1. Anwar telah menyatakan kepada BBC, iaitu kepada bangsa Barat, bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.
2. Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang. Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte`, Egalite`, Fraternite`, iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus.
3. Oleh kerana BBC bertanya berkenaan kes liwat Anwar, maka undang-undang yang didakwa jumud oleh Anwar tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah.
4.
Apakah undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat
sekarang di Barat? Bermula dengan keagongan konsep “freedom” atau bebas
dan persamaan, mereka menjunjung tinggi hak yang sama antara lelaki
dengan perempuan. Yang mula dituntut oleh kaum perempuan ialah hak
mengundi dalam pilihanraya. Dan hak ini telah diberi kepada mereka
seperti yang diberi kepada lelaki.
5. Kemudian ia melarat kepada hak yang sama dalam pakaian. Ini dituruti dengan kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki.
Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi (baca seterusnya).






0 comments:
Post a Comment