Ingatkan ada Tok Guru, parasit tiada. Rupanya ada juga parasit di Kelantan.Hasan Ali menyatakan ada parasit hidup dekat dengan Nik Aziz.
Hasan Ali berkata terdapat pemimpin
kerajaan Selangor termasuk daripada PAS sendiri menerima perbuatan
maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.
Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota exco
menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam
melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi
mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama PAS
membentuk kerajaan negeri Selangor.
"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip
hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa
salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan
sesuatu yang melegakan dengan 'girlfriend'," katanya.
Siapa yang membuat aktiviti di waktu malam dengan "girlfriend" itu?






0 comments:
Post a Comment