Sunday, April 8, 2012

Anwar Berbohong Tentang Pendidikan Percuma Di Turki

2 April 2012, Anwar Ibrahim dalam Harakahdaily menyatakan pendidikan percuma di Turki walau tiada minyak. Ini satu lagi mainan persepsi yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim. Sekali baca kalau tidak disiasat, rakyat boleh terpedaya. Benarkah pendidikan percuma di Turki?

Middle East Technical University, terletak di Ankara adalah universiti yang paling baik di Turki. Berada di kedudukan 241 di dunia dengan pengambilan pelajar hampir 25,000 orang. Di bawah ini adalah senarai yuran yang dikenakan terhadap pelajar universiti tersebut. Percuma?


Kita lihat sebuah lagi universiti yang terletak di Eskisehir, iaitu Anadolu University yang berada pada ranking 258 di dunia. Pengambilan pelajar sejumlah 45,000 orang. Di bawah adalah senarai yuran pengajian. Percuma?


Dua bukti universiti ini sudah cukup untuk membuktikan pembohongan Anwar Ibrahim kepada rakyat negara ini. Benarkah Turki tiada langsung hasil minyak? 

Menurut US Energy Information Administration, sehingga 1 Januari 2011, simpanan minyak yang terdapat di Turki adalah sejumlah 270 juta tong. Jika dilihat pada rajah di atas pengeluaran minyak Turki  adalah secara 100 ribu tong sehari. Turki memainkan peranan penting sebagai negara transit minyak antara Eropah Timur, Russia dan negara-negara Arab. 

Dakwaan Anwar Ibrahim sekali lagi tidak benar. Ini membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim hanya pandai membuat janji berasaskan kepada fakta palsu untuk memainkan persepsi rakyat. Pihak yang menepati janji adalah lebih baik berbanding pihak yang berbohong kepada rakyat. 

9 comments:

Anonymous said...

typical org yg desperate..

Buat apa sahaja untuk dpt undi..

Biarpun menampakkan kebodohan dia...

Buat taik merata tempat, lepas tu PAS dan haprak daily jadi tukang cuci taik..Bodoh punya parti!!

Tak ada matlamat langsung!!

Ambil org macam ni sabagai idola dan pemimpin mereka/...

PAS is dead, PKR dying.

Che Awe Donde said...

salam

menepati janji apekebenda, kalau semua kekayaan negara hanya dikuasai kelompok2 puak2 penyamun dan perompak

Che Awe Donde said...

salam

kalau tgk kpd yuran bermula dari 0 hingga 750 euro bermakna ada yg percuma la tu, apapunya baral , kalau nak spin tu tgk2 la

Anonymous said...

Syabas Bro, baru post di Papa Gomo infor yg sama...

Dlm Harakah bertarikh 2 April, Anwar ada berkata negara Turki tidak mengeluarkan minyak dan memberi pelajaran free kepada rakyat.

Seperti yg aku jangka, apa yg keluar dari mulut Anwar semuanya pembohong. Ini bukti yg mengatakan universiti awam Turki mengenakan fee juga dan tempat terhad untuk 30 - 40% selepas disaring.

Higher education
Turkey has more than 60 public universities, in addition to the many private. In all, there are more than 1,300 institutions of higher learning. Public universities are not entirely free, there is a small tuition fee paid every year.
Entry to universities are decided from a nationwide exam, the Student Selection Exam, the ÖSS. These exams have become highly competitive, not only to get entry to the best universities, but simply there are only room for about 30-40% every year. Many who fails the ÖSS the first year, make a new try the following year.

Ini bukti kedua dimana negara Turkey mengeluarkan minyak. Turkey ada 270 million minyak simpanan dan penemuan lokasi minyak terbaru dlm tahun 2011 di Black Sea. Banyak info lagi kalau nak cari dan peranan Turki sebagai negara memproses dan hub minyak ke Russia.

Most of Turkey's 270 million barrels of oil reserves are located in the Hakkari Basin (which is also where most of Turkey's oil production occurs), with additional deposits found in Thrace in the northwest. There also may be significant reserves under the Aegean Sea, however this has not been confirmed as a result of the ongoing territorial dispute with Greece. Turkish Petroleum Company (TPAO) has increased its exploration activities in the Black Sea, which according to the company could hold 10 billion barrels of oil. A number of foreign companies are involved in the exploration of the Black Sea in joint ventures with TPAO, including ExxonMobil and Chevron. ExxonMobil is planning to begin drilling its first exploration well in the Turkish sector of the Black Sea in the first half of 2011.

---------------------------

Kalau belum jadi PM pun dah menipu sana sini, bayangkan bila dia jadi PM. Habis negara kita dijual. Mahsiswa kita cuma bayar 10% yuran, yang 90% lagi kerajaan tanggung. Pada yg cermerlang, macam2 biasiswa tersedia. Belanja harian boleh pinjam dengan ptptn sebagai pilihan. Negara Turki pun tak tanggung belanja harian mahasiswa dia. Lu fikir lah sendiri.

Anonymous said...

Thanks saudara pengarang.....info yg mcm nie yg kita nak....dah byk sgt anwar menipu....yg jadi mangsa mostly org2 Pas yg x berfikir.

Anonymous said...

Betul ke Turki bagi free education?

Turkish students' detentions in protests draw criticism.

ISTANBUL- Hürriyet Daily News | 10/6/2011 12:00:00 AM |.

An NGO report reveals that 500 students are currently under arrest in Turkey, with 89 under arrest in Istanbul. Many students have been arrested for demanding free education during protests, the report says.

Anonymous said...

Yang dok menyalak tuduh BN perompak dan penyamun tu dah memang kena tipu oleh DSAI. Kira Tipah Tertu lah namanya. Sebab itu org yang amat dekat dgn DSAI dalam PKR dah pakat kuar ramai-ramai dimulai dgn Dr Chandra Muzaffar dan lebih 40 yang lain. Depa semua nampak jelas apa yang DSAI buat tapi malangnya ramai yang masih bergelar Tipah.

Anonymous said...

astaghfirullahalazim...Allah lbih mengetahui spe yg bnr..kte xd hak nk menghukum sseorg itu..

Anonymous said...

saper yg tk bfikir sbnrnyer nih...sedey