Thursday, March 8, 2012

Krisis Kedah Berjangkit Kepada Pro Mahasiswa UPM

Malam ini (8 Mac 2012), Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) akan mengadakan Mesyuarat Agung untuk memilih barisan kepimpinannya sekali lagi.

Sebelum ini sudah dibuat Mesyuarat Agung (minggu lepas). tetapi ianya tidak direstui oleh kepimpinan Majlis Syura PAS. Khabarnya Ketua Dewan Pemuda PAS Cheras telah menelefon penasihat PMIUPM dan mengarahkan agar keputusan mesyuarat agung yang pertama tidak disahkan.


Dalam mesyuarat agung yang lepas, Presiden PMIPUM iaitu Muhammad Hazim Mohd Noh dipilih semula menerajui PMIUPM. Majlis Syura tidak merestui Hazim.  Ini kerana Hazim dikatakan sependapat dan membawa aspirasi Ustaz Azizan Razak, MB Kedah di UPM. 

Penasihat PMIUPM mengatakan alasan untuk membuat mesyuarat agung sekali lagi adalah kerana mesyuarat agung yang diadakan pada minggu lepas adalah tidak mengikut prosedur mesyuarat. Pembentangan penyata kewangan tidak dibuat seperti yang sepatutnya.

Malam ini apa yang berlaku kepada Azizan Razak di Kedah akan berlaku di UPM. Sudah pasti Hazim akan digulingkan atau dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu (Majlis Syura PAS). 

Inilah bukti bahawa kepimpinan Pro Mahasiswa di kampus tidak bebas. Mereka dipengaruhi dan digunakan oleh pihak luar untuk kepentingan politik. 

Jika tidak sealiran dengan kumpulan parasit, mereka akan ditendang keluar samada dari PAS atau PMIUPM. Inilah nilai demokrasi dalam PAS dan Pro Mahasiswa. Macam ini kebebasan akademik?

No comments: