Pada 15 Februari 2009, jam 11 malam, Elizabeth Wong
(ADUN Bukit Lanjan, Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah membuat satu
laporan polis di Balai Polis Damansara berhubung penyebaran foto-foto
bogelnya kepada umum (baca sini)
.
Elizabeth Wong menyatakan kemungkinan gambar-gambar tersebut dirakam
oleh seorang bekas teman lelakinya. Jika diteliti kata-kata Elizabeth
tersebut, ianya satu pengakuan kebenaran foto tersebut oleh Elizabeth.
Maklumat-maklumat awal menunjukkan gambar-gambar Elizabeth berada dalam keadaan “berbogel” ketika sedang tidur di atas sofa, diambil tanpa pengetahuannya. Difahamkan gambar itu diambil menggunakan telefon bimbit sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac 2008.
Pada 17 Februari 2009, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa penyebaran gambar
bogel Elizabeth Wong adalah satu konspirasi baru Barisan Nasional. "Ini
merupakan satu permainan politik yang menyerang peribadi dan sangat
jahat. Ada satu corak serangan yang melanda wakil rakyat pembangkang di
Perak, Kedah dan Selangor" kata Anwar Ibrahim di lobi parlimen .
Kini pada 6 Februari 2012, teman lelaki Elizabeth Wong tersebut telah ditahan untuk siasatan polis. Elizabeth sudah mengaku itu adalah fotonya dan rakyat mungkin tidak sabar mendengar keterangan teman lelaki Elizabeth Wong tersebut. Kita sama-sama nantikan apakah hujah yang akan digunakan oleh pembangkang untuk naturalisasikan isu ini. Mereka pasti akan habis habisan pertahankan Elizabeth Wong.






0 comments:
Post a Comment