Salahuddin Ayub ( Naib Presiden PAS) sendiri enggan memberikan komen berhubung isu Anwar dikaitkan dengan Kondrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah lagi yayasan yang beribu pejabat di Berlin Jerman.
Penubuhan KAF di Jerman berasaskan ‘Christian Democratic’ pada tahun 1955. Nama asalnya adalah “Society for Christian Democratic Education Work”, kemudiannya ditukar nama kepada Konrad Adenauer Foundation pada tahun 1963.
Ini satu lagi bukti hubungan akrab Anwar dengan NGO-NGO luar negara yang bertopeng demokrasi tetapi menjalankan kerja-kerja tidak sah di seluruh dunia.
Atas sebab ini juga, Salahuddin kurang digemari oleh parasit dalam PAS. Mereka mula memikirkan untuk menggantikan orang-orang Erdogan di kerusi Kubang Kerian dan Bachok.
Mencanang Salahuddin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor untuk mendiamkan Salahuddin. Itu cara terhormat parasit singkirkan Salahuddin.
Bukti rancangan itu terbongkar bila Salahuddin menafikan beliau bukan berniat menjadi MB. 9 Februari 2012, dalam Sinar Harian, “bukan matlamat sebenar saya untuk menjadi Menteri Besar" kata Salahuddin dalam Sinar.
Parasit memang hendak sangat jawatan Naib Presiden yang dipegang oleh Salahuddin itu sebenarnya.







0 comments:
Post a Comment