Wednesday, February 29, 2012

Konspirasi Kes Khalwat Badrul Amin Angkara Orang PKR Sendiri?

 Malaysiakini, 26 Februari 2012, Badrul Amin menyatakan bahawa ada 20 orang samseng menyerbu dan menyerangnya di hotal Swiss Garden. Badrul Amin dakwa dikurung oleh samseng tersebut. 

Apa yang anehnya, Badrul Amin tidak membuat laporan polis terhadap serangan samseng tersebut di mana-mana balai polis. Jika benar dibelasah, sudah tentu ada kesan lebam atau kesan belasahan tersebut. Badrul Amin sudah pasti akan panggil media untuk ambil gambar kesan belasahan tersebut. Mana dia bukti dibelasah?

Selepas 48 jam, polis mengesahkan bahawa belum menerima apa-apa laporan daripada Badrul Amin mengenai kes samseng yang didakwa oleh Badrul Amin tersebut (baca sini).  
 
Apakah ini bermakna Badrul Amin telah berbohong? Apa motif cerita samseng itu dibesar-besarkan? Apakah untuk meraih simpati untuk menutup kes khalwat? 

Dengan kes ini, Badrul tidak berpeluang lagi nampaknya untuk menjadi calon PKR di Sabak Bernam. Khabarnya tempat itu akan diisi oleh seorang bekas pensyarah yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Apakah ini konspirasi yang dimaksudkan oleh Badrul Amin? Siapa yang rapat dengan Badrul Amin tahu apa pergerakan dan nombor bilik Badrul Amin.


3 comments:

Anonymous said...

Check saja DNA Bad Amin sama ada pada isteri orang yang berkhaluwat dengan nya itu. Itu saja cara yang paling sesuai untuk membuktikan bahawa tidak ada apa apa berlaku antara mereka berdua.

Anonymous said...

Sedangkan "yg hampir lebam" pun Nurul Izzah buat laporan polis...kenapa yg dah kena pukul tak buat? Fishy...fishy...masa dah tiba utk berundur ya Ostat...or "P**tat"? Your choice Badrul... Allah selamatkan kamu...

Anonymous said...

Salam semua;
Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.