous said...

apa dia punya fb @ tweet, mari kita ramai2 maki dia ....

Anonymous said...

agak2 berapa RM thai dah bayar kat ref ni ek?..

Anonymous said...

FAM perlu buat bantahan kepada penganjur dan perlawanan perlu adakan semula. Jika pihak penganjur tidak bersetuju, kita patut memboikot kejohanan ini di masa hadapan. Jika tiada bantahan dan perlawanan semula, FAM dianggap bersekongkol dengan pengadil dan penganjur.....