Sunday, February 19, 2012

Sekali Lagi PAS Benarkan Al Quran Dipersendakan

 

Seorang lagi penyokong pembangkang mempergunakan Al Quran untuk mengecam Hasan Ali di atas pentas ceramah PAS. "Tapi iman abe cukup kuat, iman Hasan Ali tidak cukup kuat" kata penceramah tersebut.

"Saya tau apa dalam kandungan Al Quran", kemudian membacakan ayat suci Al Quran. Selepas membacakan ayat tersebut penceramah tersebut menyatakan "mungkin orang UMNO pun tak tau macam tu..betul tak tuan-tuan". 



Penceramah bukan Islam tersebut sekali lagi mempergunakan ayat suci Al Quran di atas pentas politik seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nga Kor Ming ketika pilihan raya kecil di Bukit Gantang (baca sini). 

Lepas ini Nik Aziz akan hadir untuk membela penceramah ini. Jangan lupa, sebelum ini Nik Aziz pernah buat begitu untuk pertahankan Nga Kor Ming (baca sini). Mungkin PAS akan mengambilnya untuk bertanding pula setelah isu ini dipertahankan habis habisan oleh PAS. 

Takut takut ini strategi yang sama pernah digunakan oleh satu kumpulan dahulu untuk memperdayakan orang Islam di negara ini (baca sini). Berhati hatilah, usah membiarkan mereka yang tidak sepatutnya untuk menghina sesama Islam dengan menggunakan ayat suci Al Quran.

1 comments:

Johan said...

Memang nampak sangat cara individu tersebut mempergunakan ayat suci alQuran sebagai sendaan.