Nasrudin Hassan bersuara lagi. Selepas menyindir Anwar Ibrahim di Twitter berkaitan isu jaminan keselamatan terhadap Israel, kali ini beliau bersuara pula untuk membela Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.
Bagi pemerhati Erdogan, tindakan Nasrudin ini tidak lebih sebagai jurucakap baru bagi team Ulama. Bagi Erdogan serangan Nasrudin ini amat merbahaya kerana ianya dilepaskan atas kapasiti Nasrudin sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Benarlah ura-ura bahawa Azizan Razak akan digantikan di Kedah, Hadi Awang akan diminta berundur di Terengganu, Hasan Ali disingkirkan di Selangor dan mungkin dua orang lagi akan diminta berundur sebagai ahli parlimen di Kelantan. Erdogan (parasit) sudah mula terasa bahang penghapusan mereka oleh team Ulama.
Azizan Razak memang sudah lama menjadi sasaran. Khabarnya Azizan pernah mengeluarkan kenyataan ini terhadap salah seorang rakan rapatnya "hampa ambik balik lah Kedah, aku tengok puak-puak PAS ni dah karut dah". Memang ayat ini dirujuk pada golongan parasit dalam PAS.







0 comments:
Post a Comment