Semua rakyat Malaysia tahu bahawa air di Kelantan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS. Ianya diuruskan oleh Air Kelantan, syarikat kerajaan negeri Kelantan. Masalah air bukan perkara baru di Kelantan tetapi penyelesaian tidak ada (baca sini).
Paling mengejutkan bila Md Anizam (Exco PAS Kelantan) menyatakan bahawa air adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan. Sungguh senang selesaikan masalah, lepas tangan dan salahkan orang lain.
Pinjaman diberi RM600 juta tetapi masalah air tidak selesai? Mana pergi duit tersebut? Apakah digunakan untuk tujuan tujuan lain? Banyak jumlah RM600 juta ini, dua kali ganda nilai NFC. Tidak boleh dibiarkan sahaja diselewengkan oleh PAS Kelantan. Akhirnya rakyat juga yang merana kerana masalah air.





1 comments:
bekalan air bersih sangat penting dalam kehidupan kita..
Post a Comment