Sunday, February 5, 2012

Video Nik Aziz Kata Sambut Maulidur Rasul Tiru Kristian



Semasa khutbah Jumaat baru-baru ini, Nik Aziz mendakwa bahawa upacara Maulidur Rasul yang diadakan meniru budaya orang Kristian. Apa sudah jadi dengan Mursyidul Am PAS ini? Sudah dijangkiti parasit? 

Perayaan Maulidur Rasul ini sudah disambut di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Apakah seluruh ulama’ di dunia sejak dahulu sampai sekarang ini dikatakan sesat kerana membiarkan umat Islam menyambutnya?

Kelahiran (Maulid) Nabi adalah sebesar-besar rahmat Allah SWT kepada alam dan manusia keseluruhannya. Rahmat ini ada dalam aqidah, muamalah, akhlaq, malah dalam semua bidang kehidupan. 

Rahmat ini tidak hanya terbatas untuk manusia di zaman Baginda sahaja, tetapi ia meluas ke sepanjang sejarah manusia seluruhnya. Allah berfirman:

وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
“Dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka (generasi sahabat) yang belum berhubungan dengan mereka.”

Di dalam ayat lain, Allah berfirman:

وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللهِ
“…dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.”
 
Sumber Buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ karangan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, UIA. 

Buku setebal 920 muka surat ini menjelaskan pandangan ulama’ mu’tabar tentang lebih 117 persoalan khilafiyyah dengan bersandarkan dalil Al-Qur’an, hadith dan sumber-sumber istinbath yang lain.



1 comments:

panglima perangcyber said...

Jom selawat salam ke atas junjungan..

artikel yg baik syeikh..