Thursday, March 1, 2012

Saksi Di Hotel Sahkan Badrul Amin Berbohong


KUANTAN - Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ini  bukti kuat untuk pihak hotel mendakwa dan menyaman Badrul Amin. Sudah pasti pihak hotel juga ada cctv yang menunjukkan pasangan Badrul Amin memasuki bilik pada jam 2 pagi. Jika pendedahan cctv ini dibuat, ianya pasti membuatkan Badrul Amin lebih gelabah.

7 comments:

BABA MELAKA said...

Macam nana tu?
Seorang ustat,doktor,pemimpin kanan,ketua agama boleh bohong ke?

heran...heran

Anonymous said...

jawatan ketua penerangan mesti pandai bohong...belit dan kelentong.....like boss like kuli lerrrrr

Anonymous said...

Oi, itu gambar CCTV bukan sayalah. Nampak serupa sahajalah. Itu mesin tiada nyawa mana bolih menjadi saksi. Itu orang main pelacur pun tiada salah, nak salahkan saya memberikan nasihat katperempuan dlm bilik. 2.30 pagi itu tiada relevan. Saya punya servis 24 jam ma..h..

qaleysha said...

ape ke soya pakai cctv....blh edit kot....haish...berat2.....

Anonymous said...

ape ke soya pkai cctv...org blh edit kot....haish berat2....

Anonymous said...

manusia boleh menipu setengah2 org pada sesuatu masa tapi tidak boleh menipu semua org untuk sepanjang masa.

Anonymous said...

Manusia boleh menipu seseorg pada satu masa tapi tidak boleh menipu semua org pada setiap masa.