Wednesday, June 13, 2012

Arahan Tangguh Haji : Bukti Tuan Ibrahim Menipu


PAS sekali lagi buat penafian bila terlepas cakap. Tuan Ibrahim patut merasa malu dan memohon maaf secara terbuka kepada jemaah haji. Bukti Harakahdaily bertarikh 12 Jun ini menjelaskan bahawa Tuan Ibrahim sebenarnya menipu pada ahli-ahli PAS sendiri bila membuat penafian tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menangguhkan ibadat haji. 





Kenyataan ini diakui oleh Harakahdaily sendiri, lidah PAS yang mengeluarkan pandangan Mat Sabu menyokong kataa-kata Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru ahli-ahli PAS menangguhkan ibadat haji. 


Jadi sekarang Tuan Ibrahim tidak mahu mengaku lagi? Hendak salahkan lidah PAS sendiri sebagai putar belit? Jangan hanya pandai menafikan tetapi PAS wajar tanggungjawab atas arahan yang tidak sewajarnya itu pada ahli-ahli PAS. 

Tiru cara Anwar Ibrahim, Tuan Ibrahim pun turut sama menyalahkan kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah mainan politik orang lain. Rakyat sudah cerdik, mereka tidak akan termakan lagi dengan penafian ini. 

No comments: