Thursday, February 16, 2012

"Homoseksual Tidak Perlu Dihukum" kata Anwar Ibrahim

"Anwar menegaskan bahawa perkahwinan laki-laki dengan wanita itu suatu yang mutlak dari agama. Tapi homoseksual itu tidak perlu dihukum oleh negara. Kecuali dia mempamerkannya di tempat publik" kata Anwar Ibrahim dalam sebuah akhbar di Indonesia.  

Ini bermaksud memang Anwar mahu halalkan kegiatan homoseksual di negara ini. Membolehkan kegiatan homoseksual dilakukan secara "private", sama seperti yang Anwar sebut pada BBC pada 9 Januari 2012. 

Selain itu, Anwar turut mempertikaikan definisi Melayu dan Islam seperti mana yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerana cita-cita dan kerakusan hendak berkuasa, Anwar sanggup membenarkan homoseksual dan mempertikaikan tentang bangsa sendiri. Politik sebegini merugikan negara dan bangsa. Rakyat tidak perlu orang sebegini dalam politik Malaysia.

foto


0 comments: