Saturday, February 4, 2012

Kebebasan Bersuara Ajaran Parasit PAS

"Saya tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan tentang kontroversi KUIN. Saya sudah terima arahan," Azizan Razak pada 3 Februari 2012.  Inikah yang dijerit sebagai kebebasan bersuara dan demokrasi oleh pembangkang. Hendak bersuara pun tidak boleh dalam pembangkang. 

Kebebasan bercakap dalam PAS ditentukan oleh puak parasit (Erdogan). Merekalah yang menentukan skrip apa yang hendak dicakap. Mana boleh dan mana tidak boleh. Khabarnya parasit tidak menyukai Azizan Razak dan teman sekapalnya Taib Azamudden di Kedah. 

Mengapa Azizan tidak disukai di Kedah? Ini kerana Mahfuz Omar dan Mat Sabu sudah tag team untuk meletakkan Mohd Nasir (ADUN Kubang Rotan) sebagai pengganti Menteri Besar di Kedah. 

Mereka memang tidak menyukai Azizan bila menyelidiki latar belakang keluarga Azizan yang rata-ratanya adalah orang UMNO. Ini sebabnya Azizan mahu ditendang keluar dari kerusi MB di Kedah.

0 comments: