“Kawasan untuk beliau bertanding sudah dikenalpasti. Kemungkinan beliau
akan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi
keutamaan kita adalah meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN,” kata seorang pencadang yang mahu meletakkan Salahuddin Ayub bertanding di Johor.
Buat apa hendak letak Salahuddin Ayub bertanding di kubu kuat UMNO? Apakah PAS ada calon lain untuk gantikan Salahuddin di Kubang Kerian? Kawasan parlimen yang ditandingi Salahuddin adalah kawasan selamat bagi PAS, ramai yang kepingin mahu ke kerusi itu.
Jika letak Salahuddin di Johor, itu bermakna puak parasit dalam PAS ingin membunuh karier politik Salahuddin secara terhormat. Sesudah tewas mudahlah parasit merencakan siapa yang akan mengambil alih tempat Naib Presiden PAS. Ini taktikal parasit untuk membunuh karier Salahuddin dalam PAS.






0 comments:
Post a Comment