Wednesday, February 22, 2012

Hadi Awang Berkata Celaka Dunia Akhirat Kepada Golongan Parasit?

 

Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Selasa.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau. Ini satu tindakan PAS yang mengelirukan umat Islam.


Abdul Hadi berkata sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat".

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

Ini bermaksud golongan parasit yang cuba membawa konsep baru negara kebajikan itu celaka dunia akhirat?

"Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam," kata Abdul Hadi.

Ini kenyataan paling pedas Hadi Awang terhadap golongan parasit yang menurutnya telah menyeleweng daripada bai'ah PAS. Kenyataan ini hadir selepas pertemuan antara Anwar dan Nik Aziz. Ada sesuatu maksud yang cuba diterjemahkan oleh Hadi Awang melalui bai'ah tersebut.

0 comments: