Hasan Ali dipecat
kerana menghalang usaha kristianisasi di Selangor. Ini kerana Hasan Ali telah
mendedahkan bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan
mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya
membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.
Ini bermaksud
dalam kes gereja DUMC memang berlaku usaha untuk mengkristiankan orang Islam.
Bila Hasan Ali cuba untuk menghalang kegiatan tersebut mula-mula Hasan Ali
diminta tutup mulut. Kemudian terus dibuang dari PAS.
Hasan Ali
menyatakan DAP tidak mahu mendengar langsung perkataan Islam, Melayu dan Raja
(IMR). Memang sah PAS sudah dihinggap parasit. Kalau hendak menebang pokok,
kapak yang tajam sahaja tidak berguna. Kapak itu perlu menggunkan hulu dari
pokok untuk menebang pokok. Parasit dipergunakan oleh DAP untuk menjatuhkan
Islam.






0 comments:
Post a Comment