Friday, December 14, 2012

Bukti Ini Kukuh Untuk Siasat Lee Min Hu

Pengadil ini bukan sekali "menolong" pasukan Thailand untuk menang. Ianya bukan kali pertama buat pengadil yang berusia 33 tahun tersebut. Apakah secara kebetulan pengadil yang sama diberikan tugas sekali lagi untuk menangkan pasukan Thailand?

Sebelum itu, Lee Min Hu pernah mengadili perlawanan antara Thailand dan Palestine pada 23 Julai 2011. Enam kad kuning dilayangkan, satu kepada pemain Thailand dan lima kepada pemain Palestin. Perlawanan berkesudahan dimenangi Thailand dengan 1-0. 

Aksi Lee Min Hu memberikan sepakan penalti kepada Thailand dalam perlawanan menentang Palestin. Jika diteliti kembali, penyerang Thailand tersebut telah melakukan dive dalam kotak penalti. Namun kedudukan Lee Min Hu yang berada di belakang pemain Thailand dan tidak strategik dengan kejadian telah menjadikan keputusan yang dibuat kena dengan lakonan yang dirancangkan. Nasib baik tendangan penalti yang diberikan tersebut tidak masuk.



Dalam perlawanan  yang (diadakan di Buri Ram, Thailand) menimbulkan kontroversi tersebut, Houssam Wadi (pemain tengah Palestin) yang sering diasak oleh pemain Thailand tetapi tidak dipedulikan langsung oleh Lee Min Hu. 

Ini bermaksud, pemain Thailand sudah membaca dengan masak perangai Lee Min Hu. Tidak menghairankan pemain no. 7 Thailand, Datsakorn menggunakan kemahiran itu untuk memprovokasi Fadhli Shas hingga pemain negara menerima kad merah. 

Jurulatih Thailand juga cepat membaca perangai Lee Min Hu yang suka memberi kad, oleh kerana itu  Phichiphong Choeichiu terus dikeluarkan pada separuh masa selepas menerima kad kuning. Thailand takut mereka pun akan hilang pemain kalau Phichiphong terus kena kad kuning kali kedua.

Ini kali kedua, pengadil yang sama (Lee Min Hu) diberi peluang adili perlawanan antarabangsa yang berlangsung di Thailand. AFC ada 73 orang pengadil yang dikategorikan sebagai elit dan Lee Min Hu juga yang dipilih untuk menjadi pengadil sekali lagi di Thailand. Mana pengadil yang lain? Apakah ada banyak kejohanan besar di Asia sekarang ini?

Sudah tentu Lee Min Hu yang mempunyai rekod 143 kad (kuning dan merah) dari 34 perlawanan antarabangsa dengan purata 4 kad setiap perlawanan akan bertindak kontroversi sekali lagi. Itu sudah terjadi dalam perlawanan yang melibatkan Harimau Malaya malam tadi. 

Apakah Lee Min Hu tidak pernah adili perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia? Tidak, dua kali pernah adili. Sekali ketika perlawanan persahabatan antaran Malaysia dengan Australia, kali kedua adalah dalam aksi (gambar atas) antara Malaysia dengan Syria. 

Dalam perlawan skuad Ong Kim Swee dengan Syria, Malaysia tumpas 0-2, tetapi harus diingat dalam perlawanan itu ada 5 kad kuning yang dilayangkan oleh Lee Min Hu. 


Schaefer takutkan penyokong di Bukit Jalil dalam pertemuan pertama sebagai faktor yang boleh jejaskan prestasi Thailand. Ada sebabnya Schaefer berkelakuan sebegitu. Besar kemungkinan Schaefer tahu faktor pengadil boleh menangkan mereka dalam perlawanan timbal balik di Bangkok. 

Pasukan taktikal Malaysia perlu berfikir faktor sebegini (pengadil dan penonton) untuk memperbaiki prestasi. Kuasa pemain ke-12 (penonton) dan pemain ke-13 (pengadil) dalam menentukan sesuatu keputusan perlawanan. Menang dalam bolasepak pada hari ini bukan sekadar kemahiran bermain bola tetapi perlu juga kemahiran membaca dan menakluki kuasa pemain ke-12 dan ke-13.

Sebab itu pemain Thailand berperwatakan agresif untuk memprovokasi Lee Min Hu agar melayangkan kad. Harimau terperangkap kerana tidak mengkaji habis perangai Lee Min Hu biarpun sudah pernah bersamanya dalam perlawanan sebelum ini (Syria dan Australia).


Prestasi pasukan Harimau Malaya juga perlu dipertingkatkan untuk rampas semula piala AFFSuzuki pada 2014 nanti. Pasukan Harimau Muda boleh melakukannya. Nazmi Faiz juga perlu dipanggil bersama. Apa pun, tahniah untuk Harimau Malaya.

7 comments:

Anonymous said...

da kalah banyak alasan...x nampak lagi ka standard permainan malaysia mcm mn?passing beterabur...shooting beterabur..midfield x hidup..playmaker x tau sapa...memang layak n kalah klu main mcm ni..

Anonymous said...

adakah pengadil ini rasuah....rasuah seks sebelum hari kejohanan di Thailand?

hafidz Kaler said...

Ulasan yg baik. Pasukan atau jurulatih yg baik perlu mempertimbangkan segala aspek (pengadil, penyokong, permukaan padang dan sebagainya) thailand mempergunakan segala kelebihan dan layak menang.

hafidz Kaler said...

Ulasan yg baik. Pasukan atau jurulatih yg baik perlu mempertimbangkan segala aspek (pengadil, penyokong, permukaan padang dan sebagainya) thailand mempergunakan segala kelebihan dan layak menang.

Anonymous said...

yang tak nak dengar alasan tuh yang ble plan corak permainan yang dasyat..yg ble passing cantik ikut turutan tak berterabur,yg ble hidupkan midfield..yg ble menaikkan standard pemain harimau malaya sila anta resume anda kpd k.rajagobal..di pastinya menantikan pemain seperti anda..pastinta harimau malaya tidka layak kalah lagi selepas ni..tunggu ape lagi jari dah berkematu komen sana sini..

Anonymous said...

padang memang teruk pun..diorang igt main bola ni macam bajak padi guna kerbau ke??

Anonymous said...

Saya tahu permain saya.....lebih2 lagi ahmad rohaidan