Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal menyifatkan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan pelakon Zahida
Rafik satu tohmahan berniat jahat dan berunsur politik.
Dalam kenyataannya kepada media, beliau yang dikaitkan
dengan pemberian sejumlah wang kepada pelakon itu menafikan semua dakwaan
dibuat seorang dikenali sebagai Noor Azman Azemi, 38 tahun dalam laporan
polisnya.
Justeru, beliau akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap sesiapa yang terus memfitnah dan mengaitkannya dengan tuduhan itu.
Menurut sumber, bekas pemandu Zahida tersebut dikatakan telah dibayar oleh pihak tertentu untuk memburukkan Shafie Afdal. Semua ini dilakukan kerana pemandu tersebut dikatakan didapati bersalah menyelewengkan sejumlah duit bekas majikannya.


No comments:
Post a Comment