Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13
berkenaan bergantung kepada banyak faktor,namun ia boleh diadakan pada
bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya
tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya
rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada
pemberita di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus
kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang
kepada pilihan raya umum ke-13.Terdahulu, Perdana Menteri menyampaikan baucer kepada penerima
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama
Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini.
Mengenai bantuan BRIM tersebut beliau berkata, kerajaan BN melaksanakan dasar dan program yang terbukti mampu membela kebajikan rakyat termasuk bantuan berkenaan yang memberi manfaat kepada 80 peratus isi rumah di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, BR1M juga tidak dilaksanakan mana-mana
kerajaan lain di seluruh dunia namun ia diberikan kepada seluruh rakyat
yang layak tanpa `memilih bulu’ dan parti.
“Kita tidak memilih bulu (seperti) kata Datuk Yahya (Khatib Mohamad)
dalam ungkapan pantunnya tadi, orang yang tidak sokong kita pun dapat
juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang kutuk, maki hamun
kita, apabila nampak duit (BR1M) lima keping, dia yang pertama sekali
berbaris.
“Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan
kerajaan. Tetapi saya kata tidak mengapa, jika kita tidak mendapat
undi, di akhirat nanti insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada
Allah s.w.t,” katanya ketika berucap di majlis itu.
Dalam tempoh tiga tahun peralihan kuasa di tangan Perdana Menteri,
katanya, pelbagai bantuan sudah dilaksanakan kerajaan BN dan jika diberi
masa lima tahun lagi pastinya lebih banyak yang boleh dilakukan demi
kepentingan rakyat.
Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyat supaya dapat menilai
secara bijak kepimpinan Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi
sanggup memecat ahlinya dan pemimpin sendiri semata-mata bagi menjaga
kepentingan pakatan dengan DAP.
“Pas tidak boleh pakai, kerana banyak `lebong’. Sebab itulah Haji Hadi
(Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah condong, bunyi-bunyinya (sudah)
tidak mahu bertanding. Tidak tahulah kalau dia `pelawok’ (menipu).
“Pas juga berkecamuk.Orang yang baik, imannya kuat, orang yang memperjuangkan Islam, orang yang nak pertahankan akidah, nak menegakkan akhlak, orang ini yang dipecat oleh Pas. Di mana perjuangan untuk Islam? Kalau orang yang menegakkan Islam dan akhlak dibuang oleh Pas,” katanya.






0 comments:
Post a Comment