Wednesday, March 21, 2012

Khalid Ibrahim Lepas Tangan Isu Murtad

"Dengan pertambahan bilangan penguat kuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini, hari ini.  

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjelasan Abdul Khalid, yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang Dun mengenai isu murtad.    


Abdul Khalid (PKR-Ijok) dalam sesi itu berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.


Menteri Besar berkata, sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011, dengan 16 kes daripadanya sudah diselesaikan. 

Apa yang Khalid Ibrahim mampu buat, hanya mengangguk dan tengok sahaja kemahuan Teresa Kok dan Elizabeth Wong. Ketika tsunami di Acheh pada 2004, ada seorang mubaligh Kristian telah pergi sana untuk misi agamanya, kini mubaligh tersebut sudah berkuasa. Banyak agenda yang mahu dijayakannya di Selangor. Khalid Ibrahim hanya lepas tangan sahaja.   

No comments: