“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” kata Nik Aziz pada 13 Februari 2012.
Ini bermakna bahawa Nik Aziz sudah tidak lagi mempercayai Anwar Ibrahim dan kumpulan penasihat Erdogan yang selama ini menasihati Nik Aziz. Bukan sahaja Nik Aziz seorang, tetapi gesaan itu adalah juga daripada Majlis Syura Ulama.
Amat pasti Anwar Ibrahim akan mengelabah selepas ini untuk menerima cabaran Nik Aziz ini. Apa yang putar belitnya, dalam blog Anwar sendiri ada tulisan jelas Anwar menyokong Israel (baca sini). Hendak putar macam mana lagi Anwar?





2 comments:
Belum cukup dengan sikap sedemikian, puak puak PAS kenalah bersikap positif untuk tidak bersama dalam PKR lagi jika benar benar ingin memberi menafaat kepada bangsa dan ugama...nik ajis perlu peka janganlah sombong sebagai hamaba allah yang warak.....kembali lah ke landasan asal pejuang PAS....n.ajis perlu cari pelapis jangan duk nak tungkat langit.....
Saya tak percaya apa dikata Nik Aziz , saya melihat kenyataanya itu hanyalah sebagai helah untuk populariti diri nik aziz sendiri , kerana risau terlalu banyak teguran dan kenyataan pengikut pas yang mula pertikai kredibiliti nik aziz !
hanyalah sebagai satu helah untuk meyelamatkan maruah dan imej nik aziz yang semakin tercalar gara2 terlalu ikut kehendak dan kemahuan DAP juga PKR !
Post a Comment