Friday, March 9, 2012

Imam Baling Selipar Atas Arahan Karpal Singh?


Apakah yang khusyuk sangat imam tu mendengar percakapan Karpal Singh? Ada tips atau arahan terbaru? 

Hoslan Hussin, imam yang dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakannya melemparkan selipar ke arah panel hakim. Asas hukuman tersebut adalah kerana melempar selipar. 

Atas kelakukan tersebut, imam tersebut didapati bersalah menghina mahkamah. Kenapa seorang imam boleh berkelakuan melempar selipar dalam mahkamah? Apakah ini yang diajar dalam moral masyarakat Islam? 


 
 Baling selipar, baling batu dan kayu semuanya tidak ada dalam silibus moral. Tindakan ini akan mengundang persepsi buruk pada semua jawatan imam yang lain. Tindakan ini juga perlu dihukum agar menjadi pengajaran dan menjaga kesucian status imam dalam Islam.

Bila imam yang baling selipar itu sudah berpakat dengan Karpal Singh, kita sudah boleh agak apa motif dia membaling selipar tersebut. PAS pasti akan angkat "imam selipar" ini sebagai ikon dan kemungkinan besar akan bertanding sebagai calon PAS atau calon DAP dalam PRU13 nanti.

No comments: