KUALA LUMPUR – Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini, hari ini.
PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV
Tuan Yang Terutama,
Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan
raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan
rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad
baru.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang
sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi
rundingan.
Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama
perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika
proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil
untuk memenuhi komitmen.
Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih
bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar.
Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi
Baitulmaqdis dengan anda.
Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan
harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan
sebelumnyua mesti dihormati.
Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau
yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.
Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama
merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian
dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh
mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh.
Mana-mana negara yang merampas tanah
dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan
penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan
perdamaian.
Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat
dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di
rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk
perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis
Timur sebagai ibu negaranya.
Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai
dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian
komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan
realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.
Yang Ikhlas
Dr Mahathir Bin Mohamad






0 comments:
Post a Comment